Baru-baru ini ramai yang terkejut (termasuk Abang Nara) apabila membaca pandangan Heliza Helmi tentang hudud. Dalam hati Abang Nara ini sudah terdetik, takkanlah ini betul-betul Heliza punya pandangan. Something wrong somewhere.
Dan ternyata ini semua adalah salah faham yang terjadi antara Heliza Helmi dan wartawan daripada Sinar Harian. Menurut Heliza, tak pernah terlintas di hatinya untuk mempertikaikan hukum dariNya.
Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?
Dan Abang Nara sangat kasihan dengan Heliza kerana dikecam dan dipandang lain macam akibat statement yang disalaherti itu.
Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.
Jadi apa sebenarnya pandangan yang telah dilontarkan oleh Heliza? Menurut Heliza, dia telah berkata no komen.
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini. Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan
So kepada peminat-peminat Heliza, jangan risau ye. Kenyataan Heliza sebelum ini telah disalah ertikan. So jangan marah-marah kat dia. Cian dia.