Bila bercinta, sememangnya akan ada perubahan. Lebih-lebih lagi kalau bercinta dengan kawan baik. Biasalah tue, kalau berkawan memang boleh tunjuk perangai gila-gila. Kalau dah bercinta, kenalah cover dan jadi romantik sikit. Agaknya itu yang terjadi pada Nabila Huda dan Nas-T.
Hubungan mereka berdua sudah putus di tengah jalan. Menurut Nabila, apabila hanya berkawan dengan Nas-T, itu lebih menggembirakan bagi dirinya. Kata Nabila kepada Mstar Online:-
Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya. Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan. Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula
Agak sukar juga untuk menjadi kawan semula selepas bercinta. Pasti akan ada rasa kekok. Apa pun Nabila buat masa ini enggan bercinta dan mahu menumpukan perhatian kepada anak dan kerjayanya. Kata Nabila:-
Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja. Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan
Diharap kali ini Nabila betul-betul memberikan tumpuan kepada dirinya, anak dan kerjaya. Jangan tup-tup lepas ini dah ada kekasih baru pulak. Bagi masa kepada diri sendiri untuk merenung punca kegagalan percintaan anda. Abang Nara rasa at least kena setahun dua juga Nabila hidup solo. Lepas itu kalau nak bercinta, bercintalah. Tak gitu?
P.S: Kaum Adam pun kena ambil tahu dan jaga kesihatan juga. Lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin. Apa kata cuba Deniz Cafe Premix Coffee yang mengandungi herba Tongkat Ali ini? Boleh meningkatkan tenaga, bantu masalah saluran kencing dan macam-macam lagi. Layari www.azaleadenaturale.com sekarang juga untuk informasi lanjut.