Saya terkejut juga pada mulanya tetapi bila fikirkan kembali ia sangat kelakar kerana gosip itu sama sekali tidak benar.
Saya sendiri tak tahu bagaimana gosip itu boleh keluar sedangkan saya kini tidak menjalinkan hubungan cinta pun dengan mana-mana lelaki.
Menurut gosip itu juga, Izreen sedang bercinta dengan rakan kongsi perniagaan minyak wanginya. Namun, Izreen menganggap ia adalah perkara yang mengarut kerana rakan kongsinya itu bukanlah lelaki bergelar Datuk tetapi seorang wanita.
Bagaimana pula dalam gosip itu memberitahu saya menjalinkan hubungan cinta dengan share partner dalam perniagaan perfume saya, sedangkan share partner saya itu tidak begelar Datuk malah seorang perempuan.
Saya tidak cepat melatah dengan gosip-gosip sebegini kerana sudah biasa dan pernah laluinya sebelum ini.
Izreen menjelaskan, buat masa ini beliau tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dan mahu memberikan fokus seratus peratus terhadap perniagaan minyak wanginya itu. Tambah Izreen, bukan mudah juga untuk mencari teman lelaki yang boleh menerima status beliau sebagai janda anak satu.
Terus-terang saya masih lagi sendiri dan belum menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Bukan tidak mahu bercinta tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk mencari teman hidup.
Lagipun bukan mudah untuk mencari lelaki yang boleh menerima anak saya seperti anaknya juga. Justeru saya kini memberi fokus lebih pada perniagaan wangian saya.
Untuk pengetahuan anda, Izreen Azminda pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama Lara Aishah, Muhamad Riza Baharuddin sekitar tahun 2012 dan bercerai pada bulan Mei 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 3 tahun.