Cantik dan nampak elegan sungguh kad resepsi Marion Caunter dan SM Nasaruddin di Mandarin Oriental, Jumaat ini. Untuk pengetahuan, hanya mereka yang ada kad jemputan sahaja bakal dibenarkan masuk. Maka tak payahlah sibuk-sibuk nak pergi sana. Kamera juga dilarang dibawa masuk ke dalam majlis resepsi mereka berdua.
Menurut Murai, nama Islam Marion Caunter ialah Marion Rose Caunter Abdullah dan dia telah memeluk Islam sejak Oktober lalu. Dan hanya saluran E! News Asia sahaja bakal dibenarkan membuat liputan majlis perkahwinan mereka berdua. Tiada TV1, TV2, TV3 ataupun Astro nampaknya.
SM Nasarudin dan Marion Caunter bakal dinikahkan esok (16 Disember 2010) di rumah SM Nasarudin. Selepas majlis resepsi di Mandarin Oriental Hotel, ada satu lagi majlis resepsi yang akan diadakan di Maldives.
Semoga segalanya berjalan lancar untuk SM Nasaruddin dan Marion Caunter.