Written by AbangNara | July 25th, 2011

Siti Saleha. Kalau disebut nama ini, mungkin ramai yang masih tidak mengenali tuan empunya badan. Namun jika disebutkan Nora Elena, pastinya ramai yang akan berkata “ooooooo, awek tue”. Begitu besar sekali impak drama Nora Elena kepada Siti Saleha sehingga mengangkat namanya daripada kurang popular kepada popular tak hengat. Tak gitu?

nora elena

Sayangnya bila sudah terlalu popular, ada juga pihak yang mungkin dengki atau ingin menjatuhkan Siti Saleha. Masih ingatkan anda dengan entri yang pernah Abang Nara keluarkan dulu? Ala, entri “Gambar Siti Saleha Bersosial Dengan Rakan-Rakannya” yang kononnya gambar berparti. Ini ada sedikit penjelasan daripada tuan empunya badan.

Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3. Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan

Abang Nara respek dengan tahap keprofessional dan kesedaran tinggi Siti Saleha. Sememangnya apabila menjadi artis popular, inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis. Namun sikap tenang yang ditunjukkan oleh Siti Saleha dalam menangani kontroversi ini sememangnya layak diberikan pujian. Anda memang sempoi ~~

nora elena

Untuk peminat Siti Saleha ataupun Nora Elena, dibawah ada sedikit info mengenai diri si cantik manis ini:-

Nama: Siti Saleha Mohd Baharum
Usia: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
Tempat Lahir: Basildon, England
Drama: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kecuali Cintamu, Di Bawah Ketiak Isteri, Kapten Boleh, Farah, Zaleha, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Raya Mona, Kau Laksana Bulan, Awan Dania, Habil & Qabil, Ustaz Amirul & Nora Elena
Iklan: Maxis, Astro, KFC, Celcom, Hotlink, Necafe, Gardinier, Pantene, Honey Soft dan Wrigley’s Double Mint.

nora elena

Kalau anda rasa nak berinteraksi dengan Siti Saleha, silalah follow Twitter Siti Saleha atau LIKE Facebook Siti Saleha. Lagi beberapa keping gambar Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Impak Nora Elena Kepada Siti Saleha

  1. gambar bawah tu sape yg ambik?

    0

    0
  2. yang says:

    aku paling tak layan cita melayu leh layan ngan penuh perasaan plak cita nora elena ni sebab ada siti saleha…wiwit!!

    0

    0
  3. langkah mayatnya dulu!!! says:

    NORA ELENA!!!!! aku ska gila tahap gaban dgn drama 2, sygnya terlalu singkat episodnya. krn drama 2 la aku kenal siti saleha ni, bru aku tau dia jd model utk iklan enchanter ;-) & bbrapa iklan lg. harap2 pas ni jaga2 la tingkah laku, jgn terlalu percaya pd org lain. yg penting, sosial perlu jaga, jgn jd soSIAL k ;-) lg 1, don’t over sexy…we are Malaysian & the most important thing we are Moslem. i’m proud 2 be Moslem & Malaysian (wahhhh….tba2 dtg semangat juang yg tinggi) hehehehe

    0

    0
    • GambarKucing says:

      Aku ingatkan aku seorang je yang kenal siti ni melalui drama NORA ELENA beganding ngan Aaron Aziz… Ko pun sama… samalah kita ya… ganding Siti ngan Aaron memang mantap beb!!

      0

      0
      • langkah mayatnya dulu!!! says:

        ko rasa drama 2 best sbb siti saleha ka or aaron??? aku rsakn sbb jln crita drama 2 yg best ;-) bkn sbb siti saleha, & ada sikit la sbb aaron ;-) SITI SALEHA…..what a classic name, but……hehehehehe

        0

        0
  4. papa says:

    sweet jer saleha ni, macam awek papa masa kat u dulu.. tapi jodoh tak panjang..sempat honeymoon masa pre wedding jer…uhukksss

    0

    0
  5. what the? says:

    sukakan nak posing gaya menjual diri?

    ps: innocent, but not that innocent!

    0

    0
  6. dayang says:

    siti saleha natural beauty n sweet.kalah FASHA SANDHA!!!!!haahahahah

    0

    0
    • langkah mayatnya dulu!!! says:

      aku rsa fasha sandha lg lawa kot….trutama part mulut ;-)

      0

      0
    • Manjalara says:

      Ak lg suke tgk dia senyum dr gelak..sebab gigi dia tu nampak besar sngt. kalau makan sambal ni mesti clear gile lada2 yg tertinggal kt gigi2 yg besar tu.. dan ak lagi suke tgk dia pakai tudung mcm citer ustaz amirul

      0

      0
  7. Khalis says:

    ini perli ke ape nie?wahaha.. bukan apa.. cam tak kena je cerita dengan gambar.. cerita pasal baik baik..tapi gambar baikkkk punye…

    Cara atasi masalah tidak boleh masuk Facebook setelah terkena virus How are You

    Berita Menarik : Sanggup berbogel demi Perdana Menteri

    0

    0
  8. icha says:

    sejak dia kluar iklan dulu, paling suka tgk dia senyum… sweeeettt sgt~~

    0

    0
  9. aiying says:

    dia ni adik sam bunkface kan?

    0

    0
    • langkah mayatnya dulu!!! says:

      yes….dia ngn sam bunkface adk bradik…..mka pn sama trutama part mulut ;-)

      0

      0
  10. nana nini says:

    nape dlm paper smlm dia pose cm xkene jer…bukan magazine fhm pn nk pose cm tu

    0

    0
  11. nadia says:

    sgt2 suka2 dgn2 siti saleha ni!!!! cayok2 ye nora elena..(aku ttp nk pgl nora elena wlupun nme nye siti saleha..hahahah) i like!! wish u gud luck ok =)

    0

    0
  12. zuan says:

    she’s humble :)

    0

    0
  13. Bawang Bakong says:

    lorh muda lg rupanya! hmmppp..drama nora elena aku mmg follow dr first episode lg tp x best ya nape nora tuh suka pki skirt jek?aku lg suka watak dia dlm ustaz amirul.

    0

    0
  14. Apis says:

    Sbb tu bila nak ubah status org biasa kpd orang ‘ada-ada’ ni kena tau background diri sendiri.. Celebrities sama je mcm Politicians.. Smlm background kita mcm ni, sok lusa kita da jd Celebrities or Politicians, org akan korek blk kisah-kisah lama kita.. :)

    0

    0
  15. aaaa says:

    tapi sebelum jadik artis sepatutnya pon tak payah nak seksi2….

    0

    0
  16. Dol fairy says:

    alaa..biasalah artis. mana nk ngaku buruk. baik pakai mcm waheeda. InsyaAllah selamat !

    0

    0
  17. bujang says:

    baik aku tengok pemandangan pokok…..lagi tenteram…..

    0

    0
  18. maharajalawak says:

    ala,da jd rtis pn ad je gmbr seksi..alsan je..

    0

    0
  19. jebon says:

    siti saleha ni cam nak ikot step neelofuck je? dulu ok tapi sejak2 gmba die tesebar asal makin seksi plak phtoshoot skang ni?? pastu pose sume bukan main nak ghairah2 cam si neelopak tu dah. frust nye!

    0

    0