Written by Bella | November 25th, 2015

Semalam, balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor mengadu kini hidupnya terhimpit dan mendakwa Achey menipu kerana pelawak itu tidak pernah bertanya khabar tentang anaknya serta memberikan “share” perniagaan bersama arwah kepada beliau.

Ekoran pendedahan tersebut, ramai yang mengkritik perbuatan Achey yang hanya cuba mencari publisiti dan menunjukkan kebaikan beliau sedangkan Achey sama sekali tidak pernah menolong keluarga Harun Salim Bachik.

Menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan, Achey telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja.

Berbicara mengenai pemberian “share” beliau kepada Surianti dan anak-anak, Achey enggan membicarakan hal tersebut dengan lebih lanjut kerana beliau tidak ada sebarang urusan perniagaan besama Surianti.

Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun. Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku. Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti.

Achey mengakui beliau merasa agak kesal dan terkilan dengan apa yang diberitahu oleh Surianti kepada pihak media sehingga menjadi isu yang agak besar.

Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak.

Erm…jadi semuanya hanya salah faham sahaja. Tidak apa, mungkin lah Surianti terlalu tertekan dengan kesempitan hidup sehingga timbulnya kekeliruan di pihak beliau. Harapnya, perkara ini sudah jelas dan tiada lagi orang yang akan mencetuskan lagi kontroversi.

Sumber Berita: mStar Online

47 responses to Ini Semua Salah Faham, Saya Ada Tanya Khabar Mereka – Achey Bidas Kenyataan Balu Harun Salim Bachik

  1. Pekerja Gomen says:

    Ha… seperti yang kujangka…
    Mmg dengan anak2 isteri pertama….
    Seb baik tak jump into conclusion cepat sgt…

    0

    0
    • SMN says:

      Pertama sekali, sebelum bash kena dengar cerita dua-dua belah pihak.
      Kedua, antara Achey dengan Suriati rasanya saya lagi percaya cerita Achey.
      Sebab-sebabnya seperti berikut:
      1. Takkanlah Achey tak fikir malu kalau dia buat kenyataan dia serahkan share perniagaan kepada family HSB tapi kemudian family HSB menafikan kenyataan tersebut.
      2. Suriati berkata dengan emosi, dengan niat memburuk-burukkan Achey sedangkan Achey nampak usaha dia untuk menjaga aib Suriati.

      Last sekali, sebab kita pun bukanlah orang-orang yang terlibat lagi elok jangan bercakap macam kiat terlebih tahu pulak masalah mereka.

      0

      0
      • minah jambu says:

        lebih baik kite laongkn ini perkataan ada jugak faedah > Qu puteh Qu puteh baru lah puteh emmuah ..hahaha…!

        0

        0
        • Zura says:

          Astaghfirullahulazim,apa jenis orang yg bersuka atas kesengsaraan orang lain?Suriati tu masih bersedih atas kehilangan suami dan tempat bergantung dengan anak2 masih bersekolah lagi.Kalau kita tak boleh menolong,senyap saja la.Jangan dikeji & dihina orang yang dalam kesusahan.Kita tak tau nasib kita,keturunan kita nanti macam mana.Saya berdoa Kak Suriati berjaya dapatkan hak anak2 sekurangnya sebahagian daripada duit kemenangan $100,000 arwah suami tu untuk menyara hidup Amin.

          0

          0
      • aku x bodo.. says:

        dia yg terlebih fikir & berperasangka buruk… nsihat last sesuai sgt utk dr ko…. dlm pmbhgian hrt simati klau adalah (sbb aku pun xtau wang hadiah simati sama ada digunakan dlm biz. mrke) bukan sje kpd sebelah pihak je tp kpd semua waris (x termasuk bekas istri)

        0

        0
  2. Anonymous says:

    huhuuu surianti ni xkn x pnh jumpa dgn ank tiri ke?? klu ada berjjumpa tentu dia dah tau achey ada btanya khbr.. cuma ia melalui ank harun dgn isteri yg pertama..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Petikan dari Media Hiburan : “Benda ini sebenarnya saya tidak mahu panjangkan lagi kerana kesian dengan arwah. Apabila kenyataan ini keluar saya anggap ini adalah bahagian yang perlu saya tempuh sebagai anak seni. Tentang bertanya khabar itu sebenarnya saya lebih banyak berurusan dengan keluarga dan anak isteri pertama arwah iaitu Along dan Bobo. Kita kena tahu arwah mempunyai dua keluarga dan sememangnya saya rapat dengan keluarga isteri pertama arwah kerana mereka yang banyak membantu saya ketika mengorak langkah menjadi anak seni. “Tidak dinafikan saya lebih banyak berurusan dengan anak isteri pertama arwah dan dia kena tahu waris arwah bukan dia seorang sahaja. Apabila perkara ini terjadi, anak isteri pertama arwah iaitu Bobo telah memohon maaf dengan saya kerana nama saya turut terpalit dalam situasi ini. ,”

    0

    0
  4. CANTIK says:

    Tu la,,moral of the story,,jgn dgr 1 side sj…as we know things might be different on the other side…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ha…aku dh agak dh…mesti ad salah fhm pnya…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Harun ada 2 bini? baru tau hari ini…. kesian ya orang banyak bini tentu hati tidak tenang…. Nanti Ashraf Muslim, Bade dan rakan2 lain sedia lah mati awal ya sebab penat befikir apa nak cakap dengan bini2

    0

    0
  7. aku tahu says:

    dulu ko rampas mak dorg ko igt w/p dorg bdk kecik x sakit hati ke ni bapak dia dh xde mmg nk la dorg amek tahu psl korg ank beranak ek…wht u give u get back

    0

    0
  8. minacheese says:

    dia ingat dia je keluarga HSB…hmm..susah btul. usahala sendiri jangan harapkan bantuan orang.

    0

    0
  9. kawanmu says:

    cerai dgn bini pertama anak2 masih kecil,tapi nasib baik bini pertama berkerjaya.boleh membesarkan 3 org anak dgn titik peluh dia sendri.bini ke2 ni takleh berdikari sndri ke?

    0

    0
  10. muslimah hebat bergossip says:

    itu ke isteri kedua arwah?

    cantik sgt

    0

    0
  11. Brniaga nsi lmak says:

    Aq rsa lh kn bini no 2 dia mcm nk reka2 cite hrap kn smpati.aritu ank prtma aruah pn ade sbut bnda ni elok bwa bncang,xyah lh nk post bgai.td aku bc pper,bini dia ni nk share dlm bssiness,pastu klu blh nk ank2 aruah yg umo 14 dn 12 thun d bri pluang brlakon atau pngcara.aikkk..mcm amik ksemptan jek!!!knp x dr dlu msa aruah msih ade??nk pndah..pndah je lh.atau nk tnggu pngrah pnggil ko brlakon??attention seeker tul.

    0

    0
  12. seri says:

    pd aku salah fhm nie terjadi pun disebabkan media gak.. asal awal2 x ckp yg achey mksudkan semua statement sblm nie termasuk pmbhgian syer utk keluarga bekas istri almarhum? sbb pd aku klau almarhum ada syer apa2 perniagaan sekalipun dgn sape2, bukan ke isteri dia berhak gak??

    0

    0
  13. cik mek molek says:

    malu laaa oiii surianti oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    0

    0
  14. Nek Bunga says:

    Dahlah; banyak cakap pula! Kalau k buat perniagaan dgn. Allahyarham Harun Salim Bachik , jadi ko mestilah bagi peninggaln “share” perniagaan tu kat waris dia; bahagi pd, bekas isteri pertama (utk. anak-anak depa) dan isteri kedua yg. sekarang dan ank-anak dia!

    Bencinya aku – ada juga manusia jahat mcm. si mamat ni yg. boleh menganiaya balu dan anak-anak yatim! Dan mana pi pertubuhan Seniman tu; yayasan artislah; kan dapat BERJUTA bajet tahun ni utk. anak seni, yg. sepatutnya membela artis; apalagi yg.banyak jasa mcm. Allahyarham Harun Salim Bacik dan keturunannya?! Gantikan si mamat-mamat kat pertubuhan artis ni semua kalau tak tau buat kerja oi!

    0

    0
  15. Nek Bunga says:

    Haritu memang aku baca dia kat buat biz dgn. Allahyarham Harun; bukan anaknya! Ingat; kalau makan hasil anak YATIM; amat KEJI!

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Oh purlez cik kak bini no 2..nmpk sgt ko tu xambik tahu hal bini pertama.kn achey dh kte..dia buat bisnes dgn ank bini pertama..bukn dgn kau or ank ank kau .pehal lak achey ngen ank ank bini nomo 1 nk bg share kat ko..??kalau aku pon aku x bg…(mta juling ke atas sgt?)

    0

    0
    • Nek Bunga says:

      Oi si Bangang; haritu si mamat-putaqbelit cakap biz dgn. arwah Harun; sekrg. lain pula cakap dia! Pi berambos; lu sukalah anak-anak yatim dianiaya?!

      0

      0
  17. Nek Bunga says:

    Mana pi duit $100,000, “share” arwah Harun, dari pertandingan Juara Mencari Bintang tu – itukah yg. dilaburkan dlm biz dia?! Ini harus diSIASAT betul-betul; kenapa kita harus percaya cakap mamat yg. sungguh mencurigakan ini!

    0

    0
  18. Nek Bunga says:

    Aku memang pantang anak-anak yatim dianiaya sewenangnya!

    0

    0
  19. Xxx says:

    Lerr hari tu kate buat biz ngan HSB sndr. Tp skrg ngan anak dia pulak.. Kalau ade biz ngan hsb, mmg la current wife concern. Ni bukan kes tak pandai survive sendiri. Ni kira dah makan hak anak2 dia dah ni. Kalau hsb ada share dlm biz tu, anak2 dia ada hak. Current wife pun ada hak.

    0

    0
  20. Anggun says:

    So surianti boleh dah kemas2 barang nak balik kampung tu.

    0

    0
  21. Mat K says:

    Nek Bunga melenting tak memasal. Lol

    0

    0
  22. sukahatikaula says:

    ehhh Nek Bunga ni.. lain macam dia punya marah.. entah-entah Nek Bunga ni surianti kottttt :’)

    0

    0
    • seri says:

      klau ko islam mst ko tau pasal pmbhgian hrta kpd pewaris2 simati.. statement si achey yg awal2 dulu sama ada dikelirukan oleh media atau memang mengelirukan… bnd 2 kn check semula 2..w/p dia baik dgn bekas istri dan ank2 dr bekas istri tp hak utk istri almarhum xle dipertikaian… klau btol wang hadiah simati digunakan utk perniagaan maka istri & ank2 dia berhak dlm syer tersebut.

      0

      0
    • Nek Bunga says:

      Oi si bangang, aku pantang anak yatim dianiya, jadi ko nak fitnah aku pula! Pi berambos si lidah ulaq!

      0

      0
  23. Zizi says:

    Bukan ke Surianti tu mmg isteri betul, arwah HSB?Yang pertama tu ex wife je kan??

    0

    0
  24. anonymous says:

    adil le tu..afdlin tlg anak2 isteri k2 achey tlg anak2 istri p1..xtimbul pn achey mkn harta anak yatim sbb si achey ni bkongsi perniagaan..bila salah sorg pemegang syer mninggal of coz le bahagian syer tu kn serahkn pd waris..dlm kes achey ni xkn dia nk serahkn syer pd budak 14thn kot..lgpn mayb tu pesanan arwah HSB mna korg tahu..so skg tggjawab anak sulung le nk mbahagikn keuntungan dr syer tu

    0

    0
    • Anonymous says:

      Anak2 dengan isteri pertama dah tua bangka oi.Boleh kerja & tak payah disara lagi.Anak 2 orang yang dengan suriati ni masih bersekolah,hak anak yatim jangan dipertikaikan!

      0

      0
      • anonymous says:

        kesian awak ni..xkira le tua bangka ke tua kerepot ke mereka masih waris..kalu dh nama waris mesti la berhak..nak sebut pasal hak kalu harta x diwasiatkn of coz la anak sulung lbh berhak..g belajar law dulu ye

        0

        0
        • entah apa2 says:

          sape ajar mcm 2??check dulu turutan waris utk si mati dlm islam…. jgn main hentam sje…huhuhu…

          0

          0
        • MRS says:

          ish..ish..ish..anon tu cakap harta yg tak diwasiatkan..paham ke idok???

          0

          0
        • Anonymous says:

          belajar law?aku legal officer ok.harta tak diwasiatkan?automatic dibahagikan ikut faraid kalau islam.lelaki 2 bahagian,anak perempuan 1 bahagian.tak ada dalam undang2 Islam kata anak sulung pulak lebih berhak.bila pergi land office atau mahkamah syariah untuk pembahagian harta,pegawai akan tanya semua di sini waris atau tidak & tunjuk bukti.kau ingat ni sembang kedai kopi ke bila nak bahagikan harta?

          0

          0
  25. Anonymous says:

    alaaa kecoh2 buat apa? biasalaa kes2 pembahagian harta pusaka ni tiap2 hari ada tapi tak yah lah kecoh2…tak yah lah bgtau media bagai…nanti org yg tak tau cerita salah faham dan timbul fitnah…kesian lah kat arwah…suriati boleh cek kat ssm samada arwah ada share tak dlm perniagaan tu. kalau perniagaan tu mmg daftar atas nama anak2 arwah dgn isteri pertama, then suriati tak leh tuntut bahagian dia dan anak2 tapi kalau mmg arwah ada share, suriati boleh lah tuntut ikut saluran yg betul. bukan cakap2 kat media…

    0

    0
  26. Nek Bunga says:

    Ramainya penyokong mcm. bangsat tak peduli penganiayaan anak yatim! Si mamat ni, apa yg. dia takut, tentang mana duit $100,00 hasil menang sbg. juara tu yg. aku syak dilaburkan dlm. biz tu oleh Arwah Harun! Bayangkan Arwah Harun baca tentang penghinaan pd. anak-anaknya yg. telah jadi yatim dan balunya! Surianti mesti buat repot polis!

    0

    0
  27. Nek Bunga says:

    Surianti juga boleh pi kat Kem. wanita minta bantuan siasat PENGANIAYAAN ni – terutamnya pd. anak.anaknya!

    0

    0
  28. Nek Bunga says:

    Apa jadi pd. $100,000 – “share” menang Juara Mencari Bintang tu (jumlah $200,000) oleh arwah Harun; sebab itu Surainti kena buat repot polis, demi keadilan untuk dirinya dan anak-anaknya, dalam undang-undang Islam dan undang-undang sivil.

    0

    0