Written by Bella | November 2nd, 2015

Pelakon terkenal dengan wajah persis pelakon Hindustan, Raja Ilya tidak dapat menahan rasa teruja beliau apabila bakal bergandingan dengan bintang ternama Bollywood iaitu Kajol dalam filem KL ke Bollywood yang bakal memulakan penggambaran beliau pada bulan Disember ini.

Jelas Raja Ilya beliau akan menjalani penggambran filem tersebut selama dua minggu di Mumbai, India selepas tertangguh beberapa bulan.

Filem ini sepatutnya menjalani penggambaran Mac lalu namun atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan selain tidak mendapat pengesahan daripada produksi di India ia terpaksa ditangguhkan.

Alhamdulillah produksi telah mengesahkan penggambaran akan dijalankan pada Disember depan dan saya teruja kerana bintang Bollywood Kajol turut terlibat dalam filem ini.

Impian menjadi kenyataan apabila dapat berlakon bersama-sama bintang yang diminati olehnya, Raja Ilya juga akui peluang seperti ini dapat mengembangkan lagi karier beliau.

Peluang yang datang seperti mimpi dan ini adalah peluang saya untuk membuktikan diri dan mengembangkan kerjaya di peringkat lebih tinggi. Ini adalah impian saya dan harus saya rebut kerana ia tidak mungkin datang lagi selepas ini.

Filem arahan T. Anand itu turut menampilkan Shaheizy Sam yang berkisarkan tentang hasrat seorang pemuda yang ingin mengejar impiannya sebagai bintang terkenal di India. Raja Ilya terpaksa bertutur dalam bahasa Hindi ketika menggalas watak antagonis yang bertanggungjawab mempertemukan Kajol dan Shaheizy Sam dalam filem tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

18 responses to Impian Jadi Kenyataan : Raja Ilya Tidak Sabar Bakal Berlakon Dengan Kajol

  1. Anonymous says:

    bukan kajol dah kojol?

    0

    0
  2. Pekerja Gomen says:

    Ada iras2 plak depa 2 ni.

    0

    0
  3. mawar says:

    harap2 ada lah dialog ngan kajol….jgn sekadar pak pacak sudeeehh

    0

    0
  4. Newyork says:

    Bagus. Honestly drpada ambik pelakon2 baru yg tak bleh blakon, baik la bagi chance kat pelakon2 mcm raja ilya ni. Tak silap dia mmg bleh ckp hindi skit. Tak sure tamil ke urdu ke apa.
    Even ramona zamzam pun bleh ckp cina dgn fluent, tv station should focus more pada pelakon2 cam dorang ni. Talented in a different way n ada bonus pada language..
    Good luck raja ilya

    0

    0
    • Cilipadi says:

      Yes betul tu. Raja Ilya dapat ke Bollywood. Fazura hari tu katanya dpt offer audition filem Hollywood. Errr…diva filem David Teoh si nora danish dpt offer negara mana plak eh?

      0

      0
    • Lara says:

      Ha hari tu tengok “awak kat mana” tu, suka tengok RAja Ilya ni, dia cool. and yes dia cakap tamil dengan one uncle tu. Respect la orang yang fasih banyak bahasa ni. Dah la lawa dia ni.

      0

      0
  5. mar says:

    Raja Ilya lagi cantik dari Kajol

    0

    0
  6. Anonymous says:

    muka raja ilya ni mcam hindustan lah pulek……….

    0

    0
  7. krios says:

    Raja Ilya mmg dah power ckp tamil-hindi. xde masalah sgt lah kot haha

    0

    0
  8. aku says:

    kenape lah dia buat kening camtu? buruk kot!
    Allah dah buat elok2, nak jugak lukis sendiri -_-

    0

    0
  9. PA KU DULI says:

    mana ada cantek raja ilya ni…mcm muka kampung je aku tgok.. cube korang tgok btol2..dh lah kening mcm apa…ishhh….kajol jaoh lebih cantek hokay…bru nampak hindustani…raja ilya perasan cantek..hahaha

    0

    0
    • Lawak2 says:

      Kajol is very sweet looking….tak bole la nak compare ngan raja ilya ni…dia ni …Kalau berlakon jadi Jahat bole la…entah entah dalam filem ni pun…jahat jugak kot???muka dia pun nampak tua Dari kajol…dapat role kecik dah riuh sekampung!pernah gak terserempak dengan dia….make up…aduhai…tebalsssss

      0

      0
  10. nyampah says:

    jgn poyo sgt boleh x.. stakat berlakon adegan kt kaunter baik xpayah…

    0

    0
  11. Lea says:

    hmm balik balik Si Shaheizy Sam tu jd hero. Asal filem je muka dia, asal filem je muka dia. Apa dah takde hero lain yg lg berbakat dari dia ke?

    0

    0