Written by AbangNara | December 22nd, 2014

Terkejut Abang Nara apabila membaca apa yang terjadi kepada anak Datuk Rosyam Nor. Iyerlah, lepas SPM biasalah pergi minta kerja nak jadi promoter di kedai-kedai tempat membeli-belah, tup-tup permohonan ditolak begitu sahaja hanya kerana anak Rosyam Nor bertudung. Agak menyedihkan kerana perkara ini terjadi di Malaysia, sebuah negara Islam. Kecewa dengan apa yang terjadi, Rosyam Noor meluahkan perasaannya di Twitter.

hamley's rosyam noor

Kedai yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Hamley’s, sebuah kedai alat permainan kanak-kanak yang amat popular di One Utama. Di kala Perdana Menteri kita menyarankan kehidupan 1Malaysia, agak pelik untuk perkara sebegini terjadi. Sebelum ini Abang Nara ada juga terdengar kejadian yang seumpama ini berlaku (kedai-kedai lain) namun tak ada bukti dipaparkan. Namun pihak Hamley’s telah tampil dengan permohonan maaf dan menyatakan kedainya tidak pernah mengenakan syarat tidak boleh bertudung untuk bekerja di situ.

Salam Sejahtera Semua
Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.
Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

hamley's rosyam noor

Diharap kejadian yang berlaku ini bukan sahaja menjadi pengajaran buat Hamley’s Malaysia tetapi juga kedai-kedai lain di seluruh Malaysia. Tak perlu rasanya meletakkan apa-apa syarat untuk menerima orang bekerja dengan anda. Dunia pun dah moden, bukan zaman pak kaduk lagi. Kalau bertudung tak bererti jualan anda akan jatuh. Silap-silap meletup lagi. Tak gitu? Ada kejadian serupa pernah berlaku pada anda? Kongsikan di ruangan komen.

P.S: Lelaki tua belikan cincin berlian untuk isteri

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

73 responses to Isu Buka Tudung Anak Rosyam Nor, Hamley’s Minta Maaf

  1. SMN says:

    Bila mereka yang ada nama dalam kalangan masyarakat Malaysia bersuara, barulah isu ini diberi perhatian. Maaflah kalau saya kurang percaya penjelasan pihak Hamley’s. Nampak seperti sebuah ‘cover-up’ sahaja.

    0

    0
    • Anonymous says:

      mainan kat hamleys mahal2, baik beli kat toys r us je, bende sama tp harga berbeza

      1

      0
      • Anonymous says:

        aku ni keje ngan matsaleh xpenah pulak dorg look down on me sbb bertudung. kat malaysia ni yg islam lebih poyo dari yg bkn islam. klu dh buruk tu pakai la skirt terjojol bontot pun buruk jgk, so xyah laa nak suruh pompuan xpakai tudung semata2 nak dorg nampak cantik kat client. baik suruh pegi buat plastik sejeri.

        1

        0
        • Yahudi says:

          isu kalimah Allah , mmg Allah tuhan sekalian alam , tapi okey kah anda bila nampak banggunan besar , kalimah Allah sebesar2 alam , tetapi di tepi nya ialah seorang wanita , dan sebelah lagi seorang lelaki separuh bogel yg mati ??

          Questions yg patut ditanya ;
          1) Allah bermaksud ” tuhan yg satu ” , kristian percaya tuhan 1 , dlm 3 orang , macam 3 ekor kucing , satu nama Kiki , satu Koko , satu lg Kaka , tapi diorng nie semua kucing(1) , tapi semua tetap “3 ekor kucing”

          2) Kristian ckp Allah diguna dlm bible bahasa Arab – Hey cik kak , bible ditulis dalam bahasa Aramaic , bkn bahasa arab , sengal ! and plus , if nk buat dlm bible bahasa melayu , knp tk guna “Tuhan” ??

          3) Dlm bible , Jesus panggil tuhan dia aka bapak dia “Eloi” ,knp tk nak ikut bible ? print byk2 lepas tu simpan dlm muzeum kew ??

          I dah banyak berdebat dgn paderi2 dari luar negara , US , Europe , and Catholic pnya paderi dari Sabah Sarawak Philippines , diorng nie bajet jer lebih , tapi otak besar biji anggur HEHEHE , k la , bye !!

          0

          1
        • Agasi says:

          Setuju dgn ko Anon…sy pun pernah keja dgn matsaleh….satu2nya staff yang berhijab…walaupun hidup depa sosial tahap gaban tapi depa tak pernah minta sy buka tudung or menyentuh arak dan sebagainya….semuanya dari diri kita sendiri….my ex bos kata…dia ambik saya berkerja disebabkan kebolehan saya……

          0

          0
        • murukuya sateri says:

          Susah nak pikir ni…..
          senang gini jer…kenapq jesus tak tukar nama isa? Dekat nama Allah nak guna Arab.? Mary kenapa tk0aknak guna maryam?…

          0

          0
        • june says:

          betul tu klw kat luar sana diorang lagi respect kita tp sini masuk lv ka gucci ka klw pakai tudung tgk atas bwh mcm kita nak mencuri plak

          0

          0
    • Hamboi syarat...... says:

      Kakak sepupu aku dulu,duduk kat sabah,hbs spm keje pizza uniform skirt pendek,keje shopping mana ntah uniform paras lutut dan amek yg tk bertudung,keje hotel syaratnya tk bertudung..mmg ada pon,tp setau aku byk kat sabah je,tp tu pon dulu2 je,skg klu tnye kwn2 sabahan,dh tkde pun mcm tu, ada beberapa hotel je la cmtu…akak pupu aku pun da khwn ada anak da kje bagus skg

      0

      0
    • Kiki Kerja Kahwin says:

      Itulah sumbangan orang2 yang ada nama dalam masyarakat… Mereka bersuara untuk hak kita, dan bagi sedar sikit kepada pihak Hamley yang Malaysia ni adalah negara majoritinya menganuti agama Islam,… Pihak Hamley ingat semua yang duk KL ni semuanya urban2 nak larang2 org tak pakai tudung?

      Pasaran permintaan di Malaysia 60% adalah dari kalangan umat2 Islam… Ko tengok sikit mcm mana Cadbury dah kena boycott, dan mcm mana malunya muka Cadbury pergi buat iklan ala-ala Islam nak pujuk balik umat2 Islam di Malaysia…

      Kepada Hamley bila2 masa je kami boleh buat boikot kamu, apatah lagi sekarang ni zaman “social network” berkembang pesat makin cepatla berita2 tentang kamu akan tersebar…

      So jgn nak besar kepala sgt… kau tu berniaga kat negara Islam, buat2 la perangai berniaga di negara Islam!!!

      1

      0
      • Ayumi says:

        Cadbury ni baru je diambil alih oleh Syed Mokhtar so serangan kata x halal tu adalah strategi pemasaran pesaing. Syed Mokhtar ni pun dulu ambik Gardenia dan dulu pun Gardenia kena attack macam ni jugak.

        1

        0
    • Bodyshop says:

      Mcm @ BODYSHOP juga …….. Salah satu syarat2nya ialah PEKERJA WANITA TIDAK DIBENARKAN BERTUDUNG. After this will come the same statement as Hamley’s.

      0

      0
      • Anonymous says:

        ada je aku nampak pekerja bodyshop yg bertudung…

        0

        0
        • Komen says:

          bodyshop tu mgkin sesetgh kedai.. coz dia kan byk cawangan. setiap cawangan di urus oleh org yg berbeza. so lain2 kpala laa. buat je report.

          0

          0
      • So Sweet2 says:

        KLCC bersepah kedai x boleh bertudung, Antaranya Poney, Isetan… now x sure. da lama x pergi.

        0

        0
      • Zaraa says:

        perkara yang sama terjadi pada saya lepas spm dulu. nak minta kerja jadi promoter di brands outlet tapi tak diterima sebab saya bertudung..

        0

        0
    • kucingku lari gagah berani says:

      mmg cover up pun..after kantoi, afraid of losing client..
      * i’ve been very selective in purchasing anythg from many places..as possible as i can, i will purchase from Malay comp..sorry, i sound bias, sound racist..BUT THE CHINESE AND INDIANS HAVE DONE THE SAME FOR YEARSSSSSS…so sy pun buat benda yg sama, sedaya upaya membeli dr org Melayu / Islam..sekurang2nya taukey Islam bayar zakat, utk kepentingan masyarakat Islam juga..cina dan india hanya bertuhankan duit, so no point nak beli dr mereka..kecuali mmg tak ada pilihan..

      0

      0
      • cina muslim says:

        ye ke, awk beli mainan anak kat mana kedai melayu? tahukah awk mainan2 yg dijual di malaysia ni kebanyakan made in china?? ingat skit chinese and indians kat malaysia ni pun ramai yg islam, mohon jgn batak racist sgt!

        0

        0
        • Islam itu Indah says:

          Gagah berani tp Maksud Sbnr Islam tak pulak dia pegang. Islam itu menyatukn ummah. Cina muslim dn India muslim pun bayar zakat. Mlayu shj ke org islam yg bayar zakat ?. Pergilah Pusat Zakat tngk dngn kpala mata sndri. Ramai juga peniaga mlayu tak bayar zakat … Yg si gagah berani bercakap ini … Melayu islam tp Maksud islam pun dia tak faham. Yahudi jk beragama islam wlpn bngsa Yahudi dia tetap umat Nabi Muhammad. Cantiknya slam tak kira bangsa. Ukhwah dan mahabbah adalah Islam yg sebenar bkn melayu shj. Islam tiada bias kpd bngsa.

          0

          0
        • Islam itu Sngt Indah. says:

          Ashabiyah bkn ajaran islam. Bukan dr klngn umat islam mrk yg bersikap begitu. Itu adalh Pesanan Tegas Rasul yg kita muliakn. Ada dlm Hadith Sohih. Klu nak bercakap pandang kiri kanan ya. Bukan pakai langgar jer kata2 tu. Dlm Bn bkn smua melayu. Umat islam terbesar di China. Umt islam disana wlpn dkenakn skatan dlm ibadah. Berusha menetapkn iman mrk dlm pegangan Islam. Ekport brngn msia pun tinggi ya d sana sbb mrk perlu makanan/brngn halal. Persaudaraan peniaga muslim cina dn india dngn msia sngt erat. Berkata2 biar jelas jngn mnyinggung prsaan org lain

          0

          0
        • murukuya sateri says:

          Saya minta maaf bagi pihak di atas ni. Kita semua muslim bersaudara, jika kita tak sayang saudara kita seislam, iman kita tak sempurna.Kalau anda terasa sebagai seorang cina, why dont you put yourself as amuslimm first? But it s open secret, some chinese did discriminate bumi and indian too…dah banyak kali saya kena. (Saya nak order barang untu company minta quotation, after said i was from chinese company, they gave me diff quotation with significantly cheaper by 40%)kawan saya pun pernah kena..fresh grad chinese gaji lebih seribu walau jawatan dan skop tugas sama, her chinese friend terlepas cakap about his starting gaji) banyak lagi actually… i welcome you my sister in islam but i cant be ignorant of wats going on…..
          afterall were only human right….salam…peace.

          0

          0
        • Anonymous says:

          fyi, starting salary xde kene mengena dgn bangsa. if u dont perform in ur interview, u cant expect ppl will offer u more especially when u have no experience. its nornal to have 2 different candidate with different salary offered. about the quotation, i have no idea why do u said so. but there must be reasons behind it.

          to cina muslim, i am sorry that most of malays in malaysia became racist. we cant change the current situation but we can always make a different by changing the mentality of our children.

          0

          0
  2. ainwardina says:

    Alhamdullillahh… suka cara Dato Rosyam dan Hamley’s ambil tindakan kes sensitive ni.. mudah-mudahan tidak terjadi lagi kes macam ni.. :)

    0

    0
  3. Sahabat Tea says:

    Kemungkinan ada kesalahpahaman atau memang itu betul betul terjadi….semoga dapat diselesaikan masalahnya dengan baik…

    0

    0
  4. Entah la says:

    sy rasa bukan kedai ni jer y kadang x bagi kaum pompuan ni bertudung…kedai lain pn ad gak..

    0

    0
    • Islam Itu Indah says:

      ada beberapa kedai di KLIA x bagi pekerja wanita btudung.. Pihak berwajib sila buat pantauan & tindakan.

      0

      0
  5. labusayong says:

    aku lebih tertarik dengan cerita anak rosyam pegi cari kerja part time lepas SPM..walaupun bapaknya kaya-raya, beliau tetap nak buat part time & cari duit poket & pengalaman sendiri..

    Saluteeee!!!

    0

    0
    • akusukadia says:

      betul3….aku kagum dengan anak muda sekarang yang suka berdikari cari duet sendiri walaupun berlatarbelakangkan keluarga yang agak senang…pengalaman perlu dcari sendiri bukan diwarisi…

      0

      0
      • Anonymous says:

        anak omputih selalu buat mcmtu…hbs skola je try keje ala2 bdk yg x ckup duit rupa2nya anak org kaya.

        0

        0
  6. zara says:

    ermmm… bile orang ada name.. kejap jer…xpela.. Allah ada..
    adik aku rotation kat Isetan tu..bukan under Isetan pon… siap kene marah ngn supervisor kat situ sebab pakai tudung.. siap xleh masuk keje lagi selagi xbukak tudung.. yang menegur tu.. lelaki n perempuan melayu plak tu.. islam la kalu dan ade bin n binti tu kan.. boleh jadi mak pada adik aku,…kalu nak tegur, tegur elok2 or direc to pengurusan.. ni p marah depan customer sebab tudung.. pembeli boleh plak pakai tudung.. sanggup gadaikan agama kerana duit..kaum lain yang tengok.. tepuk tangan sebab ada segelintir Melayu yang ikut telunjuk diaorang..

    0

    0
    • ais kacang says:

      Then pergi la bust report. Jangan diamkan, ni bukan pasal orang ada nama ke ape. Just report and mention terus company name, supervisor in charge, department mana ke apa.

      Jangan la point terus sebab orang ada nama kejap jer. Act fast.

      * Just my 2 cents

      0

      0
    • jakelno1 says:

      adik ang kerja lagi ke kat situ? ke dah bhenti kejer?

      baik ang nasihat adik ang utk bhenti kerja. kalau dok nk komplen psl management kata tak boleh pkai tudung n adik ang jadikan alasan utk dia tak pkai tudung, bukan adik ang n boss dia jer yg dosa, ang sekali turut berdosa sebab tak ingatkan adik ang tentang aurat dia sebagai seorang wanita.

      baik suruh adik ang kerja kat jakel. diorang tak discriminate, melayu ke india ke cina ke bangla ke. semua diorg terima. kompeni orang islam. lagi byk berkat.

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku dah suh behenti..dah hantar surat resign.. tapi xleh bhenti terus.. kene tunggu 1week even part time pon.. bile adik aku ckp nak behenti baru terhegeh2 nak bagi rules behenti keje.. suh sign la apela.. masa masuk xder lak..

        0

        0
    • aku says:

      gunakn kuasa FB/Twitter… anda.

      0

      0
      • zara says:

        dah guna facebook.. yela.. firstime kot.. sebelum ni xpernah kene pom.. terkejut jugak kot.. makin lame kita islam makin ditindas.. kat negara sendiri plak tu..

        0

        0
    • Sana says:

      knp x buat repot? dah byk jadi benda nie, citer sana sini pas tu diam cam tue jer.. sape pun xtau. nie sbb rosyam nor, pelakon popular buat statement camnie baru la pihak satu lg beria2 mtk maaf.. dasar setan diorg nie! sengaja mmpermainkan maruah Islam, pas tue amik jln mudah dgn mintak maaf! patutnya dikenakan huuman baru la adil utk umat Islam.

      0

      0
      • kasar bahasa says:

        Nak hukum apanya? Jangan time ni baru sebut Malaysia negara Islam. Rosyam tu follower dia berapa ramai pulak? Jangan salah kan artis ke selebriti bila benda macam ni jadi, konon double standard.
        Dia follower ramai, kawan media ramai, pastu bila dia cakap adalah orang Hamley’s tu dapat tau. Mungkin staff dia terbaca, mungkin media call diorang. Standardlah! Kalau korang dapat service buruk, tegurlah! Marahlah! Diorang tak kasi pakai tudung, mengamuklah! Bagi tau kat government. KJ tu bukan main aktif kat twitter, message la dia. Dia menteri belia jugak. Ni korang diam diam je, buat modal gossip. Konon orang tu tak efficient. Kau complain kat beautifulnara kau ingat ada relevan agencies nak take your complaints seriously? Jangan sedap panggil orang setan, konon ejek maruah Islam. Kau ada jaga maruah Islam? Defend Islam dari segala segi? Kalau orang kau France boleh sampai kena pukul nak pergi sekolah pakai tudung, takkan tak boleh bukak mulut? Buat report polis, kerajaan. Letak jawatan tapi bagi tahu sebab diri tu rasa ditindas, kena paksa bukak tudung. Make it public. Tak payah nak panggil orang setan la apa lah. Balik balik kutuk cina india. Tah hape hape. Buat malu aku je statement bangap macam ni.

        0

        0
  7. purple tortoise says:

    Trending di Malaysia ni, selepas satu isu ke satu isu ianya hanya akan hangat pada awalnya sahaja. Kemudian, sedikit demi sedikit ianya hilang dek pemikiran manusia.

    Saya tidak menyokong apetah lagi menggalakkan apa yang pihak Hamley’s lakukan.
    Malah saya sendiri tidak pernah tahu kewujudan atau apakah jenama tersebut.

    Namun apa yang saya ingin bangkitkan di sini, dari pemerhatian dan bacaan saya di page Hamley’s, rata-rata yang komen, adalah saudara seislam saya yang tidak puas hati.

    Ya, saya faham apabila isu sebegini membabitkan saudara seagama kita. Saya juga turut merasakan palitan itu.
    Namun apa yang saya ingin sampaikan di sini, kesedihan saya terhadap komen-komen di situ yang kununnya ‘menegakkan’ dan ‘mempertahankan’ agama islam, sebaliknya kata-kata yang dilemparkan adalah cercaan, makian, bahasa-bahasa yang sungguh kasar.

    Ingat, Nabi Muhammad SAW yang berjuang dalam dakwah islam sendiri di caci, di maki, di hina herdik, tetapi tidak pernah membalasnya dengan kasar. Sebaliknya tetap membalasnya dengan lembut.

    Kita bertanggungjawab terhadap segala yang kita lakukan demi islam. Tetapi, cerminkan lah dengan cara islam itu sendiri.

    Jaga tutur kata, jaga lidah, jaga jari jemari (menaip).
    Wallahualam.

    0

    0
    • Nok-Nok-Nok says:

      Bonjour.,

      Nok suka komen si kura-kura ungu..
      Sangat berhemah dalam mendidik.
      Anda adalah kura-kura yang tidak dududk dalam perahu.!!

      Bagus..!!!

      Daaaaaaaaaa…

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Jarang aku nak komen…tapi ni memang melampau..Bagus Dato u voice out kan benda ni..mcm i dulu la ..bila mula2 bertudung, bg mereka seoarang setiusaha mesti seksi dan uptodate (no hijab) and i proof to them , mereka salah . Kita bekerja kerana ilmu dan bakat bukan bertudung atau tidak. klu seksi and uptodate tapi otak kosong tak guna jugakan..so for ladys diluar sana bertudung pun boleh uptodate juga. so jgn takut rezeki ditangan DIA ..insyallah

    0

    0
  9. HR Retail says:

    Kerja retail memang tak boleh yang pakai tudung. Aku HR utk retail. sangat malu bertanya di phone interview “awak pakai tudung ke?” kerja 1 bulan terus aku resigned atas sbb tak nak subahat.

    yang aku tahu kerja kat H&M tak kisah org bertudung. :) syabas H&M!

    0

    0
    • Joyce says:

      Bagus la HR Retail ko sedar. Lepas ni murah rezeki ko kat tempat lain. Selain aku salute anak Rosyam aku salute engko jugak. Syabas betteh!!

      0

      0
  10. ika says:

    Hamley’s tu owner dia Muslim. Mungkin memang pengurusan tak tau sebab bila amik non bumi yang bekerja memandai2 cakap tak nak yang pakai tudung. Mana2 company pun lah kalau pi letak HRnya non bumi ini lah jadinya.

    0

    0
    • HR Retail says:

      Dulu tempat aku kerja HR semua muslim. tapi disebabkan Chinese owner nya. So HQ mmg diorg tak kisah amik tudung atau tak ( tapi of coz diorg akan amik chinese kalau diberi pilihan). tapi bila bab retail diorg xnak tudung. konon nya nanti x setaraf dgn retail overseas.

      0

      0
    • kekek says:

      x kira la HR non bumi atau bukan. kite nk kene ikut diorg ke @ diorg kene ikut kite?? dis is Malaysia. nama sj sudah cukup melambangkan MALAY-SIA is FOR MALAY. kalau amalkan konsep 1 malaysia sekalipun, bkn bmakna diorg blh kurang ajar & permainkan agama kita. please RESPECT to MALAYSIAN’S MUSLIMS!

      0

      0
      • HR Retail says:

        ops..sorry…kau terlepas baca comment aku yg atas. aku dah resigned dr retail outlet sbb mengamal kan konsep tu. aku just on behalf on HR yg pernah kerja retail.

        0

        0
      • Anonymous says:

        racist2 ni patut dah lama pupus. kalau dah org melayu malas belajar, malas bekerja, malaysia for malay pun, ramai jgk malay yg merempat.

        0

        0
  11. Mak Enon says:

    same goes happen to me..after finish my study ada lah apply keje kat Hotel Istana smentara nak konvo or dapat keje lain. Request keje spa yg all the customer’s are women…but sadly kene reject sbb direct je cina tu cakap sbb pki tudung. Dia nak malay girl yg xpki tudung. Trully sad…dh la i took pgajian Islam…memg xlah nak bukak tudung. I’m a Muslim girls…tp Allah nk bg yg terbaik after kena reject ngn cina tu now dh dpt keje best n gaji lagi tinggi dari tempat tu. TQ Allah…P/s: jgnlah sbb duit kita sanggup buka aurat…it’s haram n berdosa besar..dunia ni sementara je. Salute to dato’ Rosyam and his daughter..

    0

    0
    • apple says:

      cube ngk ada ke pekerja hotel pakai tudung?
      melainkan chef boleh la
      aku pernah mintak kerja dekat le meridian hotel kat kl sentral tu
      time nak hantar borang
      pmpuan cina hr cakap, sini kena bukak tudung, tp dia cakap polite la
      aku cakap tak apalah, tak mau

      0

      0
      • lina says:

        aku kerja hotel as receptionist :) beruntung sb dekat hotel ni owner muslim :) dan d galakkan pekerja prmpuan muslim memakai tudung :) kalau pegi sandakan sabah bleh la datang hotel sini ;)

        0

        0
  12. Lina says:

    Memang di Malaysia lama masaalah ini dah berlaku…. bila mintak kerja penyambut tetamu mau yg x bertudung.. sampaikan yang tak de kena mengena dengan pekerjaan pun nak yg free hair..

    0

    0
  13. Pujangga says:

    come on kengkawan sume. bangkit!!! jgn biarkan agama kite digadai. klu ada sesiapa yg pnh jadi mcm nie, terus buat laporan. biar 1 Malaysia tau. ingat! Agama rasmi Malaysia adalah ISLAM. jgn senang2 kite biarkn org lain gadaikan maruah agama kite.

    0

    0
  14. Komen says:

    dato rosyam, confirm diorg x tau tue anak kau. nmpk sgt diorg dah buat mcm nie byk kali, cuma kali nie je terkantoi. jwpn yg diberi oleh pihak hamley’s sgt tidak logil.

    0

    0
  15. Langkawi girl says:

    Korang pegi langkawi shopping mana? Idaman suri n rams tu india yg punya. Sedih aku tgk org melayu keluar kedai tu berbag bag plastik bagai. Depa tu taja kuil2 kat lgk dgn duit yg org melayu kasik. Pegi la hj ismail group. At least cnfrm byr zakat.

    0

    0
    • shaz says:

      Yup, setuju…saya pun rasa menyampah tengok ramainya orang2 Melayu kalau g shopping kat Idaman Suri sampai tak ingat dunia…berbag2 dorang bawak bila keluar dari tempat tu….kadang2 feri delayed hampir setengah jam semata2 nak loading barang2 Idaman Suri dorang tu masuk ke dalam feri…sakit je hati…kalau rasa dah agak2 kaya skit (maklumla shopping berbag2), naik je la kapal terbang…dah kaya kannnnnn…… :-/

      0

      0
  16. anon says:

    Ala bapak dah jutawan wat ape susah payah nak keje utk 2,3 bulan tu sementara tunggu spm.. Gih kursus memasak ke menjahit ke lagi bagus….

    0

    0
  17. ratuspidral says:

    bukan setakat Hamley’s je takmau pekerja perempuan bertudung..Everly Hotel di Putrajaya pun taknak wanita bertudung..SEDIH sgt..Hotel yang terletak dalam pentadbiran Kerajaan yang rata2nya ramai Orang MELAYU dan ISLAM..so sape2 yang bertudung memang takde peluang langsung untuk bekerja di hotel tersebut..

    0

    0
  18. Pucuk Kayu says:

    ratuspidral..are u sure??

    0

    0
  19. nia says:

    sepupu aku…ex programmer sebuah hotel kat kl. bos dia kerah dia bukak tudung n pakai skirt mcm pekerja hotel lain. tp sepupu aku berkeras. last2 dia berhenti keja x tahan kena push gitu. pe masalah tah smpai nk kena bukak tudung bagai. keje kt bhagian office je pn.

    0

    0
  20. anon says:

    emm, skang ni ak keje kat kompeni cina…penah dinner aritu bos ak ckp u buka punya tudung la just 1 day…u spoil kita punya dinner saja…ak ckp la..bos kalo nk saya kerja lg kat sini jgn sesekali minta sy buka tudung…lntak la nk ckp ak spoilkan majlis pn…yg penting ak tau ak islam…wajib bagi ak tutup aurat…okeh….kebanyakan cina mcm tu la dear….dorang bukan tahu halal haram..kt ni sbg islam…wajib bagi kt cari rezeki yg halal khen..k bai…

    0

    0
  21. AkhirZaman says:

    Pihak kerajaan harus diberi kesedaran akan isu ini. Mana2 shop yg tanak amik wanita berhijab bekerja di ambil tindakan. Please buktikan matlamat “better nation” tu, mungkin yg better nnt bangsa cina dan india dll yg tak pakai tudung je kot. Diskriminasi sangat! Abang Nara lah tolong tegakkan keadilan sampaikan kepada PM. Adoy jawab lah nnt dkat akhirat pihak2 kerajaan yg membiarkan isu ini. Kasihan remaja2 yang berubah nak berhijab tp takut sbb nnt susah nk dapat kerja, mmg rezeki milik Allah, cmon lah Malaysia negara Islam kot, tade kuasa ke?

    0

    0
  22. kajol says:

    sy pun nk share , dlm company sy hanya saya sorang perempuan melayu dan bertudung ..alhamdulilah.,.bos sume mat saleh dah dah keje 5 thn tnpa rs isolated….

    0

    0
    • Anonymous says:

      mat saleh bertamadun, org malaysia ni xkira melayu ke cina semua tak bertamadun.

      0

      0
      • kaki says:

        a’ah tamadun sgt la smpi pakai baju x cukup kain. lastly meranapkan bangsa melayu sdiri yg terikut2 bdaya mat saleh. puji la lg kafir laknat tu

        0

        0
  23. Anonymous says:

    to : ratu spidral, betul sgt apa yg u ckp..tu memang berlaku pun.siap HR call ckp x boleh pakai tudung.

    0

    0
  24. emy says:

    sy pun ada pgalaman,mintak keje kt klinik,doktor tu ckp dh dpt keje tp syarat kena bukak tudung.sedih la dgr..isu mcm ni boleh dibuat main2.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    memang byk kedai letak syarat xboleh bertudung……..

    0

    0
  26. Anonymous says:

    perkara nie dah lama berlaku cuma ramai yg DIAM kan..bukan hamleys je..kedai lain pun banyak letak syarat macam nie..dulu aku keje kat kedai kasut yang popular..bos aku cina dia pon taknak ambil staff bertudung alasan takut tudung tersangkut bila panjat2 kat stor..

    0

    0
  27. Kak Mala says:

    Ek elehh…kedai Hamley’s yang besar kat Regent Street London ni pun ramai gadis pekerja yang berhijab – no problem – sama status dgn pekerja2 lain…kenapa di Msia pulak yg ada syarat tak boleh berhijab..?

    0

    0
  28. Hanez Suraya says:

    Kecohnye la pasal tudung pun. Kan banyak tempat lain boleh keje. Bodoh betullah suma.

    Tak mati kalau kau bukak tudong ngeng, OR
    Tak kiamat kalau kau tak keje kedai Hamley’s tu ngoks.

    Tu compeni2 Cina yang ada polisi tak nak amik Melayu ko tanak pulak kecoh buat repot segala.

    0

    0
  29. Anna says:

    Thank you Rosyam Nor sebab berani kemukakan benda ni. Adik saya pun dapat nasib yang lebih kurang sama ngan anak Rosyam. Bila apply keje kat area Pavilion..rata-rata semuanya nak yang free hair je. Yang paling sentap sekali bila adik saya apply keje kat SaSa..terang2 diorang bagitau nak Chinese. Pastu bila adik saya apply keje kat Universal Travellers..menda yang sama berlaku. Kononnya nak free hair sebab nak bagi customer nampak design baju sejuk. Apeke bodoh punye alasan….nasib baik sekarang adik saya dapat keje kat tempat yang lebih baik. I x faham duk Malaysia pun ada diskriminasi pasal pakai tudung la..pasal xnak Melayu la…

    0

    0
  30. Cput says:

    Memang pun dah selebriti yang komen jadi panas.. bleh laa company nak cover up… padahal berlambak lagi kedai2 lain yang letak syarat tidak bertudung kalau nak keje kat tempat diaorang… cam hampeh jer lah…

    0

    0
  31. Anti fos says:

    FOS pun sama.. Aku pegi tanya untuk keje part time. Pompuan cina tu kata ada kosong, tp aku kene bukak tudung. Pfffftt. Tekejut ngan syarat dia, aku pun blah je. Kedai yg tak brape nk jenama sgt pun. Kedai ROMP yg boleh kira jnama top jgk la untuk remaja2 pun amik pompuan btudung. Last2 aku dpt part time jd kerani tmpt tusyen je. Tak pnt bdiri. Mihimihmih…

    Kesimpulan dia, keputusan atas diri sendiri. byk lg tmpt kje yg tak tindas pompuan islam yg btudung.

    0

    0