September 24th, 2012

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Anne Ngasri mengumumkan yang hubungan cintanya dengan Aliff Aziz sudah berakhir. Terkejut Abang Nara membaca kenyataan tersebut di Berita Minggu semalam. Rasanya baru minggu lepas Abang Nara melihat kemesraan pasangan ini di dada akhbar.

anne ngasri aliff aziz putus

Bagi Anne, putusnya hubungan ini kerana sudah tiada jodoh antara dia dan Aliff dan bukannya kerana campur tangan daripada pihak keluarganya. Kata Anne panjang lebar kepada wartawan BiPop:-

Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.

Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.

Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.

Saya banyak berdoa dan melakukan solat istiqarah untuk membulatkan hati dalam membuat keputusan ini. Lumrah dalam hidup ini ada pertemuan dan perpisahan. Ia ujian buat saya. Siapapun jodoh saya selepas ini, saya mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan tiga anak saya.

Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi. Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia 2 bulan.

Baguslah tue. Bukan senang nak membuat keputusan ini tetapi kalau nampak macam tak ada harapan untuk berkahwin, baik berhenti bercinta daripada memenatkan diri sendiri. Tumpukan perhatian kepada anak yang 3 orang itu. Aliff Aziz pun masih muda jadi tak elok untuk memaksanya jadi bapa kepada 3 orang anak Anne. Semoga Anne tabah dan dapat mencari pengganti yang lebih sesuai selepas ini.

jubah gudang

P.S: Jualan daripada Gudang.My kini kembali lagi. Produk terbaru ialah jubah yang  diperbuat dengan kain cotton dan ekslusif bersama kain pasang. Stok amat terhad. Klik di SINI untuk membuat tempahan anda.


77 responses to “Hubungan Anne Ngasri Dan Aliff Aziz Sudah Berakhir”

  1. mammmyy says:

    Anne putuskan hubungan sebab mamat gigi arnab ni kantoi selalu tidur dirumah adira AF. berdua-duaan beb. Asal je habis shoot Tiara, Alif akan tidur ke rumah Adira AF tu. Mana anne tak angin. Adira Af tu kan jenis yang tangkap muat. Semua lelaki pun dia ajak tidur. Apa nak jadi dengan dunia artis sekarang. Kotor.

  2. Ross says:

    May be they just break for a while to be more focus in life ..who knows if their love is strong and Aliff has been more matured in few years time, they will get back together..well who knows…only Allah knows

  3. yg benar says:

    org yg dok mngata mcm2 tu..korg bkn di tempt anne..ada yg ckp anne ni kalo nk cari laki tnggu la anak2 besorla & mcm2 lagi..cer kena kt korang..kena tnggal ngn bf xsmpai sehari pn korang dah rasa sunyi nangis tertungging2. ini kan pulak si anne yg dan lama ditinggal..lumrah manusia..mestila ada rasa sunyi..

  4. sore sore says:

    dear ann,
    life must go on. awak muda lagi. besarkan n didik anak2 sebaiknya. masa awk panjang lagi. jodoh sentiasa menunggu awak. jangan risau. mana tau, ALLAH swt menyambung kembali hubungan awk dengan bekas suami, untung kepada anak2 awak. kite tak tau RAHSIA ALLAH tu. setiap dugaan pastinya ada imbuhan nya. go ann, dun look back. =0)

  5. unknown A says:

    Eh,bukan da plan nk nikah hujung tahun ni?! Tup..tup..clash. Apa ni

Loading...