Written by AbangNara | July 3rd, 2015

Walaupun sudah habis ditayangkan, drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) sehingga ke hari ini masih mengundang kontroversi. Pengarahnya, Ziela Jalil sendiri sudah memohon maaf jika ada pihak yang beranggapan DILB mempromosikan maksiat. Malah di dalam sebuah surat terbuka daripada seorang peminat, pelakon-pelakon utama drama ini iaitu Shukri Yahya dan Nur Fathia dikecam teruk kerana berpeluk sakan seperti pasangan suami isteri yang sebenar.

dia isteri luar biasa

Selaku seorang yang berlakon mengikut arahan pengarah, Shukri Yahya memohon agar para penonton dapat membezakan antara realiti dan dunia lakonan. Kata Shukri Yahya:-

Saya sangat hormat kak Ziela Jalil, dia pun dah mohon maaf secara terbuka, dan saya amat berharap isu ini selesai, dan tidak dibangkit-bangkitkan sehingga menjadi huru-hara.

Shukri mohon kepada semua peminat, jadilah penonton yang rasional kerana dunia yang saya berlakon adalah rekaan semata-mata bukannya ada kena mengena dengan kehidupan realiti di luar sana

dia isteri luar biasa

Secara jujurnya, kesedaran para penonton drama Melayu tentang bab-bab bersentuhan di kalangan pelakon yang tidak mempunyai ikatan sah seharusnya dipuji. Agak menyedihkan juga apabila pengarah, penerbit, pelakon dan hampir kesemua yang terlibat beragama Islam, tetapi hasil yang ditunjukkan tiada nilai-nilai keIslaman langsung. Semoga dengan teguran sebegini, drama kita akan dapat diperbaiki di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Murai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Jadilah Penonton Yang Rasional – Shukri Yahya

  1. Anonymous says:

    Tonton cartoon sahaja lah lepas ni, senang.

    0

    0
    • Anonymous says:

      jadilah hamba-Nya yg rasional..hormat kat Allah dulu baru hormat kat hambanya..org laen pon akan rasional selepas tu dan hormat ko.

      0

      0
  2. jamali says:

    “berlakon semata-mata”, “terpaksa ikut arahan pengarah”, “rekaan ja,x ada kena mengena dengan realiti”…. sama la juga dengan berlakon PORN..berlakon semata-mata..ikut arahan pengarah..
    nak jawab mcam tu dgn Tuhan?

    0

    0
  3. macammacam says:

    lantak ko la labu…malas nak kata ape..p sekolah agama belaja balik ok..kui3.. =P

    0

    0
  4. unknown says:

    rasional lah ni.. kalau x rasional dari pengarah sampai pelakon suma dah kena bakar idop2.. ada faham ka macha?

    0

    0
  5. melati says:

    dua2 mangkok ni Mesti Group Myvi kuning…hihi

    0

    0
  6. big bang says:

    Hukum is hukum. Perlu dipatuhi.. so baiki diri jgn nk ckp byk..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Drama melayu porno..puiiii

    0

    0
  8. Anonymous says:

    jadilah pelakon yg bermoral

    0

    0
  9. zabedah zabit says:

    cerita tak kualiliti.hanya adegan hasben n wife yang sepatutnya dlm konsep keluarga ..suami isteri nak bermesra pun tak boleh tayang depan anak2..ini kan pulak tayang dlm drama.

    kalau budak2 tgk.automatik sel-sel otak berhubung mereka kata mcm ni lah agaknya mak pak aku dlm bilik.

    jadi sebagai pelakon..ko lah yang kena rasional.

    cerita sampah!!!

    0

    0
  10. Che Tah says:

    Tp suara Shukri ni jantan kot! xpyh la berakon lg lps no bro…ko nyanyi je la…

    0

    0
  11. aku yang pandai says:

    tak payah la nak bising bising. kalo tak suka tutup tv tu. drama dan filem lain lagi teruk ko tak nak komen… nape? ko ada masalah ke dgn pelakon pelakon drama ni.. Mcm ni lah, doa aje lah yang baik baik… kita nak tegur orang kalau salah pun secara private bukan canang sana sini. Hidup ni panjang lagi, jgn pikir kita baik sangat sebab keampunan dan hidayah datang dari Allah. Kita doakan pengakhiran yang baik. Tak guna perasan mcm ustaz, ustazah tp cakap buruk pasal orang lain… kesudahan kita tak tahu lagi.. Mcm mana kita nak mintak maaf kat orang tu nanti…Ni la melayu, asyik nak condemn orang depan depan. Tu pasal susah nak maju!

    0

    0
    • Roti_Cecah_Kopi says:

      ‘Kalu tak suka tutup tv’ terlalu manja n kebudak2an statement tu .. Ada rahmatnya mulut2 yg bising ni .. Saya pikir satu jer .. Kita ni muslim .. Mudah2an lepas ni dikurangkan babak2 intim n dimansuhkan babak2 seperti berzikir vs peluk bukan muhrim tu .. Entahlah saya fikir yang positifnya ..

      0

      0
  12. Anonymous says:

    kalo ko tak berlakon cm tu orang xkan mengata, ni nk suruh org berasional bagai

    0

    0
  13. sayang says:

    x suka tgk je cerita lain..x payah nak kecoh2..byk lg cerita lain yg peluk2.nape x bising..

    0

    0
    • Chek_Layan_Akasia says:

      Banyak tul citer poluk2 hang tengok no .. patut laaa .. hangpa takleh la halau org dok nak tengok ceghita best lagu ni .. depa tak salah pun .. awat ramai sgt tengok ceghita ni .. meh nak habaq sat .. chek rasakan depa2 ni dulu pembaca novel kot sbb tu la nak tengok .. tup2 bila kluaq tibi mak aii terkeluaq berteraboq iman sat .. sebab tu la marah kot .. tapi bila org perkatakan yang betul kita2 yang eksited ni tokleh tak nak terima .. awatnya nih terima jelah .. ini idok .. hangpa2 tetap nak tegakkan benang yg basah .. perli2 lagi noo .. jgn taksub sgt tau .. tak baik utk masa depan .. org utagha cakap chek pun tak berkenan tengok pelakon pelok2 ni aiihhh .. sikit2 cukuplah .. chek rasa ramai yg suka part2 lagu ni mesti stok2 yg kuat berangan kan .. mmm jgn maroh no .. kang cheq pi juai kat bazar ramadhan

      0

      0
  14. sosehsosehn says:

    matlamat tak menghalalkan cara. memang tuhan asingkan pun dosa engkau. masa berlakon tak berdosa sebab rekaan semata. in real life baru dikira berdosa. sigh. pathetic mind.

    0

    0
    • JAMALI says:

      lorat nau sampai nk berpeluk2 …tp aku tgk pmpn ni yang over… nak nampak real konon..

      0

      0
  15. Annabelle says:

    Haha .. spoil SY berlakon cenggini .. kalu sikit2 tu maafkan je la mata .. tapi kalau dah berlebihan adoiii guano tuh .. Tapi kutetap folo drama2 dia lepas nih .. Berbakat dia nih .. Harap2 pengarah2 tu kurang2 kan la aksi romantika tu eaaa .. guna je mata dia tu .. mata dia dah cukup memukau dah tu .. menurut kata fan2club dia tu boleh tahap kecin manis potong kakaa .. hahaaa tak sangop deknonnn ..

    0

    0
  16. whateverilike says:

    TUTUP LAH TV DAH KAU TAK SUKE TGK!!!

    0

    0
  17. Pian says:

    Kenapa org industri ni slalu tk fhm maksud Muhrim. Sila google maksud Muhrim dah Mahram. Bikin malu la

    0

    0
  18. Anonymous says:

    tak boleh nak rasional dik sebab..astaqfirullah

    0

    0