Written by AbangNara | July 1st, 2011

Internet hari ini dah macam makan nasik kepada kita semua. Kadang-kadang ada orang sanggup tak makan nasik asalkan boleh guna Internet. Mereka lebih rela berlapar daripada tak dapat main FB, Twitter atau pun update blog. Oleh kerana kegilaan Internet ini, Celcom kini memperkenalkan Instanet.

instanet

Dengan Instanet, anda tidak lagi perlu risau tiada Wifi ketika anda sedang minum di kedai kopi. Lagipun memang tak berapa elok guna Wifi sebab password anda lebih terdedah. Dengan harga yang murah, pendaftaran yang tak leceh, Instanet adalah jawapan terbaik kepada anda yang gila online 24 jam. Antara pakej Instanet ialah:-

instanet

Mengikut kesesuaian anda, anda boleh menggunakan Instanet mengikut hari (RM5 sehari), mengikut minggu (RM18 seminggu) dan mengikut bulan (RM50 sebulan). Dan sehingga 15 Julai 2011, ada special promotion baik punya ~~

instanet

RM30 sahaja untuk langganan Instanet selama sebulan. Dan paling penting anda tak perlu risau tentang coverage kerana Celcom sememangnya mempunyai coverage yang paling meluas di Malaysia. Kalau korang tak berminat dengan promo di atas, mungkin promo di bawah ini menarik jugak untuk anda:-

• Instanet Prepaid Pack + Modem hanya RM108. Ada SIM card, USB modem
da RM10 credit.
• Instanet Prepaid Pack untuk RM12.50. Ada SIM card dan RM10
credit.

Kalau berminat, sila ke Blue Cube berhampiran anda hari ini jugak. Nak tahu lebih lanjut jangan segan silu lawat laman web Instanet.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Instanet – Mudah, Murah Dan Mantap

  1. LUNA LANUN says:

    sblm ni dah guna broadband celcom, tp hampa kesemua tempat yg sy diami, coverage memang sgt menyedihkn membuatkn sy terminate terus guna bb celcom tu… huk3!

    Entri terbaru:
    1. Friendster Bertukar Jadi ‘Gamester’
    2. Serius Cute Giler Video si Selena Gomez Terkejut Jumpa Shia LaBoeuf
    3. Budaya “I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK”

    by LUNA LANUN

    0

    0
  2. Aku yang Pertama....ke? says:

    Celcom?? aku ada pengalaman ngeri menggunakan perkhidmatan celcom… lembab! lambat! lebih teruk dari kura-kura (Walhal kura-kura pun dapat mengalahkan arnab)….
    F.U.B (kuota, max volume) pun ada juga…??? huhuhu… Pengiklanan bagai nak rak… bab iklan memang hebat… tapi tak berani buka akaun rasmi di FACEBOOK, Celcom ni. cuba buka tengok, dijamin penuh cacian dan makian dari user lain…
    Buang masaaa…!!!

    0

    0
  3. Manjalara says:

    1.5G je korang leh bagi…nk tenet pekebenda nyeee lau takat tu jek..pastu manjang jek suh top up blik..letak harge rendah2 tapi kualiti tahap cipan

    0

    0
  4. Piston Pecah says:

    bagus ke?macam gempak je..

    0

    0
  5. tuah says:

    Hi ,

    Good Info. So far, aku puas hati dgn service P1Wimax ni. Celcom? OK. Thanks share info ni.

    Tuah

    0

    0
  6. Bukan Sohcai says:

    MASUKKAN INI DALAM IKLAN ANDA LAIN KALI:

    1. JAMINAN WANG AKAN DIKEMBALIKAN jika kelajuan capaian tidak memenuhi apa yang dijanjikan.

    2. JAMINAN OPERATOR TALIAN YANG MAHIR DAN TAHU APA YANG DISOALKAN oleh pengguna. Bukan hanya tahu menjawab “Maaf Encik, talian kami menghadapi masalah”

    3. SELESAIKAN MASALAH KELAJUAN INTERNET DAHULU SEBELUM MEMBUAT APA-APA PROMOSI. Ketahuilah… Servis anda terlembab, walaupun coverage anda terluas.

    Mungkin ada pembaca yang akan kata pada saya… “NAK HEBAT BUAT SENDIRILAHH…!!” jangan dilupa, saya membayar setiap perkhidmatan yang DIJANJIKAN kepada saya. JIKA TIADA PEMBAYARAN DILAKUKAN? APA TINDAKAN TELCO TERHADAP PERKHIDMATAN SAYA? MENUNTUT WANG MEREKA MELALUI KHIDMAT GUAMAN. Jika mereka tidak memenuhi janji manis mereka? apa tindakan saya? TIADA…!!! KERANA SAYA MISKIN DAN TIDAK MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN UNTUK MENGGUNAKAN PEGUAM ATAU MEMBAYAR SEJUMLAH WANG PERJALAN KE MANA-MANA MAJLIS PENGGUNA. CUMA MAMPU MEMBATALKAN PERKHIDMATAN SAHAJA… ITU PUN TERPAKSA MELALUI BEBERAPA PROSES YANG SUKAR.

    0

    0
  7. maklong says:

    celcom bb mmg worst. dulu pakai celcom ni. kalo nak laju skit guna time 2-3 pagi. gilo apo, pas tu kena usung lappy kat beranda br nak ada line. la ni pakai maxis senang skit sambil baring pun leh online.

    mak long nyampah tol dgn promo celcom yg melampau-lampau tp hakikatnya ya allah.

    p/s: bang nara pakai celcom ke ? :)

    0

    0
  8. bro says:

    “Lagipun memang tak berapa elok guna Wifi sebab password anda lebih terdedah.”

    kalau tak paham teknologi cuba jangan bagi statement salah macam ni. nak promote product tak payah la kelentong lebih

    0

    0
  9. karim says:

    celcom sucks!semua broadband aku dah try celcom paling menyakitkan hati.elak la pakai celcom ni.dok promote territory smpi kat luar negara bagai tapi coverage dalam negara sendiri mcm celaka.ape kes?

    0

    0
  10. xparanoid says:

    nampak sgt you ni desperate…x paham teknologi..main redah tulis je…org yang tak tahu ttg sesuatu perkara ttp buat2 tahu dan bercakap seolah olah dia pakar, akan menunjukkan kebodohan dirinya sendiri akhirnya. aku guna celcom bb sepupu, lembab nak mampos…kat KL lak tu…pastu aku pakai yes 4g bole buka 2-3 tab sekaligus…bila pelanggan dah ramai, base station kena la ditambah supaya link tak congested…coverage? well yes 4g got almost everywhere covered…kami bukan nak coverage sampai gunung kinabalu, kami nak service that is free from congestion. faham?

    0

    0
  11. Pria Teruna says:

    aku dah luahkan perasaan ketidakpuasan hati aku kat facebook Xpax diorang. 2-3 post aku dah pernah kena delete kat wall depa. ni baru tadi aku pi luahkan lagi ketidakpuasan hati aku. tengok depa nak delete ke tak. yang penting, aku tak maki hamun & tak mencarut. dok pakai celcom bb, jenuh nak dapat line yang smooth.

    0

    0
  12. waste recycling says:

    package dia boleh la tapi volume dia skit sgt..x sesuai utk hardcore downloader mcm gua..ha3..

    0

    0
  13. nizam ijam says:

    nak beli ker??? erk???

    jom letak nizam ijam dalam bloglist :)
    Salleh Yaakob Berbulan Madu Di Beijing..

    0

    0
  14. ila says:

    salam

    sebelum ni,akau jarang komen tentang broadband ni..tapi sebab entry tajuk celcom menyebabkan aku meluat betul. pengalamn guna celcom memang menyakitkan hati. lembabnya mengalahkan kalah siput babi. service memang hancus

    kini bertukar pada bb provider lain,alhamdulillah x le lambat mcm celcom. kalau nak kat dia coverage terbaik pun nak buat apa kalau kelajuan lagi lembab daripada dial up teknologi yang dah berkurun.

    moral : elakkan gunaka berok band celcom

    0

    0
  15. afana says:

    erm, xtau la kan.. but so far i gune celcom line ok jer…… :) well, they try to provide us a better service… not really worst..!!!

    0

    0
  16. Razer.SlaYeR says:

    try gnebb celcom kat gombak…pastu anda menyesal…wakkakkaa

    0

    0
  17. volume says:

    well, bb ni sebenarnya untuk bukak fb,twiter, dan yg seangkatan dengan nye.. masalah connection slow mmg salah drang lah.. tapi kalo yg hardcore downloader tu baik amek streamyx atau p1wimax… think positive lah. dan yg penting nye pikir dulu sebelom bertindak.. xpayah lah nak menambah dosa nak mencarut, maki hamun… haha..

    0

    0
  18. mmg murah..berbaloi2..

    0

    0
  19. awan says:

    mmg btol! coverage ntah pape,promosi mcm nk promote buat konsert! mcm siak! aku da pakai setaon,tp x larat nk tggu sampai sepanjang hayat nk mengadap GPRS! huh!

    0

    0