Written by Bella | August 23rd, 2016

Hubungan cinta yang terjalin antara pelakon Izara Aishah bersama anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid bukan lagi satu rahsia. Mereka antara pasangan yang sering mencuri tumpuan ramai bukan? Kata orang ibarat “perfect couple” sama cantik sama padan.

Agak lama juga mereka sudah bercinta dan hampir setiap hari peminat Izara bertanya bila agaknya beliau dan Adib akan mendirikan rumah tangga?

Menjawab persoalan tersebut, Izara memberitahu beliau dan Adib tidak mempunyai rancangan tertentu dan menyerahkan soal perkahwinan kepada ketentuan takdir.

Tidak ada perancangan tertentu. Kalau ada jodoh dalam waktu terdekat ini, saya terima sahaja. Apa pun saya lebih senang biarkan takdir menentukan segalanya. Saya percaya, kalau sudah sampai serunya, kahwinlah saya nanti.

Izara akui beliau sebelum ini agak sukar untuk berbicara soal percintaan beliau kepada umum kerana kekasihnya tidak berada didalam bidang yang sama. Walaubagaimanapun, sejak Adib menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang turut terlibat dalam bidang hiburan, Izara kini lebih terbuka untuk berkongsi kisah mereka.

Pada masa yang sama, Izara juga memberitahu beliau dan Adib kini jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sekarang ini pun saya dan Adib jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing . Saya percaya dia, jadi tidak perlulah berjumpa setiap hari.

Saya akui dulu saya lebih senang mendiamkan diri kalau ditanya soal cinta kerana kami berlainan bidang, agar sukar untuk dijelaskan. Apabila kita berada dalam bidang yang sama, jadi masing-masing faham tugas. Sekarang ini pun saya dan Adib jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk. Saya percaya dia, jadi tidak perlulah berjumpa setiap hari.

Jangan terburu-buru dalam soal perkahwinan dan biarlah diri Izara dan Adib sendiri betul-betul bersedia untuk bergelar suami isteri. Banyak perkara yang perlu difikirkan bila berkahwin. Tidak mengapa, just go with the flow. Kenal dahulu pasangan dengan lebih mendalam.

Sumber Berita : Utusan Online

18 responses to Izara Aishah Serah Soal Kahwin Kepada Takdir

  1. nok gebuzzz says:

    kawin la cepat dik oiiii……..bekepit kalah org laki bini da…….bukan ape,takot yg dihajati x tercapai…

    0

    0
  2. ain suzana says:

    semoga dipemudahkn.

    0

    0
  3. Anynomous says:

    Jgnla show off sgt dik..laki ni tlalu byk pilihan utk djadikan bini..yg dbawa ke hulu hilir blm tentu jd istri..apa2hal akak doakan mdh2an kejinjang pelamin sb jodoh dtangan tuhan..

    0

    0
  4. Diana says:

    Jarang berjumpa?ada aje gambar si izara ni kemana2 dengan mamat ni…

    0

    0
  5. doyokdowntrend says:

    dosa dik oi, dosa..fikir itu aje, sbb agama dan iman tiang hidup kita..tak payah keluar batasan kalau takde niat kesitu, jd komen pun tak nmpk janggal..ni komen lgsg tak selari dgn gambar2 yg ditunjuk..malu lahh

    0

    0
  6. gatai says:

    dah mcm bapak org ank tok k ni,blum kwin lgi tu dah kwin esok boroii la

    0

    0
  7. anon says:

    Kenelah jawab mcm tu sb si lelaki mmg tak ada niat nak kawen kan. Dia cuma nak wat main2 je…

    0

    0
  8. Jimbo says:

    Malunye lahai jadi si Izara ni. Hanya dia je yg asyik bercakap soal kawin/jodoh. Anak Datuk K tu buat dunno je. Usung je kulu kilir. Kalau tak jadi ni, mmg malu. Aku dah la minat kau sebab kau lawa sangat. Mohon anak Datuk K peka sikit dengan anak dara orang.

    0

    0
    • kendall jenner says:

      bukan dia nk ckp sgt..dh wartawan tnya dia….adib tu takde wartawan tanya…lagi pun ceo kan, bz memanjang, update ig pun jrg….bkn mcm lam cita korea…lelaki ceo syarikat tbesar asia, smua wartawan dok kejar tunggu dpn building syarikat tnya hal peribadi..hahahaha

      0

      0
  9. izarabeeyotch says:

    gold digger!

    0

    0
  10. Zaf says:

    JARANG jumpa?? everyday kena pam ngan tebuk ko kata jarang jumpa haha malaysian celebrities SO SO SO fake

    0

    0
  11. Kawan VVIP says:

    Jarang jumpa apa kebenda kalau duduk sekali?

    0

    0
  12. bodopiang says:

    ckp je lah .. dah kawen .. nikah je belum..
    kah kah kah ..

    0

    0
  13. tecit says:

    Muke adip ni makin lame makin menyerupai ayah die. Hensem beteii.

    0

    0
  14. bini Pak Besaq nak Ronaldo says:

    gaya dia duduk sebijik laki siti kah3

    0

    0