Written by Bella | April 25th, 2016

Agak kecoh juga beberapa hari lepas dengan berita dimana beberapa akaun Instagram selebriti tempatan telah digodam. Antaranya ialah Wawa Zainal dan Emma Maembong.

Terbaru, akaun Instagram Jihan Muse pula telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan pengacara serta pelawak itu hilang lebih 1.1 juta pengikutnya. Lebih teruk lagi, individu yang mencuri akaun Instagram Jihan memuat naik pelbagai video lucah.

Semuanya bermula apabila Jihan mendapat e-mail yang menawarkan beliau untuk mendapat pengesahan akaun Instagram dengan tick biru.

Kerana ingin mendapatkan pengesahan rasmi daripada Instagram beliau mengikuti setiap arahan yang diberikan sehingga tiba-tiba semua foto serta pengikutnya hilang.

Kalau asyik kena godam, susah juga artis untuk berkomunikasi dengan peminat ataupun membuat side income daripada Instagram mereka. Harapnya selebriti lain berhati-hati dan tidak mempercayai e-mail yang mengatakan untuk mendapat tick biru di akaun Instagram mereka.

10 responses to Instagram Jihan Muse Pula Digodam

  1. Anonymous says:

    semalam gempak superstar…best jihan jadi pengacara. harap kekalkan mcm masuk sangat dengan sharnaaz. kipidap.

    0

    0
    • Anonymous says:

      bang nara, gossip tasha shila kena hentam teruk sama kak ogy semalam dlm gempak superstar xde ke? kak ogy mengamuk stress dengar tasha shila nyanyi lagu celine dion my heart will go on.
      hancur lebur!!!

      0

      0
  2. Kiah says:

    tu mesti geng2 sama yg post kononnya Dato Vida tawarkan beg LV free tu. klik punya klik….terus laman lucah yg keluar munah. tak patut..tak patut. akak2 dan adik2, sila clear cookie dan browser anda, nanti tak pasal2 kena tuduh layari web lucah. kiah dah kena. jilake betul ..

    0

    0
  3. melati says:

    Masalah nya si Jehan kelakor sgt ker???…byk kew pengikut dia..puiiiiiiiiiii

    0

    0
  4. gempak sgt says:

    bang nara, tolong up kisah gempak superstar semlm… tasha shila mmg yucks kot nyanyi ke laut dah tu nk guna ayat org kata sore dia x sedap.. dh mmg x sedap dik non oii smp kak ogy naik hantu oii

    0

    0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      memang la suara dia tu tk sedap n tk bagos pasal Tasha dia bukan penyanyi dia pelakon ajee….tk payah nk kecoh2 kasi dia moral support aje suda la tk payah nk kutok2 dia ke ape ke huh ! Tasha yg nyanyi tk sedap yg ogy nk naik hantu tu dh kenape ? rilek ar..

      0

      0
  5. Adinda aris says:

    Tolong la jgn nk bodoh kan peminat.,!!
    Ko jgk yg jual ruang insta ko pas tu da kaup duit ko buat plk lawak cakap org Godam!
    Ingat Allah tahu penipuan korang cari publisti dan rezki cara propaganda cam ni !

    0

    0