Written by Bella | May 4th, 2016

Tersingkir pada konsert Gempak Superstar minggu lalu, Izreen Azminda membuat pengakuan bahawa kritikan tajam daripada juri sedikit sebanyak membuatkan hati peserta terguris selain memberi tekanan dan membunuh semangat mereka.

Jujur saya katakan, kritikan yang begitu tajam mengguris hati kami semua. Tambah-tambah lagi dengan nada menghentam, memang kami akan rasa tertekan dan ‘down’.

Bila diberikan komen yang menghentam, mulalah saya rasa serba tak kena dan kadang-kadang ia mengganggu fikiran saya. Seperti kata Datuk Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okay dengan komen tersebut.

Jelas Izreen, bukan mudah untuk memberikan hasil terbaik kerana mempunyai tempoh masa yang agak singkat untuk berlatih dan menghafal setiap corak persembahan. Buat Izreen, para juri sepatutnya faham dengan keadaan tersebut.

Bukan mudah nak hafal skrip lakonan, lirik lagu, step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan ini kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukan. Juri sepatutnya faham dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan adalah tidak mencukupi.

Saya tak kisah kalau nak kata persembahan saya buruk atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa juri kena faham masa latihan itu tidak cukup.

Cuba kalau kita bagi dia yang sudah bertahun-tahun untuk perform dan masa yang ada hanyalah dua hari, adakah mereka boleh lakukan atau pun tidak?

Sejujurnya ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk pelakon yang menyertai Gempak Superstar menyanyi dengan cukup hebat. Mungkin ada betulnya kata Izreen, juri tidak boleh terlalu berharap kerana tahu mereka bukan penyanyi profesional.

Sumber Berita : Astro Gempak

30 responses to Izreen Azminda Nyatakan Kritikan Tajam Juri Guriskan Hati Peserta Gempak Superstar

  1. Oggy and the Cockroaches says:

    Aku suka komen Kak Ogy tu cuma aku tak suka intonasi dia tu marah-marah. Ingat ni budak sekolah ke?!!!

    0

    0
  2. Penonton Gempak Superstar says:

    Betul tu. Kak ogy kene belajar psychologi kot.. Kalau orang tegur dia dengan cara lemah lembut pun dia sentap, inikan pula orang nak tegur dia cara marah2.. Lagi dia sentap atau mungkin naik angin. Orang semua tahu tugas dia sebagai juri, orang cuma tegur cara dia memberi komen perlu lebih berhati2, sebab peserta gempak superstar pun artis yang ada nama dalam industri.. Cara kak ogy seperti menjatuhkan mereka. Patut kak ogy tu tukar dengan tok ram duduk di kerusi tu.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    aku suka cara tok ram tegur ogy. biar cara tegur tu berlapik sikit…bukan dgn nada suara yg tinggi. tapi aku tak faham elizad suara tak sedap…knp duduk carta teratas sekali? undi diri sndiri ke?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    kak ogy sentiasa betul

    siapa nak masuk meminang kak ogy?

    0

    0
    • x says:

      Saya suka kak ogy.best main tu.komen dia membina.taklah asyik kemut kentut acacah bagus.kata gempak.kena kritik sikit down,kata superstar…tapi lopek.pi join ceria popstar.kalau nak ceria selalu.pasti dapat 3 bintang selalu.

      0

      0
  5. Kebanyakan(boleh kata semua) program realiti suka ambik juri (penyanyi yg x pnh top pun) utk jd juri.
    Sendiri nyanyi mcm nk pecah mic, komen org mcm nk pecah stadium.
    APTB

    0

    0
    • Shhh says:

      Mmg dorg tk sebagus dato ct..tpi dorg da ilmu dalam bidang muzik..mcm dato ram..pernah tk ko dgr dia nyanyi tk pernah akn..dn aku sendiri tak tahu mcm na suara dato ram itu sendiri..sama mcm kak ogy..dia da vocal yg bagus tpi rezeki dia lbh kepada bidang lakonan..spanjang berlakon..dh tentu byk ilmu dia dapt,..selain dri menyanyi..sama mcm edry kru..bukan seorang penyanyi yg bagus tpi dia da ilmu dlm menulis lirik..judge mcm nil ah kita nak..Cuma cara penyampaian mereka tu je kkdg over..tpi ko tanya tak kenapa org tk letak dato ct sbebagi juri..jarangkan korg tgk dia jdi juri..dlm ceria pop star je dia da…dato ct dia tk setegas dato ram, azmeer, kak ogy..sbb tu dia jrg jdi juri…jdi seorg juri kena tegas, sbb dorg nk pelajar displin..tpi kena dgn cara yg betul..Cuma jgn terlalu over..ala izreen tahu pun sentap..ari tu bukan lgi ko kritik si Amar Baharin dalam teater dulu..tk ngta ke..si Amar pun tk da pengalaman dlm teater..dh tentu latihan pun tk mencukupi..

      0

      0
  6. Anonymous says:

    len kali x pyh le masuk rncgn sebegini yer..juri ni mcm2…

    0

    0
  7. ChickFlick says:

    The show is about the jury too. Bukan peserta shj. Belum lagi kena maki mcm Hells Kitchen atau Americas Next Top Model. And yet rating diorang tinggi. Relax lah. Nama pun show.

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      beza kan?sbb apa beza…sbb kita melayu..kita islam…adab menegur kena ada…susun atur ayat, kata2…tegur tak salah, tp biar kena cara…berhikmah cara yang paling indah..sbb yang ditegur bukan budak2 lagi…sama level lak tu…beza cuma ogy tu tua dr diorang…but still respect kena ada…sbb diorg dalam industri yang sama…takyah nak diva sgt bila menegur..ilmu ogy ada, just curahkan and share and tegur cara baik, takyah sampai gaya macam nak menghina kadang2 tu….

      0

      0
  8. hihihihihiii says:

    OGY=OVER

    0

    0
  9. zuragi says:

    1.suara diorg sgt teruk. klau kita dengar pon rasa nk marah. teruk giler. itu bukan menyanyi tp melalak.
    2.yg pelik contestants suka buat pkr yg diorg xmampu konon nak cabar diri. tapi jadi hancur.contoh nyanyi lagu yg key tinggi. itu bukan level diorg tp nak nyanyi jugak.n xboleh nak carry.sape xmarah? ikut kemampuan diri la dik.
    3.ni baru ogy yg comment. ko belum kena mas idayu yg comment.
    4.program mcm ni buat kita insaf. xsemua org dilahirkn ada bakat menyanyi.aku salute dgn adik2 ceria pop star yg jauh lebih berbakat.jadi kalau xberbakat sila gantung cermin bnyk sikit kat rumah n mintak sedar diri.
    5. wlupon korg retis yg xde job. tolong jgn terima job yg xlayak utk korg. terima la kenyataan yg korg hanya menyemak mlm minggu org.

    0

    0
  10. honey says:

    hahha…mmg patut keluar ni…gedik je lebih..style ada..suara kelaut….pelakon selalunya lagi teruk kena maki dgn director..setakat kena komen dgn juri nak sentap….

    0

    0
    • damai says:

      Mmg suara kelaut tapi cara ogy tegur dgn suara marah apa cerita. Time dia comment Nazim, sharnaz jwp dia dah buat yg terbaik tapi nampak tak Nazim suruh Sharnaz rilex, selamat Nazim is cool guy. Tapi bila Dato Ram suruh Ogy nyanyi pandai pula eksyen x dengar, sibuk menulis. Time dia jadi Juri Mentor dan Bintang Mencari Bintang pun sama hentam peserta bukan main lagi,

      0

      0
      • damai says:

        dan satu Ogy ingat dia dah primadona lah sgt, ir btl dia bagus brp banyak kemenangan dia menang dlm Anugerah Filem Festival, so dont understand why tv3 and astro alwaiz invite her to be judges, berlakon blm tahap primadona lagi nyanyi pun bukan sedap sgt lagi sedap lah Ayda Jebat, and I ever met her personally few times mmg nampak dia punya gedik konon2 Diva gitu lho, dgn mulut dia berbual, kita pula yg jadi malu

        0

        0
        • Anonymous says:

          Dier diambil sebab dia still relevan dalam industri dan juga bidang penjurian.Dia dipilih atas dasar kualtinya sebagai juri.tengoklah tu..peserta sampai selamanya pun x sedar diri klu bukan kak ogy yg sedarkan mereka.pasal bgus nyanyi ke tak…mang kita ble sangkalkan yg kak ogy tu lebih kpda bdg lakonan tapi caranya ingin membentuk mereka yg ingin menyanyi dlm bidang ni dan mahu belajar.

          0

          0
  11. melati says:

    aduiii…Uqasha Senrose tk terguris pun…lagi plak bulan lepas kater nk bertunang kat obersi, baju bertunang dh tempah , saudagar lew…..tapi omong kosong….skit pun Usasha tk terguris malahan buat tak tahu jer….Uqasha ni……sabar yew Izreen….!!

    0

    0
  12. Lady L says:

    Mmg suara tak sedap.

    0

    0
  13. Seri says:

    Mcm tu la amar bahrin rasa bila ko kritik lakonan dier in public… Igt ye jgn lupa

    0

    0
    • cik roza says:

      yezza… time komen amar bahrin x hingat… penghayatan xde, lontaran suara x kuat la bla bla bla bla…. bila kena kt diri sendiri br rasa kan?wut u give, u get back bebehhh!!!

      0

      0
  14. Kupu kupu Emas says:

    Hehe… Tau pon xsuka kna tegur… Jgn lupa ko pnh kritik lakonan amar bahrin dlu…Mcm tulah rasa sakit hatinya…Lain kali jaga mulut sendiri gak.. Tp aku mmg xsuka cara Ogy tegur kasar2 tu… Dia sendiri xleh nk nyanyi…

    0

    0
  15. sepaun says:

    senang citer, STOP jak program2 camni.. atau paling senang x perlu ada JURI/PENGKRITIK.. program mcm ni mmg fikir untung ja kan so fokus ja pd undian

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga..ko kena tahu pro dan kontra masuk pertandinga n ni..ko bukan penyanyi la …tak cukup 2 hari la..takde alasan macam ni..tak profesional langsung ..btw..ogy memang over the moon kalau mengomen..dua2 salah..bahahahahha

    0

    0
  17. Oo says:

    Hidup mmg gitu la..izreen pon mmg suka ckp lps..tegas..berani krn bnr katanya kn..so jgn sentap kalau sesekali kita plk yg terkena cmtu.buku bertemu ruas..ogy kalau prsn dlm mana2 progrm kalau dia komen..bdsrkn fakta n selalunya betul.kalau tak sdp..tak sdp la jwpnya..cuma tu la..intonasi dia kdg2 bunyi kasar dan nyaring..tak semua org boleh terima teguran wlau pon bnde tu betul.

    0

    0
  18. zaza says:

    Bayangkan…ada tak lelaki yg sanggup mengahwini perempuan yg jenis keras kepala,ego,cakap dia je yg btol org lain salah,kuat melawan?
    Nasib baik lah eman manan dah blah awal2 dari perempuan mcm ni.

    0

    0
  19. mao says:

    aku lagi rela dengar juri dangdut star yg komen..pedas tapi membina

    0

    0