Written by Bella | April 11th, 2016

Kebanyakan drama Malaysia kini temanya lebih berkonsepkan kisah cinta, wanita dipaksa berkahwin dan menjadi mangsa keadaan.  Mungkin ada yang suka dengan cerita sebegitu tetapi tak kurang juga mereka yang sudah merasa muak dengan plot yang sama.

Sebagai seorang aktres, Tiz Zaqyah juga berpendapat bahawa jalan cerita drama Malaysia harus mempunyai perubahan lebih-lebih lagi mereka yang suka memperlekehkan kaum Hawa. Buat Tiz, penghasilan drama bukan kerana untung semata-mata tetapi mereka harus membentuk minda masyarakat dengan lebih baik.

Industri perlu perubahan kerana sampai bila kita mahu memberi persepsi wanita ini lemah. Jika penonton menggemari drama berkisarkan cinta, mengapa tidak mendidik mereka dengan sesuatu yang berbeza. Andai kita terus selesa dengan paparan yang sama, siapa yang akan mengambil langkah untuk melakukan perubahan.

Jelas Tiz, bukan beliau sahaja berfikiran seperti itu tetapi pelakon lain juga ada meluahkan perkara yang sama sebelum ini tetapi tidak diambil peduli.

Bukan hanya saya, tetapi ramai pelakon lain turut meluahkan pandangan yang sama. Sejujurnya, saya mahukan perubahan kerana kebanyakan jalan cerita drama tempatan tersasar jauh daripada realiti kehidupan.

Mungkin sudah tiba masa untuk pembuat filem ataupun drama melakukan sedikit perubahan dalam karya mereka. Jangan hanya ikut trend sahaja dengan cerita cinta tetapi cuba lakukan perkara baharu untuk menarik minat penonton.

Sumber Berita : Berita Harian

104 responses to Jalan Cerita Drama Malaysia Kena Berubah – Tiz Zaqyah

  1. bing bang says:

    betul tu tiz…kalau omputeh mesti pening kepala tengok drama malaysia.

    0

    0
    • wannabe says:

      setuju!
      apa kata ko jadik penulis skrip + pengarah pulak.. buat skrip best2 tau!

      0

      0
    • Man Gombak says:

      Yang pasti skrg asal drama melayu je mesti pasal kes terpaksa kawin. Samada suami tak suka isteri atau isteri menyampah dgn suami and last last dua dua akan berbaik.

      0

      0
      • Anonymous says:

        lagi best yang paksa tu si hero..kalu mak ayah paksa bolehla terima akal..dah orang yang tak kenal paksa2 ajak2 kawin yang di ikutkan dah kenapa..ada citer tu si heroinnya ada degree tapi boleh plak menurut je bila kena paksa

        0

        0
      • Anonymous says:

        Satu lg skrg bnyk sgt crta yg”mengizinkn” seks sebelum nikah… menakutknnnnn

        0

        0
  2. Pemuda Melayu says:

    Malaysia tak habis2 dengan cerita orang kaya, rumah besar, dato’, datin, nenek, cucu..
    Ini semua poyoooooooooooooooooooo!!

    Hidup Melayu!! Hidup UMNO!! Hidup PASMA!! Hidup PKR!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      pastu citer anak dato datin kawin dengan orang kampung belajar takat spm..tak payah pegi jauh tengok saja program kawin (ntah aku tak ingat tajuk apa tapi ada 2,3 series program camna) pernah nampak ke anak dato datin kawin dengan orang biasa2 ni kalu x besan tu dato datin juga..so far aku pernah tengok 1 je majlis kawin anak dato kawin dengan orang kebanyakan tu pun laki dia tu doktor uollss

      0

      0
    • kucikuci says:

      dan tengku jugekkkk. projek juta2 semedang. heh!

      0

      0
  3. juz bg opinion says:

    yup! stuju sgt ngn ape yg tiz ckp. bosan da tgk cite melayu. balik2 org kaye, tgkap basah, kene kawin, lelaki kaya jd rebutan. drama cmni, buatkan pmpuan2 sume berangan nk kawin ngn org kaye je. abiz org biase2 ni campak mane. huhu. drama melayu kene lbh realistik. udah2 la ikut novel. cm yg kte tau, novel tu fantasi. xabis2 org cantik n hensem. kaya and terpakse.

    0

    0
    • Lara says:

      Apa pun, Nur Kasih adalah drama terbaik abad ini.

      0

      0
      • mulut celupar says:

        aku suke sgt crita nur kasih, walaupun kebanyakan pelakon masa tu adalah pelakon baru.huhu

        0

        0
        • Hana says:

          and nur kasih belakon as org biasa…dduk pon tempat biasa2 je…mcm in reality kn…hormat husband, terdidik …baguslah.. =) bosan la drama lelaki kaya2 bwk kete mewah…pastu xde nilai dalam diri..tunjukkanlah contoh yg baik2..dah la remaja sekarang suka tiru2…

          0

          0
        • Hantu Drama Melayu says:

          Nur Kasih best… lg 1 yg paling best baru2 ni slot samarinda drama Cinta Hati Abah. Kaya pon takat kaya kampung2 je xde dato datin tan sri atau projek juta2… Mmg best sgt sbb ade kelainan plot cerita.

          0

          0
      • Kaki Sinetron says:

        Betul. Mesti kalah sinetron Indo punya.. #BoikotSinetronIndonesia

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Betul kata Tiz tu…drama Melayu sekarang ni lebih kepada escapism utk masalah ekonomi makin teruk. Org Melayu berangan2 lebih melalui drama sedangkan hakikatnya kehidupan reality kita makin merempat.

    0

    0
  5. Shhh says:

    yes agreed w u tiz..mmg perlukan perubahan..ni asik nmpk kaum hawa tu lemah..lgi2 bab cinta..tlg lah.dh muak..sejak dulu lgi..dulu still blh trima..skrg ni makin menjadi2…penerbit pun salah..pelakon dia cuma jln kan tanggungjawab sbgai pelakon…yg menghairankan aku..penulis novel ni..terlalu jauh berangan2..dn aku nmpak kebanyakkan penulis novel byk tak matang…tk mcm dulu..ramai penulis novel yg dtg dri pelajar universiti yg baru nk up dlm kehidupan mereka..

    0

    0
  6. Pengarah tersorok says:

    Betul sangat tu ko Tiz. Cuba la buat citer keluarga porak peranda akibat perceraian ke/ keluarga naik turun mahkamah berebut anak ke/ anak jd lebih elok/tak elok akibat penceraian/ nasib petani kita/ nasib nelayan/ buat citer penderaan binatang peliharaan ke/ banyak boleh buat citer. Cuba tgk korea punya citer. Ada 1 citer kat tv8 dulu tu citer pasal pekerja majikan je pun…budak tu baru masuk, intern…takde cintan cintun..tapi meletop giler. Sorang..sorang pekerja resign..tp mmg touching.. Pokoknya buat assignment betul2 la kat mana mana nk hiris penonton, kat mana nak selit humor bodoh sikit tapi kena dgn keadaan. Buat biar sehalus-halusnya. Kalau citer petani jgn la asyik buat pegi keje balik keje pastu hujan sakit smpi nak mati esok lusa je…Tgk mcm mana usaha nk dpt sebidang tanah dahulukan buat keje lain dulu sementara nk dpt nodal, nak mintak tolong mardi famabbagai, bergaduh laki bini sbb bercanggah pendapat, ilmu tak seberapa tp gigih.. jiran pertikai kebolehan, dah buat tak jadi pulak, kan ke byk benda boleh buat???? Ni kalau citer petani, citer 1 jam menangis setengah jam siaran konon susah sgt n boleh tarik penonton utk meraung sekali. Pastu keje slow n sopan santun…tak nmpk gigihnya…potong daun pisang 2 helai…pastu minum sambil sembang2…mana gigihnya??? Paling bagus buat kiasan halus utk sedih…lagi touching. Hihhh biar aku je lah jadi pengarah!!

    0

    0
    • Hana says:

      Setuju dgn ko!!!aku suka plot cerita petani ko!

      0

      0
    • nice says:

      Serious! drama korea best..contoh drama Pinochio tu, dr situ la aku dapat taw mcm mana kerja wartawan nie, Emergency Couple plak, dari situ kita dapat taw mcm mana kerja seorg doktor, Kill Me Heal Me, tema pasal Psychiatric & nie yg terbaru, descendent of the sun, boleh taw kerjaya seorg askar jgak..and byk lagi la cerita dia even kadang2 cliche’ tp still ada isi, bkn kosong mcm drama melayu yg ulang2

      0

      0
      • Anonymous says:

        rasa nak like bebanyak jer apa ko cakap niee….geram dah aku dgn cita melayu yg xda kemajuan nya..even cita thailand pun dah gerak ke depan dahhh..

        0

        0
      • kay says:

        Descendent of the sun lebih kepada semangat pejuangan..patriotik… pengorbanan kpd negara…jatuh cinta ngn jalan cerita nie…sngt!!!…rindu dramma melayu spt embun,lefternan adnan n bukit kepong…

        0

        0
        • aku pun tak suka says:

          betul2.. kalau cerita negara lain, kalau doctor theme dia, ada la selit atlis teknikal sorang doctor. even die cakap term doctor, nanti akan ada makna kat belah atas skrin. kalau cerita melayu, asal ada discussion, di mute kan…. then tetiba, “mesyuarat bersurai” … nak gak dengar ilmu sikit… haramjad betul

          0

          0
    • Anonymous says:

      mak cun

      0

      0
    • Pengarah tersorok says:

      Dah ingat tajuknya. MISAENG. Tapi mungkin ada tajuk dlm english jgk sbb biasanya citer Korea ada byk tajuk utk cerita yg sama. Tengok lah cerita ni, tak rugi….byk pelajaran dan realiti kehidupan. Ade citer Iran pun best jgk tp Iran dah slow sikit filemnya, mungkin faktor ekonomi.

      0

      0
      • review aku says:

        aku dah tgk misaeng ni,.. aku dah tau da tajuk cite tu since ko ckp pasal intern tu.. aku tgk sebab orang cakap meletup n menang award… tapi bg aku, tak best, masih banyak lg cite lain yang boleh meletup. Aku siap bagi peluang banyak episode cite ni develop jalan cerita dia..namun bosan.. buat kerja.. kena marah ngan ketua.. buli pekerja perempuan.. bagi aku dah best dah..lain dari yang lain..tapi entah malap je aku tgk dari satu episode ke satu episode.. hahahahahahahaha.. terus aku tak tengok sampai abes. tapi hero tu kiut..

        0

        0
    • Linzy Longkang says:

      ko jer lah jadi penulis skrip nok, mmg bagus jln citer ko nih pon bole jadi drama rantaian, jgn jual idea nih kat asterok kang senang2 dorang curik takmo byr pulak

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Pengarah kat malaysia ni low class. Bkn stakat drama cinta anak datuk datin tan sri tun bla bla bla..tp crite karot.. hantu selfie lh..pontianak sesat lh.. ntah ap2.

    0

    0
    • Cik Kim says:

      Sorry terdislike haishh

      0

      0
    • aaakulahhh says:

      pengarah tu tlg arahkan jek kalau org kasi bayar duit best..jgn salah faham…sbnrnya produser + penulis skrip tu..sbb tanpa duit produser…ko buat skrip power + director power pn…still x jalan..sapa nk bayar krew2…peralatan sume…kan kan kan…so harap produser + FINAS tekankan bende ni…

      0

      0
  8. Anonymous says:

    dramatis yang bosan tu tak payah lah terima tawaran berlakon….. penonton tak payah lah tonton……. habis cerita

    0

    0
  9. Ibu says:

    para producer & pengarah/penulis script bole study jalan cerita filem/drama tamil dari Negara india yg byk paparkan reality kehidupan, politik & kekeluargaan, bukan garap 100% jalan cerita tapi ikut kesesuaian di Negara & masyarakat kita

    0

    0
  10. projen says:

    terutama crite novel..mule2 benci pastu suka..lpastu org jahat kacau daun..msok spital..dan kawin

    0

    0
    • Anonymous says:

      mcm dah blh agak dah endingnya..msti hero/heroin masuk hospital dan koma..pastu bangun balik dannnn habissss..perghh..ok..aku pun blh buat skrip mcm nie..senang banyak lah pengarah sekarang..pastu x buat research apa2..last2 jadilah drama sampah

      0

      0
  11. We want quality drama says:

    Bestnya kalau cerita Penulis novel Awang mursyid di dramakan. Negara seperti china, indonesia, Filipin, Thailand malahan negara barat masih mampu memaparkan drama-drama berkualiti bergenre purba, kenapa malaysia tak boleh? Cerita seperti ini malahan menjadi sangat hit. Malaysia asal cerita purba, jadi melalut dan tak berkualiti. So bosan.

    0

    0
    • alis says:

      Setuju! Minat giler dgn crita nukilan RAM..

      0

      0
    • Mao says:

      karya zaifuzaman ahmad pun aq rasa sesuai kalau didramakan…his storyline quite thrill and surprising, kalau ada psl cinta pun..bukan cinta yg meleret2..

      0

      0
    • Anonymous says:

      nk buat cerota novel awing mursyid tu ko rasa2 kene tapis ke tak….confirmla kena tapis..

      0

      0
  12. aijj says:

    banyak sgt bunyi x yah tgk .. senang.. x yah complain…

    0

    0
    • Takpro says:

      Mmg x tgk pun. Sebab tu komplen.. sbb nak drama yg berkualiti.

      0

      0
    • hahaa says:

      fhm dak apa itu penilaian. so dr ctu la dorg nk dpt award ka x. bijak la sikit. bkn nk kondem. bnda tu mmg akan wat penonton tgk dan penonton menilai. kecuali la kalau awak mmg suka sampah, hadam ja semua sampah. silakan.

      0

      0
    • aaa says:

      fhm dak apa itu penilaian. so dr ctu la dorg nk dpt award ka x. bijak la sikit. bkn nk kondem. bnda tu mmg akan wat penonton tgk dan penonton menilai. kecuali la kalau awak mmg suka sampah, hadam ja semua sampah. silakan.

      0

      0
    • Anonymous says:

      nie lah pengarah melayu pantang kena tegur..abis tu kalau bukan penonton nak tegur korang sapa lagi?abis tu..apa motif korang buat drama sebenarnya..untuk syok korang sendiri jer ker??

      0

      0
  13. uqasha says:

    tundukkan playboy itu,,

    0

    0
    • Anonymous says:

      eeiii…drama paling teruk abad ini..menyesal aku tgk eps 1..membazir masa aku satu jam..cisss!!!

      0

      0
  14. Marian rivera says:

    Kannn. Muak sgt drama melayu.. xsuka lepastu kena kawen paksa lepas tu adegan bnyk atas katil jela. Drama skrg didik anak2 muda fkir nk brcinta nk kawen je bukan nk bkk minda buat cite cara anak muda nk survive zmn skrg . bdk skolah pun dh kalut nk kawen skrg xnikah dh kawen. Sbb terbuai buai dek romantik drama melayu nie.. come on..

    0

    0
  15. ku says:

    alahai…tiz..betullah apa yg ko kata tu.
    pandai dah komen yo…
    tapi ko sndiri yg brlakon cter yg mcm2 tu..oppsss..iyelh nanti xde lak job ko, kan.

    harap lakonan ko pun lebihlah mantap lgi..tngok sama je..pun xde berubah juga.

    0

    0
    • Ida says:

      Rasanya tiz ni agak memilih jar ang muncul d drama.kalau berlakon pon mesti drama dia meletop .she is one of the best actress in msia dakui oleh Ramai termasuk artist veteran spt umi Aida.saya salah seorg peminat yg searing tertunggu2 drama Lakonan dia.berbakat x harap rupa dn publisiti murahan. Nur kasih masih d best setakat ini.

      0

      0
    • Ida says:

      Tiz ni selective sb tu jar ang muncul d tv.salah seorg best actress d malaysia d akui oleh umi Aida .kemunculannya sentiasa d tunggu.berbakat x hrp rupa.nur kasih is her best drama.

      0

      0
  16. gigi emas says:

    macam mana nak berubah kalau mentaliti masih kuno seperti IS dan Taliban. Apa yang perlu ubah adalah sistem pendidikan yang lebih dinamik, aggresif dan holistik. Barulah Malaysia dapat menjana human capital yg berdaya saing, competitive dan creative…..kini terlampau banyak Ustaz & Ustazah passai tu lemah otak……

    0

    0
    • Enot says:

      Ape yang kau merepek ni syaitonn?

      0

      0
      • cun says:

        ada logiknya kata2 gigi emas tuh. golongan belia yang kreatif, inovatif, mampu berpikir di luar kotak dapat dihasilkan bermula dari sistem pendidikan yang menggalakkan pelajar meneroka ilmu baru. bukan hafal jek skema jawapan spm/pmr. once ade drama bersiri berdasarkan novel yg meletop, pengarah len pakat ikot idea sama. xde otak mau create idea fresh.

        amacam skema tak ayat aku rini?aku salu masuk BN ni mngutuk jek tp rini mcm nak type ayat skema lak

        0

        0
  17. Kak Rose says:

    Saya teringin sgt nak tgk drama Melayu yang buat cerita berkonsepkan politik. Sorry to say, saya mmg suka tgk drama Korea sebab drama2 dorg lebih terbuka. Ada pasal isu politik mcm City Hunter, ada pasal isu wartawan mcm Pinocchio, dan yg latest isu patriotism DOTS. Bila industri perfileman dan drama kita nak maju kalau asyik dgn konsep cinta je? Drama politik di Korea siap buat isu menteri salah guna kuasa. Menteri2 dorg pun takde nak kecam. Respect. Kalau di Malaysia agak2 macam mana? Mesti ke banned kan LOL

    0

    0
    • Anonymous says:

      Cite Dots terbaik bak hang..

      0

      0
    • Anonymous says:

      betul tu….. org melayu mkan dgn kisah cinta je,hari2 cinta hati je……paling best drama korea la yg berguna….

      0

      0
    • Sokong Tiz says:

      yes betol tu even cite tamil pun banyak pasal politik walaupun aksi dorg belasah2 tu mcm beria menipu plak tendang sikit je dah tercampak TAPI aku suka gila plot cerita dorg and yang penting cerita dorg lebih real sbb takde la sikit2 anak org kaya bagai

      0

      0
  18. Anonymous says:

    tiz jeles kot sb x dpt jdi heron berlakon kol 7 tu….eleh…klau d suruh berlakon cite y merapu tu pn d ambik gak si tiz ni…klau nk komplen tu blh…tpi awak tu tiz adlh pelakon silap2 hb nti malas pengarah nk ambik ko berlakon sb bnyk cengkadak cengkaduk…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    cite bru nti ptg duda terlajak laris pn leh kurang sama gak….pusing2 tu gak..x suka…benci sgt..pas tu suka gile…hmmmm..dh thu dh ending dia cam mane…tpi aku ttp suka cite teman lelaki upahan..memg terbaik la..

    0

    0
    • sesiapa sahaja says:

      setuju!!! Teman Lelaki Upahan best gler, pmbantu pelakon dlm citer tu pun nmpak hidup, padahal first time tgk belakon.. watak die kwn baik hero dlm citer tu..

      0

      0
      • emm says:

        sejuta like aku kasi..lpas nur kasih..aku rsa TLU yg trbaik..lain cite tu..semua watak hidup..lagu pun sedp2..ohh..rindu TLU

        0

        0
  20. Anonymous says:

    probnye,bile produce psl politik,rasuah conpem xde org tgk sbb org m’sia xmint,pastu xbole tyg kt tv psl2 politik…emmm..mmg drma mlyu skg bosan..cube tgk filem bilut,1956 hati malaya..pe jd?filem bkualiti mcm tu pon rkyt m’sia xpndang…tp filem ola bola mmg terbaik?

    0

    0
  21. Huarghhh says:

    Byk ikut sinetron indon.jln cite sma je.dh brp thun aku x tgk drama,flem mlyu.sbb dh psti mmg sma dn bosan.tu sbb bla plakon bru klur..mmg x knal lgsung,tau2 gossip je.

    0

    0
  22. Lalola says:

    Kdg2 tengok cite luar negara bkn sbb x support industri sndri. Tp sbb dah bosan tgk jalan cite yg sama. Dah mcm sinetron pun ada, dah boleh teka apa yg akn jd episode sterusnya. Cite luar byk jgk psl psikologi mcm penderita skizofrenia, split personality. Dlm masa sama dpt tmbh ilmu jgk ^^

    0

    0
    • T.I says:

      Betul2..cite luar negara atleast banyak kita blh belajar n buat kita fikir bnyk kali ‘knp jadi mcm tu?’ ‘Sape yg bunuh?’ etc.. Dari doctor terms ke crime scene (xlayan sgt csi & lain2 tu tapi suka tgk movie yang ada kaitan) ke politics (k-drama & movies are one of the best examples)
      Pendek kata drama malaysia skrg kne tukar dr segi plot & everything yg blh diterima & realistik skit. Thank you

      0

      0
  23. Anonymous says:

    Betul tu.. dah mcm sinetron. Berkali kena tipu pun masih naif.. bwekkkkk

    0

    0
  24. Peminat cerita thriller says:

    Cerita khabir bhatia selalunya lain dari yang lain.manjalara is the best.

    0

    0
  25. anonymous says:

    Drama teduhan kasih pun ok what..!?

    0

    0
  26. bukan peminat drama melayu says:

    Yup setuju..skang drama2 Melayu byk adaptasi dari novel. adoiiii

    0

    0
  27. cikyah says:

    skang aku ada gak layan citer suami tanpa cinta. bkn mjnat sgt pn tp tgk je la if ada ulangan. yg best laki aku tanya, dorg ni keje ke x. asyk pi mai, pi mai je. lepak2, mnm2, gosip2. tp duk tnjk 24 jam kt opis. keje nya x bt. hahaha. aku pn x tau nk jwb cmne. aku cuma jwb…citer, ntah x lyn mana pn.

    0

    0
  28. drama lover sgt says:

    aku dah lama wonder.siapa la yang tgk drama melayu. cerita mcm sampah. nasib ade netflix

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Sekarang ada ulangan cerita Tiz berlakon beberapa tahun dulu. Soffiya. Please tengok betapa bagusnya dia berlakon dan jalan cerita lain dari yang lain. Berkaitan anak yang di raped ayah sendiri. Tak tahu la kalau ia pun terbitan dari novel. Tapi kalau dari novel, ia memang terbaik la novel tu. First drama Izara Aisyah jadi Fiona yang watak jahat nya tak terkata. Ulangan Sabtu 4.00 pm TV9. Check this out!

    0

    0
  30. Anonymous says:

    kalau tak drama kisah cinta sendu,akan keluar pulak filem hantu karut komedi konon..abeh mentaliti org melayu jahanam,kena sogok setiap ari ngan drama dan filem tahap tayik.

    0

    0
  31. black sun says:

    aku paling menyampah tgok cerita org melayu yg buat,drama tah apa2,tajuk pun naik menyampah la.aku rs kena cr penerbit yg btul2 bkn fikir nk untung je,aku tgok drama korea,pelakon utama mesti study btl2 punya karakter dia,mcm kalau drama psl kedoktoran,pelakon dia akan bawa karakter doktor mcm real,salah satu drama yg best adalah good doctor.ni bkn mcm drama org melayu,kena kahwin paksa la,jodoh dr kecil la,tangkap basah la,projek mesti nak yg berjuta2 punya,apa salah ambil duit yg berjuta2 tu p study sikit pasal asas lakonan,ni tak berlakon mcm kayu lg,kayu pun mau ada kualiti yg cantik,baru org mau beli,tp pelakon mcm kanak2 ribena ja.yg aku hairan tu,pelakon muda2 kan,mesti nk up2 punya gaya,pdhal umur muda2 mcm tu la baru nk kenal dunia,realiti dgn khayalan tu terlampau teruk sgt.kalau boleh kan,plot cerita tu,kena la logik juga dgn idea tu,jgn nk hentam ja.buat kajian la psal satu benda.aku bukan nk banggakan la cerita korea ni,tp org korea mmg malas nk study la,so akan selitkan dlm satu babak untuk menambah ilmu masing2.aku byk dpt info2 dlm cerita korea…….. tlng la buat cerita yg boleh bg mesej yg positif untuk penonton…

    0

    0
  32. Anonymous says:

    yyyyyyyyyyy

    0

    0
  33. airel says:

    baru-baru ni ada tgok crita tamil tu..walaupon crita dia cuma pasai budak setinggan tringin nk mkan pizza tpi suma unsur ada..politik,sedih kekeluargaan,lawak…xdak la pasai kawin paksa ja

    0

    0
  34. Anonymous says:

    bukan tak layan cita melayu..tp kebanyakan cita melayu nie dah terlampau ikut sangat trend..cita melayu yang aku tengok sampai habis dan aku blh recommend kat orang lain utk tengok adalah, Nur Kasih, Suatu Ketika:Rosli Dhobi dan Kasyaf Amani..tp antara tiga nie aku paling suka Rosli Dhobi sbb satu2 cita melayu yang blh buat aku menangis dan dok ulang2 balik..memang tak bosan..aku respect lah sapa2 yang terlibat dalam drama nie..mmg terbaik..

    0

    0
  35. kak kiah says:

    Rasanya industri drama sekarang ni terikut2 trend novel. Cerita sama saja yg jd best seller. Bila ditanya pada pembaca, mostly ckp tak nak cerita yg klise tapi bila org tulis cerita yg lari dr ‘keklisean’ tu, tak laku pulak. yg pembaca dok beli semua jenis cerita sama. konon x nak cerita berat2, nak cerita yg gembira aje dari A sampai Z. Kalau heroin kena cerai, x suka. sedangkan itu realiti kehidupan… begitulah realitinya industri penulisan sekarang ni, sama aje dgn industri filem. huh

    0

    0
  36. mimimi says:

    Tv mlaysia..producer..pengarah kenalah kluar dari tempurung.
    Penonton dh nk termuntah drama based pd novel ni..tolonglah study drama2 luar spt barat n korea..
    Bkn nk agongkan tapi plot cerita sgt kuat ,menarik dan real..terbaru ..duda terlajak laris…sgt menghina
    pemikiran penonton..just incident terus kawin paksa la..maruah la..agama pn x suruh smpi cmtu..mentang2 dtunjukkn
    watak2 masjid..memalukan..kelakar pn x..bertanggungjawab la bila dpt siaran yg utama..betul org kata drama sampah..x de idea pusing2 psl kawin x de restu..cinta yg meloyakn..datuk datin yg material..org alim yg bagi ceramah agama..
    ..tu blum drama raya..psl anak x balik raya..merintih2..pdhalnya raya tu hari kemenangn…

    0

    0
  37. kkkkk says:

    Drama melayu bnyak tentang cinta harta jerr..pastu tajuk ntah apa2

    0

    0
  38. melati says:

    memang ler tak berubah !!!! sebab semua pelakon macam ko Tiq Zaqyah……….ponin…

    0

    0
    • Iza says:

      Tiz is one of the best berlakon x tangkap muat.x harap rupa.yg murahan tu pelakon hrp rupa n publisiti murahan terutama yg baru berlakon suara terjerit bing it ,Ada juga yg Kayu tapi org yg yg xpandai menilai Suka tgk juga.

      0

      0
  39. cik piNgu says:

    lebih2 lagi slot akasia.. hero heroin yg kayu berlakOn tetiba pemes seantero mesia.

    next drama, sama jugak. lps tu next drama lagi dan lagi…

    rumah besar, kete mewah, banglo siap kolam renang air terjun org gaji, cter terhaalang, kawin paksa, kawin suka sama suka tp xde restu, kena rogol tp kain dgn perogol.. etc pusing2 cter gtu je..

    muak.

    0

    0
  40. nana says:

    hoi hoi.. korang ingat pengarah tak muak ke arahkan cerita klise je? tv yg minta cerita2 cintan cintun kayap rayap macam tu. sebab katanya ada permintaan.

    0

    0
  41. Cik Bunga says:

    BETOLL TU TIZZ!! SAYA SETUJU SANGAT2… LAGI2 AKASIA TV3 TU..DAH LAA TAJUK DRAMA DH PELIK2 JER.CITER LAGI LAAN.. NTAH PA2 TAH..MULA2 X SUKA, PASTU SUKA DAN BERCINTA THEN KAWEN..HIDUP BAHAGIA…BOSAANN SANGAT…

    0

    0
  42. mak c kina says:

    cite melayu tgk episod 1st dgn las je dah cukup..tgk episod last pun sbb nk mengiyakan finishing cite tu,klu xtgk pun dah tau ending dia mcmne..cer tgk cite korea..setiap episod mesti ada klimaks..jalan cite yg slalu twist..benda yg penonton xsangka..byk cite korea yg hebat..even cite cinta,tp dorg masih kembangkan plot2 yg penting..mcm kerjaya doktor,lawyer,ceo..klu drama melayu,doktor hanya setakat pakai kot dlm bilik doktor je..lawyer berborak kt luar pintu court..penat tgk cite melayu ni

    0

    0
  43. x says:

    Asyik kisah kemaruk celah kangkang je..mana tahan.terbaru aku tgk dia berlakon dgn tambi rambut tebal berminyak tu.tah sapa namanya.amar,samar.lebih kuranglah.tu pun kisah kemaruk celah kangkang.

    0

    0
    • Mizz says:

      Rasanya drama tu Jln ceritanya Ada kelainan Dari drama2 bod oh sebelumnya dn semasa cinta monyet suami Tanpa cinta tu.lakonan tiz Ada jiwa dn sampai ke hati x lah bing it dn Kasar ala tomboy.her looks n acting is pleasing to the eye.she is truly a gem.hanya jauhari yg Kenal maknikam. I enjoy almost all her dramas.hope to see more like her.

      0

      0
    • Meen says:

      Bahasa yg d gun akn menggambarkn akhlak.semoga mendpt taufiq dn hid ayah dn bertaubat Dari menggunakan Bahasa ke sat yg memalukn sbg seorg Islam.

      0

      0
  44. stylo says:

    Tahniah…Drama Dawai Asmara sungguh menghiburkan…..dr ep1 ke 20…tahniah dato rosham nor dpt membuat sebuah drama yg menghiburkan kami sekeluarga spt drama 7 suami

    0

    0
  45. stylo says:

    Tahniah…Drama Dawai Asmara yg telah melabuh tirainya sungguh menghiburkan…..dr ep1 ke 20…tahniah dato rosham nor and krew dpt bikin sebuah drama yg baik dan menghiburkan…..drama 7 suami pun best

    0

    0
  46. gahaha says:

    cerita asterok semua tah apa2…penerbit pun bangang gak terbit cerita bodoh2…x ada pengajaran langsung….semua cerita terbitan ziela jalil di astro busuk xde faedah langsung

    0

    0
  47. Dunia nak kiamat says:

    Aku nak tambah… Program realiti skrg pun makin manjadi2. Dah la drama2 pun ntah apae2. Erm yg program realiti skrg.. Yg tua dok menyanyi kilau2 mas pe ntah.. Yg budak2 kecik plak masuk tahfiz muda. Erm.. Ntahla… Dunia akhir zaman… Semoga Allah bagi petunjuk dan hidayah utk kita semua. Xkan la musim panas mcm sekarang pun masih nak kan maksiat2 macam tu lagi syarikat tv smua oiii… Kita sama2 fikir2 kan dan selamat beramal.

    0

    0
  48. mia says:

    cite best mcm keluarga Iskandar pon da stop untk season 3.. bengang btol aku..

    0

    0
  49. cikbunga says:

    layan cite tamil lg besh wohh…real life..

    0

    0
  50. Aria Ariana says:

    setuju tapi penyiaran drama dengan storyline cliche ini adalah kuasa penerbit dan stesen tv. kisah kahwin paksa di slot akasia banyak mendapat sambutan dr penonton maka penerbit memilih untuk terus menyajikan drama yg seumpama sahaja. skrip baik yg ada pengajaran mungkin hanya diterima oleh rtm. sekiranya penulis ada mentaliti menulis jalan cerita memartabatkan kaum wanita tp penerbit pula mahu buat drama kahwin paksa yg pastinya popular dan menguntungkan, tidak ada gunanya. hanya seorang penulis yang mampu mengarah dan menerbit sahaja mampu mengubah rentak drama Melayu kita, contohnya Syamsul Yusof tp beliau lebih suka buat filem. perlu ada penerbit dan pengarah yg ada rasa tanggungjawab dan berani mendidik mentaliti penonton dengan jalan cerita yg lebih manusia dan bukannya sekadar mahu kaut untung. sori panjang pula komen ni hiks

    0

    0
  51. Hantu Drama Melayu says:

    Siapa pernah layan slot samarinda Cinta Hati Abah. Bagi aku mmg best, ada kelainan. Kisah kehidupan kampung. xde kawen paksa, xde dato datin, xde tansri2 dgn projek juta2. for me mmg best sgt2.

    0

    0