Written by AbangNara | September 8th, 2016

5 tahun dahulu, jika anda ingin membeli telefon pintar, jenama yang akan dipilih sudah tentu di antara Samsung dan Apple. Kedua-dua jenama ini memang cukup gah, hebat dan mempunyai peminat setia ketika itu. Ditambah pula dengan ketiadaan pesaing-pesaing lain, Apple dan Samsung telah mendominasi pasaran telefon pintar pada masa itu.

 photo 1_5.jpg

Namun langit tidak selalunya cerah untuk Samsung dan Apple. Kini jenama-jenama telefon pintar dari Asia seperti Huawei, Xiaomi dan Oppa mula mencuri hati pengguna setia kedua-dua jenama ini. Huawei yang telah pun mengeluarkan Huawei P9 pada tahun ini menjangkakan akan mengalahkan Apple sebagai pengeluar kedua terbesar telefon pintar menjelang tahun 2020.

 photo 2_4.png

telefon pintar dari Huawei yang semakin mencuri perhatian ramai

Abang Nara ada satu fakta menarik tentang kebangkitan jenama telefon pintar dari Asia ini. Di China, Samsung hanya mempunyai 9% market share. Huawei adalah jenama nombor 1 di negara ini dengan 26% dengan Xiaomi di tempat kedua dengan 19% market share. Sementara itu Oppo pula semakin mendekati Samsung dengan 8%. Kalau tak silap Abang Nara, di Malaysia pun jenama-jenama dari Asia semakin mengekori rapat Samsung dan Apple. Nampaknya kekuatan jenama Samsung dan Apple semakin hari semakin berkurangan sekiranya tiada tindakan lanjut dilakukan.

 photo 3_4.jpg

Samsung S7 ke Huawei P9 yang akan korang pilih?

Secara jujurnya, Abang Nara menyukai persaingan sengit sebegini di antara Samsung, Apple dan jenama-jenama telefon pintar dari Asia. Lagi banyak produk di pasaran, lagi banyak pilihan kita sebagai pengguna. Buat apa bazirkan duit untuk membeli sesuatu yang lebih mahal sedangkan ada telefon dari jenama yang lain yang sama hebatnya? Lagi satu contoh terbaik iala isu pencurian data peribadi sekiranya kita menggunakan telefon dari China. Betul ke perkara nie? Cuba korang tengok video di bawah.

Kita selaku pengguna kenalah pandai menilai sesuatu produk. Jangan hanya mengikut sahaja. Kena periksa dan buat uji kaji terlebih dahulu. Selidik apa yang patut. Barulah kita akan menjadi seorang pengguna bijak. Tak gitu? Apa pula kata anda?

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Jaga-Jaga Samsung & Apple, Huawei & Jenama Telefon Pintar Asia Semakin Rapat Mengekori Anda

  1. kun anta says:

    1st
    ttp juga bukan pilihan cina

    0

    0
  2. kun anta says:

    1st

    0

    0
  3. Anonymous says:

    oppa pun boleh…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tak konfident nak pakai brgan cina esp brg2 electrical or elektronix n food storage

    0

    0
  5. lin says:

    huawei ,oppo,vivo,xiomi mmg berkualiti jugak…tepuk dada tanya selera…yg mahal tak semestinya bagus

    0

    0
  6. _ _ says:

    sony

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Salam…

    Rasanya Samsung juga adalah jenama Asia.
    Korea Selatan, Taiwan, Jepun China, Hong Kong, Macau, Mongolia adalah rumpun North-East Asia…

    0

    0