Siapa yang tidak kenal dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan yang cukup “lawakâ€. Selalu mendengar keluhan rakyat tentang perbelanjaan harian yang semakin meningkat, beliau telah menyarankan agar rakyat membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
Bak kata Ahmad Maslan, beliau juga kononnya membuat lebih daripada satu kerja.
Tentu sekali kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia termasuklah pelawak terkenal Harith Iskander.
Harith menerusi akaun Facebooknya berkata, beliau sendiri melakukan enam perkara berbeza dalam kariernya namun ia tidak semestinya dikira sebagai enam pekerjaan.
Patutnya sebagai seorang menteri dengan CGPA 3.85, Datuk Ahmad Maslan perlu berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh memalukan diri beliau sendiri. Memang mudah untuk menyuruh orang lain membuat dua pekerjaan dalam satu masa, tetapi bukan anda yang menanggung deritanya.