Kecaman hebat peminat mengenai fesyen yang dikenakan oleh Neelofa ketika Anugerah MeleTOP baru-baru ini sememangnya mendapat liputan meluas. Namun Neelofa mengambil langkah bijak untuk tidak memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai hal ini. Makin dikomen, makin banyak “bahan” yang boleh digunakan oleh orang lain untuk mempersendakan kita. Tak gitu?
Berkata kepada Harian Metro hari ini, Neelofa menerangkan yang keputusan untuk mengenakan pakaian tersebut bukan dibuat oleh dirinya sahaja. Kata Neelofa:-
Saya tak nak panjangkan isu ini. Daripada salah bagi kenyataan yang akan jadi lagi teruk atau besar, lebih baik saya tidak beri komen lanjut.
Kalau itu (pakaian) keputusan saya seorang, saya ok tapi ini membabitkan banyak pihak. Saya tak baca persendaan peminat, cuma apa saya dapat tengok apabila orang hantar di WhatsApp.
Apa yang dipaparkan di media sosial, saya tak buka langsung.
Sementara itu pereka baju “jumpsuit” atau “Power Rangers Pink” iaitu Rosix WanPa berkata yang pihaknya sudah pun mengingatkan Neelofa lebih awal mengenai kemungkinan penampilan itu akan disamakan dengan Power Rangers. Kata Rosix:-
Material kain dia (Neelofa) beli dan kita buat apa disuruh. Dia kata nak buat “jumpsuit”, jadi kita buat “jumpsuit”.
Sementara itu Hatta Dolmat yang menghasilkan gaun hijau berkata bahawa warna dan fesyen itu adalah mengikut trend semasa. Kata Hatta:-
Neon adalah trend semasa dan beberapa pencinta serta pengkritik fesyen menyukainya. Tapi orang yang tak biasa dengan fesyen atau yang terpengaruh dengan imej-imej kartu, mereka samakan baju itu dengan imej kartun anime.
Apa pun anggaplah ini sebagai satu pengajaran buat semua yang terlibat. Kadangkala memang fesyen itu nampak cantik dan unik tetapi di mata orang kebanyakan seperti kami ini, memang nampak agak pelik. Apa pun baju Lisa Surihani di Anugerah MeleTOP adalah yang terbaik pada pandangan Abang Nara. Simple dan menyerlahkan lagi kejelitaannya. Tak gitu?