Written by AbangNara | June 10th, 2014

Tarikh 9 Jun pastinya menjadi satu noktah hitam dalam kehidupan Izreen Azminda apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Riza. Perbicaraan kes cerai mereka telah berlangsung di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jutaan takziah diucapkan atas penceraian ini. Semoga Izreen dan Riza tabah menghadapi suratan takdir.
izreen sah cerai talak satuTernyata desas-desus yang Izreen telah diceraikan di lokasi penggambaran sebelum ini adalah tidak tepat sama sekali. Untuk makluman, hak penjagaan anak hasil perkahwinan mereka telah diberikan kepada Izreen. Kata Izreen menerusi Berita Harian:-

Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya.

Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti.

izreen

Semoga Izreen dan Riza tabah menjalani kehidupan selepas ini. Yang penting teruskan berbaik demi kepentingan anak anda. Sambil-sambil itu renungkanlah balik saat bahagia bersama. Mana tahu terbuka hati untuk rujuk kembali. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 responses to Izreen Azminda Sah Cerai Talak Satu

  1. sedih says:

    Antara tanda hari kiamat ialah apabila berlakunya banyak perceraian. Wallhua’lam. Semoga anak kalian, Umar akan mampu menyatukan kembali ikatan perkahwinan kalian.

    0

    0
  2. Rayma Dearla says:

    Ok.. Next AYU RAUDHAH !!

    0

    0
  3. ina says:

    Takziah.. Jodoh setakat ni jer.. Xpe izreen.. Allah x penah ambil sesuatu dari kite tanpa menganti dgn yg lebih baik…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bnyk mangsa yg nak disengat

    0

    0
  5. ru says:

    harap tabah dengan dugaan yg tuhan dah tentukan.

    0

    0
  6. anon says:

    Alah bercerai je, its not the end of the world. Dah jodoh sampai tahap tu je nak wat camne. Life must go on. Neway, wish you all the best lzreen..

    0

    0
    • minah jambu merah biru hepening says:

      takpe laaaaaa dh tk sehaluan nk buat camana kan…untok yg dh janda sebok2kn lah diri tu ngan bekeja jadi tk la boringggg duit pn dapat tol tak..

      0

      0
  7. anon says:

    alahhhh kawen je dgn abg zen, Indah woiiiiiii

    0

    0
    • Izz says:

      Kheeeeeennn. Kawen je laaaa gn Abg Zen awk tu. Cute apa ;)
      Pape pn, takziah pd awak Izreen.

      0

      0
    • weng weng says:

      watak Indah tak sesuai dgn Izreen..tak seindah wanita yg digilai lelaki dua beradik anak org kaya..kalau risteena atau izara atau siti saleha baru org teruja…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Indah tak seindah perangai yg agak kelam kabut…..setuju dengan izara @ siti saleha

        0

        0
      • saya ok je says:

        ok je izreen jd indah..sebab wajah melayu yg sgt cntik…

        0

        0
      • izreenazminda fan says:

        nama pun adaptasi novel,one thing for sure,adaptasi is not imitating sebijik2,tp sesuaikan ikut keadaan supaya audience lebih entertained..so lame n bosan jua kalau disajikan dgn watak cliche heroin pijak semut pon x mati,,indah halina dibawa by izreen is much more menarik n melengkapi watak tajul razin..seriously,is not a big issue here,,org xpuas hati pon,followers izreen especially kt instagram boost up je hari2..haha
        love indahhalina tajul razin.

        0

        0
      • diva says:

        siti saleha? what? pls laaa tak sesuai langsung. bahasa melayu tak brape nak tembus la kalau dia cakap. aku memang tak tengok kalau ada siti saleha belakon. sakit telinga kite noks! kenape? lidah terbelit2 kew kalau cakap bahasa melayu? menang kat abp pun pasal undi peminat.. sorry la kalau siti saleha dalam KTAR memang aku tak tengok punyeeer eeeh

        0

        0
  8. izreenazminda fan says:

    so far,watak indah halina yg dibawa izreen x menggambarkan lngsung masalah rumah tangga sebelum ni,,thumbs up sis!so professional..what to do kalau jodong x panjang,inshaALLAH ada kebahagiaan menanti in the future.anyway,love indah halina tajul razin in KTAR,,<3

    0

    0
  9. crunchira says:

    ape masalah ngan izreen jadi indah. aku ok je. dr siti saleha yg mcm ti baik si izreen.izara pn aku bosan tgk.izreen blakon best.cantik je aku tgk.

    0

    0
    • kerana terpaksa aku rela says:

      besh apa izreen jadik indah.. ok ar.. cuma izreen agak kasar sikir jerkk.. sebab dalam novel watak indah tu agak lemah lembut….

      tp yang penting ok ar tu si izreen ada muka melayu…. sesuai… asyik minah saleh celup jerkk berlakon boring…

      siti salehah -ckp melayu berslang minah saleh
      izara – erkk minah salehh boringgg tak sesuai berlakun watak minah kampung…
      risteena- euwwww tak ada org lain ker….

      bagi ar peluang kat org lain jadi heroin…. apa pun ai sokong izreen… lakunan dia beshh

      tp korang pasan tak lately nie semua yang selalu berlaku watak jahat (negative) jadik heroin… ok ar tu…. bagus ar bagi peluang kat semua jadik heroin…. ai loike…

      cth macam -nabila huda dalam citer kul 10 tv3

      0

      0
      • Anonymous says:

        ok la dia bawak watak indah.
        tapi sebenarnya dalam novel, watak indah tu muka putih cina kn?

        tp sorry la, pelakon2 yang disyorkan tu, siti saleha, izara, risteena tu belakon ke laut.huh!
        lagi2 izara dgn saleha, cakap melayu pun berbelit.
        cam lidah tergeliat.

        0

        0
      • rainbow says:

        rasanya mmg pengarah minta izreen berlakon mcm tu kot..sbb 1st ak tgk dia berlakon dekat tv9, yang dia kahwin dgn mualaf..aku igt dia mmg bertudung dan lemah lembut..kalau tgk tentang dhia pn, watak melly masa jahat kasar, lepas jadi baik, lemah lembut..

        0

        0
        • lara_hati says:

          Setuju , rasa2nya watak indah dalam drama sengaja dibuat begitu menampakkan indah seorang yg becok n kelam kabut , dah cempera bila tgk dia…huhu… , saya tk baca novel takut asik nk cari persamaan sat g tk leh focus…

          0

          0
  10. indah halina says:

    aku selalu terserempak dgn izreen. dia ni cool gila n sempoi. tak belagak. sgt surprise dia bercerai sbb nampak bahagia. semoga tabah izreen.

    0

    0
  11. Kak midah says:

    Tlk pe la IZREEN u masih muda ..
    Muka cantik badan pun cantik , tak de rugi apa2 pun kalau cerai gan Jantan yg tak hargai semua tu.
    Ada banyak calon2 baru yg menanti kan Adik ni .
    Akak doa kan ok.

    0

    0
  12. 2 DIRECTIONERS TICKET ON SALE !! says:

    Dulu izreen pernah lakon watak secretary Datuk rahim razali .
    I thk she look gorgeous sangat.
    Muka mcm ni pun jantan melayu tergamak ceraikan .
    Takpe la Girl . Jgn patah semangat.
    U cari je Jantan ARAB atAu OMPUTIH yg lebih gagah perkasa..

    Mcm ONE DIRECTION!!!

    0

    0
  13. nananananaaa says:

    he looks like a creep….

    0

    0
  14. MakJemah says:

    Nara, sebagai penulis blog, dan dah byk kali berhadapan dgn issue mcm ni, patutnya kau kena faham yg lafaz cerai riza kepada izreen telah diucap pada hari kejadian tersebut, dimana mereka bertengkar disudahi dengan lafaz talak oleh riza..akibat lafaz itu, Izreen membuat permohonan PENGESAHAN LAFAZ TALAK tersebut..jadi pada 9 Jun iaitu tarikh Sebutan @ Bicara @ Keputusan Kes dibacakan bagi Kes Pengesahan Lafas Talak tersebut…Jadi ianya hanya pengesahan saja oleh mahkamah..Mahkamah perlu tentukan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak, kerana ada suami yg ceraikan isteri tanpa niat (lafaz cerai ketika marah waktu bergaduh, ketika mabuk, ketika sakit yg melampau, etc)..Jadi, jgn lah sesuka hati cakap tarikh cerai tu salah la, apa la..kalau dengar cakap2 orang ramai, mmg la dihentam semberono saja..jd jgn lah sampai Nara pun buat mcm ni sebab awak tu menulis, ramai pembaca..nanti disebarkan ilmu salah..

    0

    0
  15. wak gereng says:

    Sabar byk2 Izreen… yg penting jaga anak awk2 2 baik2. Bagi didikan agama yg secukupnya…

    0

    0
  16. anonymous says:

    thn dpn pastinya Izreen azminda akan menang anugerah pelakon tv wanita paling popular ABPBH 2014…….

    0

    0
  17. Habibah says:

    Izreen harap2 banyk tenangkan diri jaga anak tu.
    Jgn la ikuut perangai isteri Gila yg Cakar cekau bekas suami plak ok.
    Nasib baik cakar pat muka aje , buatnya dia cekau pat Biji da HARU dibuatnya…hahhhahha

    0

    0
  18. diana says:

    knp bercerai????

    0

    0
    • izreenazminda fan says:

      jawapan tu ade pd izreen n bekas suami dia,yg pasti mereka berpisah dgn baik n tak buka aib sama sendiri,n masih berhubung soal anak..salute on that..soal kenapa bercerai tu tak perlu kita perbesarkan kot..insyaallah ade hikmahnya tu..peace

      0

      0
  19. alissa says:

    izreen azminda cerai ngan suami lama…..yeah bye kak izreen

    0

    0
  20. alissa says:

    kak izreen dah cerai suami lama….?yeah bye kak izreen

    0

    0