Isu Adegan Berpelukan & Pegang Tangan, LPF Jangan Berfikiran Sempit – Datuk Seri Azalina

Hiburan

Isu Adegan Berpelukan & Pegang Tangan, LPF Jangan Berfikiran Sempit –  Datuk Seri Azalina

Baru-baru ini, Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah pun mengeluarkan garis panduan untuk peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di Malaysia. Menerusi garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.

Selain adegan sensual dan ghairah, LPF akan turut memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahayul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu.

Advertisement

Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.

lpf

Secara jujur, bagi Abang Nara ia adalah satu langkah baik daripada LPF dalam usaha untuk membendung gejala sosial yang semakin berleluasa di Malaysia. Sedikit sebanyak apa yang dipamerkan di televisyen pasti akan memberikan impak terutamanya kepada anak-anak kecil dan remaja yang menontonnya.

Namun Pengerusi FINAS yang telah dilantik menjadi menteri baru-baru ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Kata beliau:-

Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?

Datuk Seri Azalina memaklumkan yang beliau bakal melepaskan jawatannya sebagai pengerusi FINAS namun berharap pengerusi baru kelak adalah seorang pemimpin UMNO. Kata beliau lagi:-

Selepas dilantik menteri, saya perlu melepaskan jawatan (pengerusi Finas). Tetapi saya akan tunggu pengerusi baru untuk menyerahkan tugas saya. Cuma saya harap, orang yang mengambil alih jawatan pengerusi itu adalah seorang pemimpin Umno, bagi saya suka atau tidak industri kreatif harus dipelopori oleh orang Melayu dan sebaik-baiknya biarlah mereka yang memimpin supaya dapat membawa wawasan Umno

lpf

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza namun Abang Nara tidak bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Datuk Seri Azalina ini. Penapisan sememangnya perlu dilakukan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sensitiviti ajaran agama Islam. Malahan ramai penonton di luar sana yang menyambut baik peraturan baru LPF. Hanya segelintir sahaja yang menolaknya. Semoga LPF akan terus berpegang terus kepada pendirian mereka dan tidak tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...