Insya Allah Saya Ok, Pesan Zamani Kepada Semua

Hiburan

Insya Allah Saya Ok, Pesan Zamani Kepada Semua

Simple tetapi cukup menyentuh perasaan. Pengurus Zamani iaitu Johan Aziz telah berkesempatan menemui bekas penyanyi kumpulan Slam itu. Zamani menyampaikan salamnya kepada semua dan berkata dirinya ‘ok’. Sedih juga membaca kata-kata yang diluahkan. Walaupun hanya sepatah dua. Iyerlah, Zamani dulu punyalah gemilang. Kini duduk dalam lokap angkara dadah. Memang betullah kata orang dadah itu berbahaya.

zamani

Advertisement

Sementara itu, bekas penyanyi kumpulan Ukays dan juga komposer terkenal, Saari Amri telah memuatnaik satu status yang cukup kontroversi. Menurutnya, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca sebenar Zamani jadi begini. Hmmmm. Banyak tanda tanya yang timbul dengan kenyataan di bawah ini. Tak pasal-pasal nama Siti Nurhaliza terpalit sekali.
zamani
Apa pun, dadah memang berbahaya dan merosakkan minda seseorang. Tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, selebriti ke. Kalau dah main dadah, memang sukar untuk lepaskan. Gian dia lain macam. Badan pun leh jadi kurus kering tinggal rangka. Tengoklah badan Zamani yang macam rangka. Kesian.

zamani

Semoga Zamani akan insaf selepas apa yang berlaku ini. Masa depan terletak di tangan anda. Boleh tukar lagi jika ada kemahuan. Ramai peminat yang mendoakan kebahagiaan anda. Tak gitu? Jom sama-sama kita berusaha buat yang terbaik. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...