Dalam meraikan pasangan tersebut, ada khabar angin yang mengatakan isteri Shah sudah bunting pelamin. Ramai peminat Shah mula tertanya-tanya apakah berita ini benar dan ada juga yang sudah teruja Shah bakal bergelar bapa apabila mendengar berita berkenaan.
Namun, menurut Shah semua itu tidak benar dan isterinya belum disahkan hamil. Shah juga sempat memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendapatkan anak dan menyerahkan soal itu kepada rezeki.
Eh! Mana ada. Isteri saya masih belum mengandung. Walaupun sudah empat bulan berkahwin, tapi rezeki itu masih belum ada.
Setakat ini saya tidak membuat apa-apa perancangan keluarga. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau belum ada rezeki, nak buat macam mana. Kita berserah pada takdir.
Shah juga memberitahu beliau dan Sarah belum sempat untuk berbulan madu kerana Shah terikat dengan kerja beliau.
Kami masih belum berbulan madu kerana sibuk dengan kerja di Malaysia dan Singapura. Antara bulan Januari hingga Mac lalu saya banyak ulang-alik ke Singapura.
Oleh sebab itu saya kurang dilihat di TV. Dan sebab itu jugalah saya buat majlis resepsi ini lewat sedikit.
Apa-apa pun, kami mendoakan agar Shah Iskandar dan Siti Sarah ada rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.