Written by AbangNara | September 5th, 2013

Patutlah Abang Nara tengok Ifa Raziah ini seperti tidak dimamah usia. Muka maintain macam anak dara umur 20-an. Ada rahsia di sebaliknya. Rupa-rupanya Ifa Raziah mengambil suntikan plasenta biri-biri dan melakukan rawatan ozon untuk kekal tampil jelita seperti sekarang.
ifa raziah

Secara jujur, ini pertama kali Abang Nara mendengar mengenai suntikan plasenta biri-biri. Tak pernah tahu pula biri-biri ada kegunaan seperti ini. Ingatkan untuk dimakan sahaja. Kira baguslah Ifa ini sebab mengamalkan suntikan semulajadi dan bukan botox seperti yang biasa dilakukan selebriti lain. Kata Ifa Raziah kepada SinarHarian:-

Ya, tetapi bukan suntikan seperti botox dan saya tidak pernah mengambil botox. Sebaliknya saya mengambil suntikan plasenta biri-biri untuk kecantikan kulit setiap tiga bulan sekali dan turut melakukan rawatan ozon bagi membersihkan darah kotor.

Boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali saya akan membuat rawatan Ozon bagi membersihkan darah kotor dalam badan. Badan kita ini juga diibaratkan seperti kereta yang perlu di selenggara, apabila kita makan bermacam-macam, jadi banyak toksik dalam badan. Justeru saya buat rawatan ini lima atau enam kali setahun bagi memastikan badan kita mempunyai darah baru yang sihat.

Saya akan menghabiskan kira-kira RM2,000 sebulan untuk kecantikan, manakala kos untuk suntikan sheep placenta pula adalah RM2,000 dan untuk rawatan ozon kira-kira RM1,500.

ifa raziahMemang banyak kos yang perlu dibelanja untuk kelihatan segar dan cantik sentiasa. Kalau berbaloi, apa salahnya kan? Namun begitu Abang Nara berharap agak stok kambing biri-biri tidak akan kehabisan selepas rahsia kecantikan Ifa Raziah terbongkar. Mana tahu semua wanita Malaysia berebut-rebut nak cucuk plasenta biri-biri pulak lepas ini. Tak gitu?

P.S: Honda Accord 2013 serba baru dilancarkan pada harga RM139,800

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

94 responses to Ifa Raziah Akui Ambil Suntikan Plasenta Biri-Biri Dan Rawatan Ozon

  1. akulah says:

    hmmmm.

    apa hukum guna uri utk tujuan kecantikan?
    *just asking*

    0

    0
    • AA mulut longkang says:

      Plasenta biri2? Biri2 tu yg sembelih ke, kena sakit jantung ke, accident kena leyek ke, kena tembak ke, bunuh diri ke..tau halal dan suci usulnye??? Pakai cucuk kat muka gitu2 je? Ish300000x..dulu2 dh dosa sbb membentuk2 tubuh tambah sana sini, sekarang main cucuk ntah halal ntah tak pun..sekadar meningatkan je..

      0

      0
    • candylala says:

      ok….aq nampak ifa ni ade efford untuk kekalkan kecantikan BERSEBAB ….sebenarnya korg boleh kutuk dia sbb dah tua2 xsedar diri nak cucuk sane cucuk sini…but the positif nye is….kalo dia ade laki…dia nk tampil sentiasa muda dan cantik tuk laki dia sebab tu slah satu cre nk ikat laki dia biar xmkn luar.,.so korg xleh nmpk efford dia???..korg yg duk kutuk2 dia tu mst bini2 org yg dah anak 3 berlemak sne sini kan…. jgn jelous sgt…positif la ckit kakak2 oi..laki korg tu sebenarnya nk bini dorg cntik2 mcm dlu2 cume dorg je yg x bersuara…korg kene pndai2 laaa…ingt sikit kisah
      #wanita muslimah

      0

      0
      • candylala is so stupidddd... says:

        Bodoh jenis makan tahik kucing punya candylala… habis yang dia mendedahkan aurat? Tunjuk kecantikkan dia pada orang yang bukan muhrim?

        0

        0
        • candylala says:

          aduhai…tu memang la salah sebab menunjukkan aurat kepada bukan muhrim..mksud disni…dia berabis duit nak cntik sebab nak kelihatan muda..pikat selera suami dia.gile laki dia cari lain?potong jari kalau tua2 pon tiptop gini…tp kesalahan dia yg nyata adalah mendedahakn aurat nya….

          0

          0
        • efa bukan ifa says:

          mahram ye, bukan muhrim..
          muhrim tu org yg sedang berihram. mahram tu org yg haram kite nikah.

          0

          0
      • yany says:

        efford = effort ye.

        thanks

        0

        0
      • reramamerah says:

        ramai jgk bini cantik yg menjanda..klu da laki tu jenis x reti bersyukur, cantik macm na pun nak juga yg lain..apa bodoh punya statement..cantik tu x bawa kemana dik oiiii….kdg2 ada laki yg cri bini lain sbb x tahan dgn bini lama yg high maintenance…

        0

        0
      • jgn mara ok says:

        sori la ye.. tp kn,, rase nye bnyk lg care lain yg die boleh gune selain mencocok2.. tp bia je la dy,, xpkai duit kte pun kn..

        #jgn mara k, pandangan sy je

        0

        0
      • Anonymous says:

        It’s effort. Not efford. Thank you

        0

        0
    • FAKKA says:

      Puan Ifa… satu soalan ye…

      “Semua sebut harga plasenta dan rawatan ozon tu dikira selepas atau sebelum kenaikkan harga minyak?”

      Hahahahahh… buang masa!

      0

      0
    • Anonymous says:

      datang bulan pn dah buang darah kotor.. xplu lah nak ozon2 ni.

      0

      0
    • noni says:

      nie la artis..time bnyk duit bazirkan utk benda x berfaedah..bila sakit sibuk jer dk mntak derma…

      0

      0
    • aida says:

      Placenta biri-biri, hukumnya boleh di gunakan jika di bahagian luaran kerana tiada dalil mengatakan haram di pakai di bahagian luaran, bukan dalaman, kalu kita makan atau suntik tak silap sy jatuh hukumnya haram, sebab sy banyak goggle berkenaan hal ni sbb nak beli norefal oil , dan sy jumpa jawapan dari jakim mengatakan di bolehkan pemakaian pd bahagian luaran sahaja… kes ifa ne ermmm….

      0

      0
    • Anonymous says:

      aikkkkkk dlu bkn kata amik suntikan bitamin c je ke cek pah oii

      0

      0
    • shishimut says:

      patut muka pun da mcm kambing biri-biri…hihihi

      0

      0
  2. Beautiful narong says:

    Seksa betul tgk pic yg first tuhhhh…..

    0

    0
  3. mama memeq says:

    Mcm biasa je dy nie…xda lh gojes mana ponnn opppsss…xpyh cucuk2 sgt lh…simpan je duit tu o derma kt org yg lebih memerlukan…

    0

    0
  4. kakashiwf says:

    Memakai plasenta/uri mana2 binatang/manusia adalah haram. harap maklum.

    ini kerana Uri/Placenta didapati semasa biri2 melahirkan anak. Sudah semestinya ia tidak disembelih,.. adalah dihukum sebahagian dari BANGKAI maka haram memakan bangkai tersebut. Begitu juga haram jika mengambil air uri tersebut semasa haiwan itu masih hidup dan di jadikan ubat-ubatan maka ianya juga termasuk dalam kategori BANGKAI DAN HARAM HUKUM NYA.

    *hnya menyebarkan maklumat, tiada niat utk menjadi ustazah

    0

    0
    • me gurl says:

      Kalau minum susu dari perahan susu lembu yang tak disembeli macammana pulak?? haram gak ke??

      0

      0
      • nia says:

        susu kesnya lain. ia memang untuk dimakan.
        zaman nabi2 orang minum susu unta kambing biri2 takde masalah pun.

        uri pulak bukan dari segi alaminya untuk digunakan dalam badan. orang bersalin pun tanam uri.

        0

        0
      • gatal tengkok mu says:

        berat mu nih

        0

        0
  5. Panda cute says:

    Byknya kos.. klu la muka tue slalu dibersihkan dgn wuduk, rasanya x sampai beribu2 hengget..

    0

    0
    • gulahati says:

      Panda cute Poyo… nak tunjuk warak. Tak payah nak jadi Ostazah jadian dalam blog hiburan. Konon akan di pandang mulia dengan teguran begini…

      0

      0
      • nenek lanjut usia says:

        poyo2 si panda tu lg poyo statement ko gulahati. rsa mcm nak pangggg bibir ko kuat2.. komen x penahnya baik2. ada jeeeeee ko nk hentam org.. naik angin nenek tgk ko nii. nsib x knl paras rupa ko.. klo tidak nenek cocok2 plansenta taik kambing biri2 kt bibir ko

        0

        0
  6. Beauty Bra says:

    Habisla biri-biri pak abu blakang rumah aku..

    0

    0
  7. saya ok jer!! says:

    ohhh gitu, nasib la cantik jugak… kalau tak cantik. membazir uols. kikiki.. tapi tak kesahhh laaa duit uols kan.. yang penting gebusss. pukk pukk pukk :p

    0

    0
  8. blueberi says:

    Seram je mukanya.aku tak nampak kat mana cantiknya.huu nak sgt nampak muka,dia kisah apa plasenta ke apa.

    0

    0
    • jas says:

      muka ifa raziah bermekap nampak lah berseri..apa kat nara suruh ifa post gambar without make up..baru betul2 tahu muka berseri atau tdk buat perbandingan..semua pompuan berseri bila make up..

      0

      0
  9. gugu gaga... says:

    cantik ke dia????bukan dulu penah mengaku guna botox ke???xkisah la guna ape pn…kejadian ALLAH juga yg cantik….

    0

    0
  10. miss mong says:

    bila dh obses dgn kecantikan gini la jadinya..guna la safi.selamat dn suci..

    0

    0
  11. nara hai nara says:

    bagus ko cakap nara? FYI placenta tue uri. even uri biri2 tetap HARAM. cuba ko bayangkan uri binatang tue ko sapu kat muke ko. haa cmtue la. ISLAM HARAMKAN PENGGUNAAN URI binatang yer utk kosmetik. tue la lain kali jgn asek baca blog gosip or tgk hiburan je. tgk skali ejen halal tv alhijrah tue setiap khamis mlm jumaat .barulah balance dunia n akhirat.wallahualam

    0

    0
  12. minyak naik 20 sen says:

    takdelah cantik sangat puuunnnnn….. :p

    0

    0
  13. ayam says:

    Cucuklah guna uri babi
    selamat dan sesuci embun pagi..
    Cantik berseri..

    0

    0
  14. ninie says:

    kalau pon nk cantik,tak snggup nk ambik suntikan placenta..
    terbayang2 ibarat ltk bnda tu seketul kt muka…eeeeiiiwwww

    0

    0
  15. aini says:

    yelah. x delah cantik sngt. biasa2 je dan aku confident yg aku nmpk lg cantik dr dia.

    0

    0
  16. Cili Api says:

    Laaaa…..patut laa selama ni aku pasan.Muka saling tak tumpah mcm2 biri2.

    0

    0
  17. Nadirah says:

    Sebarang jenis suntikan untuk tujuan kesihatan adalah HARAM – UAI…
    Haish…uri tu pon dah kotor kata buat suntikan natural…padahal same je mcm BOTOX….kita ISLAM tak boleh ambil
    Saya berkerja daftar ubat haiwan….mende tu mane ade cop HALAL….
    kita yang sesuka makan ubat ….mane halal tp bile sakit @ darurat dibolehkan…sbb tu jangan suke2 nak makan ubat…study dulu…tak tau la orang melayu sekarang

    #prayforegypt!

    0

    0
  18. Nadey says:

    URI TU HARAM LA

    sebarang suntikan untuk kecantikan adalah HARAM – UAI
    Aku keje daftar bahagian ubat haiwan aku rase tak pernah lagi aku tau mende tu ade cop HALAL….halal tu masuk suci…kalau dah placenta atau uri tu memang sah kotor…

    haish orang melayu sekarang buat malu je….
    #prayforegypt

    0

    0
  19. sue says:

    “biri-biri saya dah hilang,habis dimakan serigala,kamu semua lah kenapa tak datang,tinggal saya seorang saja”teringat lagu upin ipin pasal biri-biri ni.tapi sekarang ni bukan sebab kena makan serigala tapi ditangkap orang untuk ambil urinya masa bersalin..kesian betul kat biri-biri tu..huhuhu

    0

    0
  20. Mak Temah says:

    makan lamb chop lagi sedap…

    0

    0
  21. kiki says:

    senang je nak cantikkan wajah.. berwuduklah.. tak payah membazir beribu2…lebih baih sedekah je.. :)

    0

    0
  22. maria yusof says:

    Saya setuju dengan kakashiwf.
    plasenta sebagai suntikan tidak halal..ianya membran yg dihasilkan oleh kambing masa bunting. makanya menjadi bangkai dan najis serta haram disuntik ke tubuh badan. Contoh paling mudah adalah air ludah kita sendiri..ketika air ludah masih dalam mulut kita, ianya tidak menjadi najis..namun selepas kita meludah keluar air ludah itu, maka ia menjadi najis. pada org2 yg ada tabiat pelik suka bermain dengan air ludah sendiri, kejap diludah, kejap dijilat semula (jgn terperanjat mmg ada manusia bertabiat pelik mcm ni, malah ada yg suka bermain dgn kahak sendiri), yg sudah diludah itu adalah NAJIS..tapi kalau org gila takpe lah, melakukan perbuatan diluar kewarasan akal. rawatan ozon yg kononnya membuang darah kotor tu adalah tipu semata2..ifa ni kena kelentong je dek beautician or mana2 kaki kelentong yg paw duit dia bulan2..darah kotor kononnya sebab dipenuhi toxin..apa maksud iffa ni bila dikatakan darah baru yang sihat?? no such thing okay! Tahu kah kita yg makanan mengandungi toxin semula jadi? Tahukah anda udara yg kita hirup sehari2 juga mengandungi toxin? kalau hari ni kita buat rawatan kononnya utk cleanse out all toxin (mmg takkan terjadi sampai bila2 pun) tapi lepas tu kita makan mcm2 makanan hari2 tanpa saringan, maka toxin akan membukit semula..dimana keberkesanan rawatan ozon tu? untuk pengetahuan semua, apa saja product di luar sana yg kononnya boleh membuang toxin dari badan adalah PRODUCT MENIPU..Contohnya seperti detox patch (pad pelekat di kaki), gelang magnetik, rendaman kaki dalam air garam bercaj elektrik, dan tah apa2 lagi SEMUANYA MENIPU ANDA HIDUP2. Begitu juga rawatan ozon ni jelas2 MENIPU IFFA RAZIAH. cara paling mudah nak kawal toxin dalam badan adalah KAWAL GAYA HIDUP ANDA & KAWAL GAYA PEMAKANAN ANDA..cara simple nak wash out toxin dari badan adalah (1) minum air suam byk2..(2) elakkan makanan berminyak..(3) elakkan makanan siap proses..Kita mesti sentiasa ingat bahawa makanan mmg semulajadi mengandungi toxin..yg membezakan kandungan toxin adalah makanan itu sendiri..yg fresh adalah lebih baik..jadi pakai lah product apa pun, makan lah vitamin apa pun, mmg toxin akan sentiasa ada dalam badan kita..cuma cara kita mengawal saja yg penting..jadi tolong jangan contohi rawatan2 yg dibuat iffa ni..jelas merupakan satu rawatan menipu dan bodoh. perbanyakkan ilmu, rajinkan membaca, rajin bertanya supaya kita tak mudah ditipu.

    0

    0
  23. Hai..bertemu lagi dengan Koci dalam entry Abang Nara ni.

    Amboi-amboi, Kak Ifa Raziah, pakai plasenta pulak, patut badan cantik, Koci bukan apa, Koci tak kesah lah manusia nak pakai apa, tapi jangan mempengaruhi orang lain sudah. Bukan apa, Koci takut ada kesan sampingan je, benda-benda cam plasenta ni, entah hape2 bakteria yang kita tak tahu dalam tu kan. Sedangkan doktor pun kadang-kadang buat silap dalam rawatan.

    Tapi itu bergantung kepda Kak Ifa lah kan, ikut dia lah, duit dia. Koci pun setuju kalau dia jawab camtu, jawapan ala-ala tak bertamadun kan, tapi nak buat camne, hihu!

    dah lah, kesian nara, Koci duk comment kat sini. BYe semua.

    0

    0
  24. baby jambu says:

    patut la perangai macam biri-biri.

    0

    0
  25. cik zura says:

    masalahnya cucuk sana-sini cantik tang mana? sama je macam 5 thn yg lepas. musykil nih! bersyukurla dengan apa yg ada.. cekang mana kita menahan,kedut mai jgk.. :)

    0

    0
  26. Anonymous says:

    xdimakan usiaaa???? omegosssshhhh tgk gmbar petama punnn dah tau citt

    0

    0
  27. Cik Nin says:

    Masalahnya, cantik ke????

    0

    0
  28. sofea says:

    biar lah kat dia…dia mampu.dia ada duit.yg kita ni ckap dan kutuk dia buat apa..buang masa je..ckap byk pun x guna lah.

    0

    0
  29. Pelik says:

    aku pelik btl le retis y wat botox ke suntikan vitamin ke..aku tengok x cantik mana pn..sama j…abis wit sampai beribu..tengok pada aida tu..bukan cantik pn..retis y mukanya x pakai botox lagi cantik pd aku..contohnya mcm liza abdullah tu…

    0

    0
  30. Anonymous says:

    ni dia nama gelaran y baru…RETIS BIRI-BIRI….

    0

    0
  31. paukaya says:

    buat cucuk2 sumue pun tk cantik pun aku tngok..

    0

    0
  32. Anonymous says:

    abg nara ni tau ke tak plasenta tu ape?

    0

    0
  33. chels says:

    punya la try nak bagi cantik tapi rasanya dia ni takde la cantik. biasa2 sajer

    0

    0
  34. saya says:

    tak nampak tang mane yang cantiknya pun…ermmm

    0

    0
  35. gua menyampah says:

    hek elehh..letih aku baca cerita iffa raziah ni..haishhhh..

    0

    0
  36. zoe says:

    Choiii,xde maknanye aq nk ambk suntika placenta bgai,dngar pon dh rse geli smcam

    0

    0
  37. minah jambu merah biru says:

    huh ! buang2 duit aje nk suntik2 tu semua ! time maseh berkerja jadi artis ok la boleh buat tu semua…kalau dh tk laku dh tkde pengarah atau stesen2 tv nk ambek kite macmana nk suntik bende2 tu ! time ada duit kire ok la…cuba time tkde duit amacam ???? mesti muka rabak punye kalau tk di suntik tol tk huh !!

    0

    0
    • sandrianasiska says:

      That’ll be the time mintak simpati kat tv media sebab kena sakit chronic la cancer kulit cancer buah dada buah pinggang not functional nangis2 minta derma pulak. Sekarang muda masih laku jadi diri terlalu galak obses dengsn suntikan.

      0

      0
  38. Novex says:

    Hukum penggunaan uri/plasenta haiwan/manusia adalah HARAM lagi2 jika digunakan utk tujuan kecantikan dan bukannya perubatan.
    Harus jika haiwan (ibu) itu disembelih mengikut hukum syarak (sangat jarang).
    TQ.

    0

    0
  39. akutengahwatesaimen says:

    biri-birimu,biri-biriku jua……

    0

    0
  40. adnan semput says:

    biar la uolls dia dah belanja byk tu dgn plasenta biri2 dgn ozon lagi, tak kan dah cantek nak tutup pakai purdah mcm ina naim pulak?

    0

    0
    • Linzy Longkang says:

      Mcm2 betul cara nak cantik skang nih tapi ada byk yg menipu pandai guna nama scientific seme, tapi mcm Ifa ni kulit nampak segar sehat dan berseh so mmg terbaek laa telan plasenta biri2 tuh, org2 biasa nih jgn haraplaa nak belanja ribu2 utk cantek cam retis, yg biasa nih beli produk safi jer laa kalo muka tak elok bole gak lilit tutup purdah seme

      0

      0
  41. Macam-macam bila nak cantik -.-

    0

    0
  42. si kucing meowmeow says:

    nara, update la pasal adi putra pulak . lembab la ko ni

    0

    0
  43. izat says:

    placenta biri-biri tu uri kambing biri -biri….tergamak ke?

    0

    0
  44. Mawar Berduri says:

    keciannnn….sah2 mmg xlawa….

    0

    0
  45. meow says:

    ambiklah suntikan jenis apa pun, akan tetap dimamah usia jugak.

    0

    0
  46. kiky lala says:

    dh jelas ianya haram..

    0

    0
  47. elle says:

    ifa raziah ni makan mcm2, mekap2, pakai baju cantik2 tetap gak nampak tak classy..

    0

    0
  48. mutiara hati says:

    saya rasa ifa cuba guna kaedah lain yang tidak kontroversi seperti rawatan ikan,rendam kaki dalam air,ikan2 tu akan hisap darah yang tak bersih,tak silap saya,sekarang ada promosi kat pavillion, tak pun pergi ke pantai,timbus badan sampai kepala dalam pasir selama 2,3 jam,makcik saya yang ada sakit kejang kat kaki dah boleh berjalan sekarang,all the best

    0

    0
  49. Anonymous says:

    bt cam mn pn x lawa….

    0

    0
  50. Apernie says:

    aper ke bodoh abang nara nie… Plasenta tu nak suntik haram lah abang nara.. bangkai tu.. untuk ditanam..bukan untuk dibuat minuman, makanan or suntik ke badan… ader ke bagus… bangkai tu abang nara… bangkaiii…..

    0

    0
  51. zul says:

    Penggunaan placenta biri-biri sama ada untuk tujuan luaran, suntikan dan sebagainya adalah diharamkan kerana ia adalah najis. Walaupun binatang tersebut halal dimakan, tetapi keharaman placenta adalah disebabkan ia adalah najis yang keluar bersama darah sewaktu kelahiran. – Sumber JAKIM

    0

    0
    • zul says:

      Penggunaan placenta biri-biri sama ada untuk tujuan luaran, suntikan dan sebagainya adalah diharamkan kerana ia adalah najis. Walaupun binatang tersebut halal dimakan, tetapi keharaman placenta adalah disebabkan ia adalah najis yang keluar bersama darah sewaktu kelahiran. – Sumber JAKIM

      0

      0
  52. oo macam macam ye sekarang .. nak cantik sanggup buat apa sahaja..

    0

    0