Written by AbangNara | July 10th, 2014

Hahaha. Tergelak besar Abang Nara apabila membaca kata-kata Maria Farida ini. Susulan  isu bikini yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Maria Farida mempersoalkan komen para peminat yang menyuruhnya solat istikarah untuk membuat pilihan tepat. Bagi Maria, komen tersebut mempersendakan agama kerana solat istikarah dilakukan bukan untuk tujuan sebegitu. Kelakar kan?
maria faridaMungkin Maria Farida tidak dapat memahami kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Jujur juga si ‘hot mom’ ini rupanya. Kata Maria Farida menerusi Mstar Online:-

Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?

Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama.

Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah.

Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul

maria farida

Namun sekurang-kurangnya Maria Farida tahu juga tujuan sebenar solat istikarah. Manalah tahu kerana kejujurannya, Maria betul-betul buat solat istikarah seperti yang disarankan. Tak ke kes berat tue? Hehehe. Buat Maria, pesanan Abang Nara, lain kali kalau nak minta pendapat para pengikut, mungkin boleh kongsikan benda lain selain pakaian dalam. Kang tak pasal-pasal kena komen solat istikarah sekali lagi. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Isu Bikini, Kritikan Peminat Persenda Agama – Maria Farida

  1. Baby AAa says:

    who???

    0

    0
  2. limi says:

    Hahaha… bendul berul hot mom ni… org perli untuk bg dia berfikir…
    Pakai seksi2 x persenda agama ke

    0

    0
  3. skudiver88 says:

    ade gak spesis cm gini.org tu sindir ko.da tua pon bodoh!!…hahaha.

    0

    0
  4. ina says:

    “Semayang istikarah”- persenda agama “tunjuk bikini” kuat agama??

    0

    0
  5. maria riang ria says:

    cantik tapi dah tua pastu tak dapat berfikir dengan waras

    0

    0
  6. perempuan bimbo uols says:

    bimbonya dia niiiiiiiiiii

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    bln2 pose ni bawak2 la berubah….nak tggu bile lagi??umur pun makin meningkat…..

    0

    0
  8. Melati says:

    Kalakar betul lah Maria Farida ni…….ko nak solat ker aper kah itu ko punya hal….Tapi org maksud kan Kalau ko berbikini …kegelian terjadi iaitu urat2 hijau ko akan nampak,,cuba Maria Bayang kan kalau Maria berbikini depan org Ramai? adakah seksi atau pun seksa org lihat dgn kedutan perut dan kehijauan urat2 Maria Farida….kalau lelaki tgk Muntah tak???????… Maria Farida ni tahun 2014 bukan tahun 1994 ck Maria hoiiiiii jgn lah perasan…

    0

    0
  9. redtulip says:

    Bagus maria farida. awak cakap orang suruh solat istikharah mempersendakan agama. yang awak pergi upload gambar bikini and pakai bikini, bukak aurat sana sini, tidak mempersendakan ugama? awak sedar tak awak seorang muslim? stop it lah, speaking like this, trying to right what is obviously wrong by pointing to others’ faults. semoga di bulan baik ini Allah memberikan awak kesedaran dan hidayah untuk memperbaiki diri. Aaminnnn

    0

    0
  10. Anita SARgery says:

    oi JANDA ko x sedar ke org ngah sindir ko buat solat istikarah nk pilih coli mana ko nk pakai tu??hakktuii betui la ko nie.dasar cetek otak.kihkih..haa tulah lsin kali pos la lagi gmbar2 camtu…kan dah kene suh solat istikarah…wakakakkak phuiiiii

    0

    0
  11. free wifi says:

    Pekebengappp bebeno ko ni…ade hati plak nk sentuh bab agama. Kesian kat spesis manusia cam ko maria oiii. Bwk2la bertobat.

    0

    0
  12. aa says:

    Boring la isu basi ni…x koser Da nak hadap citer bikini dia,,retis kot,,pe ade hal nak beli 2 ke 3 ke 100…yg g tny opinion public tu Ape motif? Da kena bahan nak meroyan… Anyway btol la tu,,xtao nak pilih A ke B,, wat ler solat istikharah minta petunjuk terbaik. Tapi mende yg nak dipilih tu yg x spatotnya ditayang
    kan…hadoiii

    0

    0
  13. Pray4GAZA says:

    https://www.facebook.com/aqsa.syarif

    KENYATAAN RASMI AQSA SYARIF BERHUBUNG SERANGAN TERBARU KE

    ATAS GAZA

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Awal pagi 8 Julai 2014, tentera rejim Israel (IDF) telah melancarkan ‘Operation Protective Edge’ ke atas Gaza… dalam cubaan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin di sana. Setakat ini, 780 serangan udara telah dilancarkan menyebabkan 112 rumah musnah, 64 kematian dan 450 orang tercedera. Sebahagian daripada mangsa adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak.

    Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan bahawa pihaknya sedang melakukan persiapan untuk merempuh Gaza melalui serangan darat sekiranya situasi memerlukan Israel mengambil langkah demikian. Terbaru, beliau telah mengarahkan 40,000 tentera simpanan untuk bersiap siaga. Beliau juga menegaskan bahawa Israel akan memastikan supaya HAMAS ‘belajar’ sesuatu daripada serangan kali ini!

    Operasi terbaru ini merupakan rentetan kepada ‘Operation Brother’s Keeper’ yang dilancarkan IDF bagi menjejaki suspek dan mangsa penculikan 3 orang remaja Israel dari penempatan haram Yahudi di Hebron. Israel menuduh Hamas sebagai dalang penculikan tetapi Hamas menafikannya. Ketiga-tiga mangsa ini kemudiannya telah dijumpai mati dan keganasan tercetus apabila seorang remaja Palestin telah diculik dan dibakar hidup-hidup oleh kumpulan ekstremis Yahudi dalam satu insiden yang dipercayai sebagai tindakan balas dendam (price-tag attack).

    Operasi ini mengingatkan kita kepada dua operasi ketenteraan Israel yang pernah dilancarkan ke atas Gaza sebelum ini – ‘Operation Cast Lead / Ma’rakat Furqan’ (2008/2009) dan ‘Operation Pillar of Defence / Ma’rakat Hijaratus Sijjil’ (2012). Serangan 2008/2009 berakhir dengan gencatan senjata unilateral oleh Israel manakala serangan 2012 berakhir dengan gencatan senjata kedua-dua belah pihak yang dibroker oleh Presiden Mesir Muhammad Morsi.

    Aqsa Syarif menyeru semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah diplomatik yang proaktif untuk menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih banyak korban nyawa dan kerosakan harta benda.

    Aqsa Syarif juga ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersiap-sedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Aqsa Syarif akan melancarkan “Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation)” dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM6,000,000 termasuk pakej Ramadhan yang diwarwarkan sebelum ini. Aqsa Syarif sedang merangka kerjasama dengan pasukan bantuan kemanusiaan PBB untuk menghantar bantuan kecemasan ini secepat mungkin.

    Ayuh kita perbanyakkan doa semoga krisis terbaru di Gaza ini akan berakhir dengan segera!

    Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
    Pengerusi Aqsa Syarif Berhad
    10 Julai 2014

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Itu bukan persendakan agama makcik Maria tapi persendakan Maria sebab dah dekat separuh abad masih nak bersosial macam orang muda. Dia menyindir secara halus la tu. Kalau menyindir secara kasar marah pulak. Cerita bikini ni kan dah basi. Kenapa diungkit balik. Artis2 muda sekarang ramai yang dah berhijrah dan menutup aurat. Artis2 sezaman dengan Maria pun ramai yang dah berhijrah. Si Felixia model playboy tu pun dah tutup aurat. Dapat juga sambar orang kaya.

    0

    0
  15. Entah le says:

    nk cakap bangang kang marah…tpi silapnya dri dia sndiri y sebuk tunjuk bikini…dh le status J..cuba2 la jaga maruah sikit…benda mcm tu pn nk bagi tahu n konpius nk pakai y mane satu…x ke koje bodoh tu namanya…wat retis2 y brstatus J..tolong la jaga maruah..jgn suka berkepit ke hulu ke hilir..kang kalau ckp J**** MURAHAN kang marah…tpi diri sendiri y cari pasal…aku bukanya ap..sb menjak kebelakangani asyik2 kontrovesi cite pasal J je…y seksi la..y asyk berkepit la..mengalahkan cite retis y anak dara plk…mane J y dh gatal sgt tu..kawin jer la cpt2…

    0

    0
  16. Lbey kurang beauty with no brain lar..spndai2 mnusia ada jgak kbdohan dya..brgntung pd kita nk tnjuk ka dak kbdohan kita 2..

    *** peace yaw..!!!

    0

    0
  17. Anonymous says:

    haaa..pas ni jgn lupa tunjuk koleksi spender plk ye maria…

    0

    0
  18. paulsotongajaib says:

    semenjak aku jadi pengomen kat nara blog ni..aku dah teror sifir dan matematik..asyik nak kena jawab soklan je..pi pakai bikini lah naraa oiii..

    hahahaa..to maria farida..aku rasa nak sent ko kat GAZA je..at least kau tahu apa itu bikini apa itu agama.

    0

    0
  19. anon says:

    Makcik farida ni kata peminat2 buat kritikan kurang bijak??? Sebenarnya dia yg kurang bijak, tak paham yg peminat2 hanya perli kat dia je psl solat tu. Kesiannya….tua2 pun masih tak sedar diri. Makcik farida ni sepatutnya tidak berbangga sngt dgn dirinya, satu hari tuhan akan tarik balek satu2 nikmat yg dia bagi. Artis2 lain yg jauh lbh muda dah berhijrah tapi dia ni tak jgk berubah.

    0

    0
  20. Huju says:

    So stupid lah dia ni. Another version of HS

    0

    0
  21. Off says:

    Aku pn x bg ank2 tgk bju2 dlm aku.kne ade sfat malu
    walau mreka ank kte sklipun.ini org tua ni
    tyang kt umum..whts yur point actully?at least
    malu pd ank2 yg sdang mbesar.shame on u,Maria

    0

    0
  22. Indah halina says:

    Cuba terjah artis tanya pendapat diorang pasal Gaza & serangan israel ni.Lepastu nampak ke bimbo-an masing-masing dlm memberi pendapat.

    0

    0
  23. Beauty With Brain says:

    Who’s Maria Farida? What’s her contribution to the country?

    0

    0
  24. ladybikini says:

    Jgn layan! Tu yg dia makin menjadi!

    0

    0
  25. Redha says:

    Memang sangat bertepatan dengan ungkatan ‘pretty dumb blond’… memang bahlol tahap dewa…!!!

    0

    0
  26. Puiii says:

    curious, sapa la 3 ekor yg asek meng-unlike komen2 kt sini?
    MF kah? buka nak baca komen lettew…pastu balik2 jumpa komen orang bash dia….3 kali buka gossip ni 3 kali unlike.ekekee

    0

    0
  27. Pray4GAZA says:

    McD tempatan tdk menyumbang pd israel…
    McD corp US mempunyai puluhan ribu restaurant outlet di seluruh dunia. Setiap outlet perlu mendapat kelulusan dari membayar yuran franchise kpd McD Corp. US. Berapakah revenue (keuntungan yg diperolehi oleh McD Corp US dari cawangan di seluruh dunia setiap tahun? Anda tidak akan mampu menghitungnya. Sebab itu McD pernah mendapat anugerah FRIENDS OF ISRAEL. Mereka menggunakan alasan CEO nya sudah tukar dan mereka tdk sumbang lagi kepada Israel. Ini semua untuk menutup jenayah mereka kpd Palestin. CEO yg diganti dari yg dulu diberikan anugerah dari Israel kerana sumbangannya kpd pendidikan dan kebudayaan Israel dgn membina muzuem holocaust.
    Ini bukan dakwaan kosong. Ini adalah hasil dari pertemuan bersemuka. McD tempatan perlu mendapat kelulusan dari McD corp US untuk buka cawangan baru bahkan diberi suntikan modal untuk buka cawangan tersebut sebagai strategi mengembangkan empire McD seberang laut.
    McD corp US adalah penyumbang kpd Jewish National Fund, untuk membina imej yang positif tentang Israel di mata dunia. Sudah tentu bila jenayah mereka didedahkan mereka akan menafikan bermatian matian.
    Tetapi hakikatnya membantu Israel adalah tanggungjawab agama penganut zionis. Membunuh rakyat Palestin adalah kemuliaan bagi mereka.
    Maka mereka akan berbohong dan berkata dengan lunak kepada dunia dan umat Islam mereka tdk menyumbang kpd Israel. Ini hanyalah skrip yg disediakan oleh McD corp US untuk dibaca oleh restoran McD seberang laut.
    Menyokong Israel adalah tanggungjawab agama zionis dan mereka tidak akan lalai dalam tanggungjawab ini. Membunuh rakyat Palestin adalah amal yg paling mulia bagi mereka!

    Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
    Pengerusi Aqsa Syarif Berhad

    0

    0