Izreen Azminda Percaya Pada Tunang

Izreen Azminda Percaya Pada Tunang

Baru-baru ini, Izreen Azminda telah mengumumkan dia akan berkahwin dengan Mohammad Riza Baharuddin, seorang krew produksi tetapi pelbagai cerita telah ditimbulkan oleh individu tertentu tentang tunangnya itu. Antara yang kami dengar, Riza pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud, tetapi telah meninggalkan wanita itu ketika sedang sarat mengandung anak pertama. Bukan itu saja, Riza juga dikatakan masih tunangan seorang wanita bernama Rafeda yang juga pernah menggugurkan kandungannya hasil hubungan dengan Riza kerana pada masa itu Riza masih merupakan suami Julia. Pihak Harian Metro telah menghubungi Izreen, dan Izreen menyatakan:

Perempuan itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan meminang kepada sesiapa pun.

Saya sebenarnya dapat tahu pasal hal ini kelmarin (Khamis). Bila diberitahu teman rapat mengenainya dan membaca tuduhan itu, perkara pertama terlintas ialah, kenapa ini boleh berlaku dan apa tujuannya? Namun bila difikirkan semula, mungkin ada yang tidak puas hati dengan kami. Riza mungkin ada sejarah silam tapi sebagai manusia biasa, dia patut diberi peluang kedua.

Izreen yang mendapat pujian ramai kerana lakonannya dalam drama Tentang Dhia mendakwa dia percayakan tunangnya itu:-

Pun begitu, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan mengenai masa silamnya. Yang penting, saya percayakan tunang saya. Saya ada bercakap dengannya pasal isu ini dan meminta dia berterus terang jika ada perkara yang cuba disembunyikan daripada saya.

Saya harap sangat satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kebenaran, siapa benar dan siapa salah.

Kalau boleh, saya mahu fokus dengan karier dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi. Saya tidak nafikan kadangkala kontroversi boleh membantu menaikkan nama artis, tapi pada masa sama ia boleh buat saya ‘down’ dan memberi kesan kepada kerjaya saya.

Advertisement

Orang kata, kalau dah cinta, lautan api pun sanggup direnangi. Kita sebagai orang luar hanya boleh memerhati, dan berharap Izreen akan berbahagia dengan keputusan yang diambilnya. Buat pengetahuan anda, Izreen telah pun bertunang dengan Riza semalam, dalam satu majlis sederhana di rumah Izreen di Alor Setar, Kedah dan hanya dihadiri oleh teman rapat dan ahli keluarga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...