Akhirnya setelah sekian lama membuatkan para peminatnya ternanti-nanti, Jaclyn Victor telah pun mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi menerusi akaun Facebooknya semalam. Walaupun tidak memuatkan sebarang makluman terperinci mengenai rumah tangga yang bakal didirikan, berita ini pastinya menggembirakan semua pihak yang sering ternanti-nanti hari bahagia penyanyi ini.
Jaclyn Victor turut memohon maaf kerana membuat pengumuman ini di kala rakyat Malaysia masih bersedih mengenai kehilangan MH370.
Tahniah diucapkan kepada Jaclyn Victor atas berita gembira ini. Tak sabar hendak melihat si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga segalanya berjalan lancar buat Jac.