Hubungan Saya & Redzwani Semakin Kukuh – Shah Jaszle

Hiburan

Hubungan Saya & Redzwani Semakin Kukuh – Shah Jaszle

Kalau dah jodoh, dituduh tangkap khalwat dengan wanita lain pun hubungan tidak akan terlerai. Lebih manis apabila keluarga Redzwani Puteri telah pun menerima kembali Shahrizal Jasle. Sebelum ini, hubungan pertunangan mereka telah pun diputuskan kerana kontroversi tersebut. Ternyata semua yang terjadi ada hikmahnya.

shahrizal jasle

Advertisement

Kes khalwat Shahrizal Jasle dan seorang wanita bernama Fara akan disebut pada 12 November ini. Semua bukti untuk menunjukkan dirinya tidak bersalah sudah pun dikumpulkan. Tak sabar pula Abang Nara untuk mengikuti perkembangan kes ini. Kata Shah Jaszle kepada Mstar Online:-

Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya. Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur

shahrizal jasle

Semoga segalanya berjalan dengan lancar buat Shahrizal Jasle. Tahniah Abang Nara ucapkan kerana hubungan anda yang telah pulih bersama Redzwani Puteri dan keluarganya. Jangan mempersiakan peluang kedua yang diberi. Jadilah lelaki yang setia. Semoga anda berdua cepat-cepat dapat disatukan dalam ikatan pernikahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...