Written by AbangNara | September 9th, 2013

Tidak dinafikan nama Nabila Huda penuh dengan kontroversi. Sebut sahaja nama Nabila Huda, pasti terbayang seorang wanita yang imejnya seksi, sering bertukar kekasih dan tidak peduli dengan kata-kata orang. Terlibat dengan kemalangan semalam, ramai yang menyatakan ia satu petunjuk daripada Allah kepada Nabila.

nabila huda

Malah ayah kepada Nabila Huda, Amy Search turut sama mengeluarkan pendapat yang serupa. Malah Amy menyokong kata-kata bekas suami Nabila Huda mengenai membawa cucunya ke tempat kerja. Kata Amy Search kepada portal Murai:-

Kalaus saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.

Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.

nabila huda

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Malah ada pengajaran buat kita semua. Mungkin kemalangan ini akan menjadi titik tolak kepada Nabila untuk menjadi seorang ibu dan insan yang lebih baik. Siapa tahu kan? Malang memang tidak berbau. Sama-samalah kita lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika bersama anak tersayang.

P.S: Informasi lengkap mengenai Honda Accord 2013 serba baharu

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

94 responses to Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila – Amy Search

  1. ulalalaaa says:

    takkan lagi cinta yang setara kau dan aku… kau dan akuuu…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    semuanye ade hikmah disebalik kejadian….sentiasa bersyukur itu perlu…

    0

    0
    • insan biasa says:

      betul. benda dah jadi pun, tak yah nak bising2 dah. setiap aturan Allah adalah yg terbaik buat hamba-Nya. semoga menjadi pengajaran buat dia, kau dan aku :)

      * prayforegypt*

      0

      0
  3. saya peminat Nabila huda apabila dia berlakon tapi saya tak pernah menyokong dalam kehidupan sosial dia, Minat pun minat jugak tapi tak membabi buta la… sampai pakai baju & telanjang pun dah nampak macam sama.. tetap kritik. tp kalau berlakon nabila memang sangat2 berbakat

    0

    0
  4. mlm yg sepi pak mat jual topi says:

    tu la..insaf2 la nabila oii..kamu tu dhla pkaian menjolok mate..kaki club n sosial bagai..bwk2 la bertaubat yer..ade hikmah jd mcm tu..kalo x sedo gk xtau la..

    0

    0
  5. lelaki tak guuuuuna says:

    setiap yg berlaku mmg adalah petunjuk dr Allah xkire baik atau buruk. tapi yg aku xpueh hati kenapa asek nak salahkan abil bawak anak dia ke tempat kerja? nama pun accident dah tentu tidak disengajakan dan kalau benda tu ketentuan Allah berada dirumah pun boleh tercedera kan? jgn salahkan seorang ibu tu kadang2 mereka tiada pilihan lain melainkan membawak anak ke tempat kerja. tu menunjukkan even though si abil ni busy but still dia seorang ibu yg bertanggungjawab jaga anak even ke tempat kerja! nak harap lelaki? mostly lepas tangan!

    0

    0
    • dena says:

      rilek la…xyah nak marah2…. sila paham btol2… kalau nabila x bawak anak die ari tu, mesti anak die xde ape2 kan? jadi ‘bawak ke tempat kerja’ kt sini dijadikan punca… kalau pun anak die accident kt rumah, lain plak ceritanya… kritikan suami nya masih boleh diterima dek akal… itu lah sorang ibu kena tanggung bile hak penjagaan anak dapat kt si ibu… semua yg jadi kat anak akan org salahkan si mak… aku rase nabila ni jenis lek2 je..ko cakap ape kt dia pun dia maintain lek2 je,sbb die tahu ape yg die buat… so kita org luar takyah nk biaing sgt la..lek2 sudahhh

      0

      0
  6. peminat wing says:

    third…yes

    0

    0
  7. REFELSIA says:

    DAH LAH AMY KAU PUN SAMA…..2 X5… DENGAN SELUAR DAN BAJU KETAT2… SESAK NAFAS AKU….KALAU SEORANG BAPA YANG BAIK INSYALLAH ANAK DIA TAKAN MUNGKIN JADI MACAM TU..NI KEKURANGAN DIIDIKAN….DAN PUNCA PENCERAIAN…DAPAT BINI BARU ANAK TAK ADA AMBIK TAHU…

    0

    0
    • Anonymous says:

      laki pakai ketat x berdosa..kecuali nampak seketol burung kakak tua die..baru jatuh haram… stakat pakai skinny jeans makruh je… jauh beza ngan pompuan yg nampak sehelai rambut.. tu kalau sehelai..kalau berjuta helai?

      0

      0
      • maria says:

        lelaki memakai pakaian ketat & nipis yg menunjukkan lekuk2 tubuhnya tak boleh ye adik2..Allah larang di dalam surah Al-A’raf ayat 26..

        “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).

        JADI LELAKI2 DI LUAR SANA, SELAGI ANDA BERGELAR UMAT ISLAM, TOLONGLAH PAKAI PAKAIAN YG TIDAK KETAT, TIDAK NIPIS..YANG MENUTUP AURAT

        p/s: pakai ketat nampak mcm lelaki lembut aje..

        0

        0
        • Anonymous says:

          abes klau baju ketat mne dtg auratnye cik kak… aurat laki kt mne je pun? lekuk2 pun xde…klau ade lekuk pun kt situ je… kalau berlekuk kt situ bru dosa.. normally skinny jeans biase xdenye sampai nmpak berketol kt situ..

          cik kak2.. kaki cikkak2 sumer tu pon aurat..pakai sarung kaki x sumer? kalau pakai aku x rase org2 mcm ni sempat jugak bertenggek kt sini join org2 bergosip…

          0

          0
        • jibam says:

          ek elehh..kalau cakap kau bangang karang, kau marah..kalau dah ketat, menampakkan bentuk dan lekuk tubuh, adakah itu ada bezanya dengan bertelanjang? takde kan? sbb lekuk2 tu la yg kena tutup..nipis dan ketat boleh menampakkan aurat lelaki..nampak disini tak semesti nampak secara telus di dalam baju/seluar, tapi lekuk2 bentuk tubuh..sila tgk sendiri la pakaian lelaki yg suka sgt ketat2 ni diluar sana..mmg tak sepatutnya dikenakan pun. kau cakap pasal stokin..kau belajar tak abis ke? mmg benar bahagian kaki bawah itu aurat bg wanita, tapi kalau kau belajar lebih sikit lagi, kaki bahagian bawah tu merupakan anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. sila belajar kasi habis sebelum nak condemn org lain. apa yg budak atas ni cakap mmg betul la bro. kau aje yg berlagak pandai walaupun tak habis belajau. Islam tu mudah, jgn menampakkan Islam tu susah..org mcm kau yg buatkan non-muslim tak jadi masuk Islam..tau tak! bebal takde limit sungguh!!

          0

          0
        • Anonymous says:

          jibam.

          bahasa awak menunjukkan tingginya ilmu dan budi bahasa awak.

          0

          0
        • jibam says:

          itu aje cara berbahasa dgn org mcm kau yg menyerang org lain mcm kau bagus sgt..cuba kau tgk si maria tu cakap elok je..dia siap bagi ayat Al-Quran tu..pada aku niat dia tu utk memberitahu bahawa lelaki tetap kena tutup aurat nya dan mmg ada ayat Al Quran Allah turunkan mengenai ini..tapi apa cara kau jawab? kau baca balik laa…bila aku dah mengutuk kau mcm ni, tahu plak kau terasa..sendiri cermin diri sendiri la bro..aku mmg mulut celupar, tapi kalau benda betul aku akan cakap betul..kau aje yg ego melangit tak mau terima kebenaran.

          0

          0
    • Anonymous says:

      betul Refelsia

      Atok madik Astro bukan main lagi. Nabila mudah2 dapat suami
      Yang dapat membing anda ka jalan yang diredhaiiiii.

      Atok kira da lepas tangan…..asal ada bini jaga….kesiankanla kat Nabila

      0

      0
  8. pauh says:

    Mcacam sama je dgn kes zaiton sameon. Insaf la. Taubat nasuha.

    0

    0
  9. saya ok jer!! says:

    betul tu.. petunjuk ALLAH SWT… semua ummat berhak merasa ujian dari ALLAH SWT.. bersabar lah nabila.. pasti ada hikmah dengan apa yang terjadi.

    0

    0
  10. Lola says:

    Kesian Keisha. Jadi mangsa.
    Aku harap dia jadi anak solehah.
    Tak ikut jejak mak dia atau bapak dia atau atuk dia.
    Amin

    0

    0
  11. nabila huda says:

    yess

    0

    0
    • Anonymous says:

      Lola kau jangan salahkan Nabilalah.

      Salahkan bapakkkk dia…asek kahwin cerai
      Kahwin cerai aja. Anak pun terbangaiiiii.

      Sekarang tiba masa kaseh sayang tu di bagi
      ke cucu pulak….setelah kadih sayang Nabila
      terabai…..

      0

      0
  12. samsul says:

    klo insaf alhamdulilah..klo msh jg x sedar sendiri mau ingat la…Allah bleh tarik balik segala nikmat yg dia telah beri pada kita…

    0

    0
  13. mrs. R says:

    Saya terpanggil untuk komen,

    sebaiknya, sudah2 lah kita judge orang lain. Doakan saja, bawa mereka sekeluarga dalam doa. Bukan dengan mencaci terus, bukan dengan kata inilah petunjuk… ingatlah ukuran penghakiman yang kita berikan kepada orang lain, ukuran yang sama akan dipakai kepada kita.

    To Beautiful Nara, I suggest it’s better u turn off terus ruangan komen. Sb ruangan ini juga menunjukkan permulaan kepada ramai lagi akan menghakimi. Thank you.

    0

    0
    • ddd says:

      kalau nara turn off komen ni.. org akan dtg klik sekali sahaja untuk baca… so kalau ade ruangan komen ni bila si A komen, akan ade si B n si C.EF.G bla..bla.. akan respon and bg komen jugak… so si A ni akan KLIK page ni berkali2 untuk tengok respon kt komen die,,so kalau rase ade nak tambah, dia akan tambah and repeat lagi drp step pertama… camtu jugak ngan si C,C,D,E,F bla..bla… satu klik tu berhaga utk blogger yg cari mkn mcm ni… kadang2 org yg klik berkali2 ni bkn nk respon sgt dengan artikel or entry tu…. tapi lebih kepada nak berbalas komen dengan komentar2 lain…silap2 boleh perang alam maya.. n sometimes ade org yg nampak n rase benda2 mcm tu mnyeronokkan… nampak x kepentingan ruangan komen… lagi satu kalau ko blogger ko akan pahan unique view..yg tu mahal sket drp ads per click… kalau benda2 tu boleh bg keuntungan kt die kenapa die nk tutup.?

      0

      0
  14. paukaya says:

    klau tk sedor lg tk tahu la…

    0

    0
  15. Konpius Jap says:

    Amy ni komen2 camtu..dia g melawat x anak dia lepas accident? sama ada masih sakit/trauma? Kalo ader bagusla..kalo xder, komen tu bolehla dianggap sama cam komen peminat2 seni, bukan komen bapak untuk anaknyer..huhu

    0

    0
    • mashi says:

      die yang msg ex nabila kat instagram bagitau keisha eksiden. skang keisha tgh lepak kat umah die la (atok phewit)

      0

      0
  16. Anonymous says:

    Siapa kita nk tentukn…ckp menunjukkan betapa jahilnya… Jgn ingat hidup mewah xde dugaan tu Allah redha dgn kita…. Allah je yg tahu sbb musabab kejadian..jgn nk hukum org lebih2….igt hidup kaya raya xde sakit pening tu bukan ujian? Patutlah asyik sgt buat konsert sn sini dgn suar ketat bagai…. Igt gtu Allah redha? Apa nk jd dgn manusia skrg ni..weh org kafir pon kaya raya ada yg xsakit xeksident ko nk ckp Allah redha dgn dorg? Dangkal sungguh

    0

    0
  17. Kupu-kupu siang says:

    Semua nak salahkan Nabila. Bapa dengan ex-husband Nabila pernah tak offer nak jaga anak Nabila bila dia outstation? Zaman sekarang ni kalau tinggalkan anak kat babysitter pun tak semestinya selamat, tak patah tangan. Kalau babysitter dok melambung anak tu patah jugak hahaha Mungkin semua orang kena kaji diri sendiri balik. Sekian.

    0

    0
    • indah says:

      Adakah anda tdk tahu yg abil n eddie bergilir2 jg kiesha???

      0

      0
    • Anonymous says:

      Betul ah kupu kau. Atok lagi sibok dengan anak sebdiri.

      Atok lagi nak kelon kelon ( cakap jawa pelok2) dengan bini
      hooi. Nak tengok cucu buat apa,

      Kesian Nabila. Suami bongok pun tau nak marah.
      Mana cari nafkah sendiri…nak jaga anak. Samla
      Mcm cerita RR semua salhkan dia. Suami yang tak betul.
      Emak Nabila mana?..,.,tak kesian ke dengan anak cucu u?

      Nenek tiri tolongla tengok2.

      0

      0
  18. Dia says:

    Dah ketentuan ilahi, benda tu nak jd. tak kira lee time kerja @ time bercuti, dah tersurat tempat tu & time tu benda tu jd. cuma kita patut bersyukur semua selamat & setiap yg terjadi tuu ujian dr ALLAH tuk hambanyaa, itu bermakna ALLAH tu masih sayang hambanya. tak perlu nak salahkan siapa2 atas yg berlaku.

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Suke Nabila berlakon drama2 kt TV…menjadi je watak apa yg dia lakon kan…Tapi untuk menyokong social life die tu, TIDAK. Harap Nabila berubah selepas apa yg dialami sekarang. Amin

    ***Rezeki yang Allah swt bagi kepada setiap hamba nya juga satu ujian. Untuk kita sentiasa mengingatiNYA bukan melupaiNYA***

    0

    0
  20. aku says:

    semua org nak salahkan nabila… ada fikir ke mungkin dia terpaksa bawak anak dia sebab takde org jaga.. Mungkin perangai Nabila tak disangkal kan mmg bebas tapi rasanya bab anak ni dia jaga dengan baik. Benda dah nak jadi masa dibawah penjagaan dia.. mcm2 org kata.. cuba kalau masa penjagaan ex dia or bapak dia sekali.. org akan kata takdir, gitu? kita tak kenal ex dia.. mana kita tau ex dia tak pernah bawak anak pg keje.. mentang2 nabila dikenali ramai.. so ramai la pulak nak menghukum. Seliar2 seorg perempuan tu.. tetap ada naluri keibuan pada anaknya.. sebaik2 bapak, banyak kes bapak2 baham anak sendiri!!

    0

    0
  21. miss s says:

    Kesian ank dia,sebelum ni sape jge ank dia??

    0

    0
  22. zebra crossing says:

    saya bukanlah memihak pada nabila huda ni, saya pun kurang senang tgk pakaian dan perangai dia yg menjolok mata & kelihatan agak liar..saya juga bersetuju dgn pandangan uncle amy search bahawa mungkin ini sedikit peringatan dariNya utk nabila. namun demikian, saya tertanya2, apa masalahnya kalau bawa anak ke tempat kerja? kalau keadaan memaksa, rasaya tak salah. kita pun tak tahu samada nabila ada masalah utk mendapatkan org menjaga anak..ada byk kemungkinan lain..dan rasanya ramai jugak artist lain yg bawak anak ke tempat kerja terutamanya anak kecil sebab perlu menyusu badan dan sebagainya. apa jua reason, jgn lah pertikaikan., sbb nabila juga ada hak sebagai mak budak tu utk bawak dia ke mana pun, selagi tak melanggar apa2 undang2/hukum hakam. Saya sendiri ada firma saya sendiri, anak2 selalu di tempat kerja. masa awal2 bukak biz dulu, hidup pun tak stabil mana, anak2 masih kecil..ada masa2 yg pengasuh bercuti, sakit, etc..jadi mereka selalu ikut saya ke pejabat apabila perlu, sometimes ke mahkamah, ke pejabat tanah, ke pejabat pesaka, dan macam2 tempat lagi..saya pula tak ada pembantu rumah yg tinggal sama kerana suami tak mahu ada org luar dalam rumah..pembantu yg datang sekadar mengemas, mencuci dan iron baju lalu pulang ke rumahnya. kakak saya seorang doktor pakar apabila perlu dia terpaksa bawa anak dan ditinggalkan di biliknya sewaktu dia membuat round di ward. nasib baik juga dia pakar, jadi masa tak byk terluang di hosp seperti doktor biasa/medical officer. jadi, saya seriously tak faham kenapa bawa anak ke tempat kerja dipertikaikan..byk lagi org2 lain yg bawa anak ke pejabat..staff saya sendiri bawa anak ke pejabat bila perlu..saya tak marah pun..sebab saya faham dia terdesak bawa anak ke opis.

    0

    0
    • rainbow says:

      rasanya kalau nabilah berkerja di pejabat @ tempat yg tetap, bawa anak ke tempat kerja tu tak jadi masalah sgt..tp pelakon ni, kerja tak ikut waktu, tempat pn tak tetap..bila badan letih, nk travel jauh, risiko mmg lg tinggi(logik akal manusia)..mgkin itu yg dirisaukan ayah serta bekas suami dia..

      0

      0
      • anonymous says:

        kalau bawak ke pejabat @ tempat yg tetap pun, kalau nak jadi musibah, jadi juga. aku rasa benda ni tak jadi hal pun. cuma mungkin ex husband si NH dan amy sedikit emo akibat accident ni. tu sebab keluar mcm2 statement emo tu. kita semua manusia, ada jalan hidup memasing. ada yg mudah, ada yg sukar. NH ni janda, mmg susah nak mengerti cemana rasa jd janda. aku pun belum kawen, tapi aku tgk mcm mana arwah mak aku dulu sorang2 besarkan kitorang semua lepas kematian arwah abah. mmg susah sebenarnya berstatus janda. terlalu banyak rintangan dalam hidup. kalau aku nak sebut dari pagi bawak ke esok pun tak habis rasanya. dan rintangan ini dtg dari pelbagai sudut. mungkin bab penjagaan anak ni jadi masalah buat dia selama ni, manalah kita tahu. amy pun tak sepatutnya pertikaikan pasal NH bawak cucu dia ke tempat kerja. kalau amy ni mengambil berat soal NH, dia mesti tahu kenapa NH bawak anak ke tempat kerja. bukan terus jerkah mcm ni je. apapun, now benda dah jadi. pada aku simple je, yg penting diorang masih bernyawa dan kecederaan ringan aje. so, bersangka baik je dah la.

        0

        0
      • pointless says:

        kalau nak jadi musibah di opis, jadi jugak…kita manusia aje yg over pertikai itu ini..sedangkan qada’ dan qadar Allah itu hanya Allah yg tahu..langkah berjaga tu bagus, tapi kena pasrah dengan apa jua yg berlaku di luar kemampuan kita berfikir/bertindak.

        0

        0
  23. didi says:

    Take it easy wahai pembaca sekalian. Daripada korang dok kutuk dia baik korang doakan dia orang cepat pulih. Ni tak, terus kritik kata pengajaran dari tuhan la sekaligus kritik pasal parenting dia pulak. Antara dia dan tuhan, itu hal dia.Kalau nak kutuk dia dari segi cara dia dressing, social life dia liar semua tu, tegur cara elok, jangan sampai jadi judgemental pulak. Dah la accident, korang kutuk-kutuk pulak. Aku tgk kat Bukit Bintang area tu kalau tak kira siang ker malam, ramai lagi manusia yg bukan artis seksi menjolok mata, minum kat kelab, liar dan sebagai nya. Tak kan tutup sebelah mata jer? Bukan nak sokong dia atau apa, sekadar renungan jer. Bosan dok dengar, sikit2 kalau ada musibah tu, libatkan ngan tuhan nak tunjuk ajar la, jahat mulut korang. As i’ve said, baik doa kan dia pulih cepat dan bertaubat jer yek!

    0

    0
  24. IKIISSIX says:

    ape lah , ade ke bawak pergi tempat kerja jadi isu ? klau nak benda nak jadi , duduk dalam rumah sendiri pun boleh cedera kot

    0

    0
  25. female says:

    Allah turunkan ujian mcm tu..sebab Allah masih sayangkan kita.sebab DIA rindu nak tengok hambanya kembali kepadaNYA..nasihat tuju kepada semua bukan kepda nabila saja,TERMASUK AKU YG serba HINA ini.:)

    0

    0
  26. i'm perfect. says:

    Allah turunkan ujian mcm tu,sebab ALLAH masih sayangkan kita.sebab DIA rindu nak tengok hamba NYA kepada DIA.Nasihat bukan utk nabila sahaja,tapi untuk kita semua,TERMASUK AKU yg serba HINA ini.:)

    0

    0
  27. i love u stupid says:

    sama-sama la kita berubah…
    p/s: wei korang semua tak tengok cite cinta jannah ke??

    0

    0
  28. Taknakutuk says:

    Sesiapa pun boleh mengalami kemalangan dan musibah. Tak baik terus menuduh seseorang tu menerima bala atau petunjuk dari Allah SWT. Siapa anda semua utk menentukan nya? Baik buruk nya seseorang tu tak boleh di nilai dari segi pemakaian dan luaran. siapa tahu dia lebih baik dari kita di sisi Allah SWT. Mungkin kita berpakaian sopan..tapi mukut celupar dan suka membuka aib org lain. Mungkin kita rasa kita baik tapi apakah kita seorang yg bertanggunjawab terhadap anak2? Jangan terlalu mudah menilai seseorang, lihat dulu diri kita sendiri..apakah kita cukup sempurna utk menghina makhluk Allah SWT yg lain? Renungkan.

    0

    0
  29. siti says:

    talented but useless ( berbakat dalam lakonan tetapi tak berguna dalam kehidupan beragama dan berkeluarga)..suka sangat tunjuk tauladan yang buruk pada anak sendiri..kononnye boleh hidup selama2nye dan TAKKAN DAPAT EXCIDENT langsung..hurmmm..memang btol la ape kate ayah ko tu yang tu baru ujian yang kecil dari ALLAH s.w.t..dosa yang ko buat anak ko yang kene tanggung..patut nye ko yang cedera teruk bukan anak ko..tapi yelah..dah name pun retis kan..??kalo dah muka tu mmg tahap longkang terpakse lah menyeksi tahap gaban..kalo tak nanti orang tak kenal plak kn..Insaflah wahai Nabila Huda.. (dan juga utk diri sendiri)..sekian..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tak aik kau Siti. Mungkin tak ada orang offer nak jaga.

      Lagi pun naik keretA berduaan rak baikan.. Inikan periok nasi dia.

      JangN salahkan dia. Mungkin selepas ini nabila boleh jadi yang lebih
      dari kau Ah Siti ngengok!. tengok sekarang ada muka dia ka TV1.
      Kau adaaaaa? Bodok nya perempuan. Alllah nak beri dia hidayah mana
      kau rahu.

      Yang kau tu….dah baik sangat?. Mampos tak hak mampos kena langgar lori
      ah Siti

      0

      0
  30. Anonymous says:

    Astaghfirullah..ramai yg berlagak mcm tuhan kt sini…korg apa tahu sulitnya bercerai n terpaksa kongsi anak? Gilir2 dgn suami..rindu dendam yg ditanggung..biar lah dia bawa ank dia jika itulah msnya utk spend the quality time together..
    Sori to say xpnh tgk amy update gambar dgn keisha..jrg2 skali… Sokmo dlm ig gmbr dia konsert or dgn family dia sj…de gambar keisha pon? Dgn abil pon jrg2

    0

    0
    • Anonymous says:

      Amy tiba masa anda spend time dengan Nabila dan Keisha,

      You kira dah abaikan jaseh sayang you terhadap Nabila.

      Nabila mcm tu mungkin pengalaman hidup yang dia laluiii

      Hewwwwit

      0

      0
      • rosalinda manis2 gula says:

        betul2..rosa sokong.. kadang2 tak boleh nak letak salah tu atas nabila, dia jadi macam tu mungkin disebabkan masa lampau dia… contoh terdekat jiran rosa ni. jiran rosa sampai kena tangkap basah, kawin 3 kali. Adiknya pulak dah hamilkan sorang budak pompuan. Bapaknya kaki joget, siap pakai pewarna rambut lagi. sekarang bapaknya dah tua, baru la sibuk nak ambik berat pasal anak. Erm…

        0

        0
  31. Seorang IBU says:

    Saya rase x salah bawa nak ke tempat keje… saya sendiri pon selalu & kerap bawa nak ke tempat keje.. Kemalangan boleh blaku dimana2 saje.. Ajal & maut Allah yang tentukan siapa kite utk mpersalahkan seseorg.. Mungkin ade hikmah disebalik ape yg berlaku.. kadang2 berlaku sesuatu pada org yg kite sayangi lagi besar impaknye dari terjadi pada diri sendiri… Doakan je la moga semua dlm keadaan yg baik2 saje..

    0

    0
  32. ss says:

    aku taktau nak ckp apa. anak dia comel. bapak pulak mcm gangster. mak pulak mcm hapa. atok, entah

    0

    0
    • Mimi says:

      Betul. For some reason, I pity Keisha. Harap dia membesar jadi anak yang solehah dan dapat berbakti kepada kedua ibubapanya.

      0

      0
  33. kenapa nak musti demikian?

    0

    0
  34. no komen pasal kehidupan kelaurga artis ni

    0

    0
  35. betul tu. tu semua petunjuk dr allah

    0

    0
  36. Nabila Kuda says:

    Sumpah..lepas ni Nabila tak bawa keta lagi….Nabila bawa kuda saje…
    Ikhlas dari,
    NABILA KUDA

    0

    0
  37. cik kiah propa says:

    alahai aku tak mau komen apa2 pasal dia dgn Allah ke apa tu semua. cuma satu je la, harap2 si syazwan ni ada dlm insurans nama 3rd party yg bawak kereta tu. if not, tak bleh la nabila ni claim insurans

    0

    0
  38. kiah propa says:

    maap cakapla..tapi masa tau dorg ni accident aku risau jadi macam kes zaiton sameon je..tapi mcm mana pun korg pahamla perasaan nabila skrg. aku rasa dia kena tanggung semua kutukan korg ni sorang2 je kot. ce g baca twitter dia. ex husband mengutuk, bapak sendiri pun x support. maybe dgn social life dia tu dia blh lepas geram.

    0

    0
  39. salmiah says:

    tak boleh jugak salahkan nabila..mungkin da reason dia bawak anak p keja…cam saya pun kalo boleh nak bawak anak g tempat keja..p apa boleh buat…tak boleh bawak anak..tinggal ngan babysitter macam2 hal …dah jadi tau ngan anak2 saya..sekarang tak dok ngan babysitter dah..nenek sendiri jaga…Ya Allah, lindungilah kami semua, anak2 kami walau di mana mereka berada…amin

    0

    0
  40. nok gebuzzz says:

    kite hanya sekadar manusia yg lemah diatas muka bumi Allah ni….x berhak nak judge org lain,sekadar memberi nasihat.Hanya Allah sahaja yg boleh menghukum umat2nyer……

    0

    0
  41. ..................... says:

    haiiii…sush le nk ckp..retis katakan…tpi jgn smpi trjdi seperti ap y berlaku ke atas zaiton sameon dh le..ini hnya kecil sahaja n mgkn allah nk bagi peringatan kt nabila…bukan hnya nabila seorg sahaja..pd retis y lain tu y trlalu sosial n seksi..beringat la…

    0

    0
  42. Anonymous says:

    kalau dh ayah sndri pn ckp mcm tu…memg sah la si nabila ni degil orangnya…harap2 pas ni nabila leh berubah ke arah kebaikan.

    0

    0
  43. Anonymous says:

    korang ckp tp tau ke kehidupan dorang satu family mcm mana…..Nabila amy n norish dorang ni sgt rapat ok.kadang tu amy n norish akan jaga Keisha ni klu Nabila keluar bekerja selain eddie yg jaga.jgn judge klu tak tau.nabila n norish jgk rapat n panggil norish mummy…apa la korang ni ckp x tau fakta tp memfitnah n menuduh…mungkin amy dulu tak bertanggungjwb tp skrg dia bkn mcm dulu dia sgt syg family n ambik berat hal anak2 dia….termasuk anak dgn bekas isteri yg pramugari Singapore airlines tu….Nabila pun rapat dgn semua adik beradik dia…so hentikan la memfitnah

    0

    0
  44. SEORG IBU says:

    tak habis lagi rupanya.. kesian nabila huda,kesian keisha… Amy search ni pun,kalau nk nasihat ank,ajar ank biar dr masa dia kecik,ni dh jd mak org.. Nabila tu jd cmtu sbb ape? knape dia perlu sosial life? sbb mak bpk bercerai,bpk sibuk kawin lain.. dia kawen pun dpt laki mcm haprak.. bila jd mcm ni,semua nk hentam abil.. mana tau,niat dia bwk g kuantan tu,pakej nk jalan2 dgn keisha sekali.. tp benda dh nk jadi,dh tertulis dlm perjlnan hidup dia yg aritu dia akan excident..kalau dia bole mintak tukar,dia dh tukar ke hari lain or biar dia je yg parah.. tp KUASA ALLAH siapa dpt mengubah… Petunjuk dr Allah tu kdg bkn utk dia sorang,tp semua..sekeliling dia.. jgn bila jd mcm ni,bajet utk Nabila je.. Semua org kena muhasabah diri..jgn ckp mcm org xde dosa.. sepatutnya bersyukur yg semua selamat… sama2 baiki diri,hargai keluarga & dekatkan diri dgn allah.. bkn menunding kesana sini,petunjuk la,kesedaran la,Ambik ikthbar dr kejadian ini..itu lebih baik…
    Sekian..

    0

    0
    • nurin says:

      mmg nabila ni nmpk cm sosial.. tp rsenyer jauh disudut hati, die ni blh diharap dan seorg ibu yg penyayang..
      nasib lar die x lame ngn bekas suami die tu..
      mulut suami die tu Ya Allah..
      mmg sakit ati..

      0

      0
  45. Anonymous says:

    dorang jaga anak kan gilir2..time nabila jaga anak time tula dia busy,kalau tinggal anak kang tak dpt nk spend masa dgn anak comel dia tu..kesianlah cmtu..sbb tu dia bwk keisha skali.mak mst rindu kt anak beb..mmg tak bernas lgsg sape yg slh kan nabila ni bwk anak time bekerja..

    0

    0
  46. mak jemah says:

    ohh lelaki….ohh lelaki….tak guuuuuuuuuuuuunaaaaa…

    0

    0
  47. Panda cute says:

    Aku ni, wlaupun xbrapa rapat dgn ayah, tp, bler masa nak kawen kne suh baca taklik, air mata aku brjurai2.. trasa besarnya pngorbanan ayah, trasa bsrnya dosa aku kt ayah.. so, abil ingt skit papa ko 2.. ayah/papa/daddy hnya sorg jer.. xde pengganti..

    0

    0
  48. saya lalala.. says:

    Allah turunkan dugaan dengan macam2 cara.. mgkn kemalangan kecil ni bole menyedarkan setiap insan beribu rahsia di sebaliknya… yg jauh bole di dekatkn, yg lupe bole di ingatkn, yg jahat bole di baikkan.. dll…

    0

    0
  49. dr shu says:

    jng sesekali kita menjadi hakim utk meletakkan siapa yg salah..nabila manusia biasa yang tdk lari dari membuat kesilapan..kenapa kita mahu menunding jari ke arahnya apabila dia menhadapi musibah..sepatutnya kita perlu tahu kenapa dia jd begitu…nabila seorg yang baik tetapi acuan hidupnya menjadikanya begini..allah berikan kasih sayangnya pada kita apabila kita diberi masalah..insallah sampai masanya nabila pasti akan berubah..

    0

    0
  50. Anonymous says:

    Who r u guys to say such things? THINGS happened for a reason. Reflect urself in the mirror n ask urself… r u really that perfect ?

    0

    0
  51. […] Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila – Amy Search (92) […]

    0

    0
  52. […] Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila – Amy Search (93) […]

    0

    0