House Of Doll Milik Fazura Kini Di FashionValet.Com

Hiburan

House Of Doll Milik Fazura Kini Di FashionValet.Com

Akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh sekian ramai peminat Fazura menjadi kenyataan jua. Jika sebelum ini, pakaian yang dijual oleh Fazura hanya boleh didapati di butik House of Dollnya, kini ianya turut sama boleh dibeli secara online menerusi laman web www.fashionvalet.com.

fazuraBagi Abang Nara ini ialah satu langkah yang bijak. Dunia sekarang memang dunia internet jadi dengan kerjasama antara Fazura dan FashionValet, pastinya akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Yang penting, peminat Fazura yang selama ini tidak sempat ke butik House of Doll, kini boleh merasa buah tangan Fazura dengan lebih mudah.

Advertisement

hod

Abang Nara sempat tengok beberapa helai dress rekaan House of Doll yang dijual di FashionValet. Memang cantik-cantik belaka. Yang penting, harga sangat berpatutan. Memang mampu milik. Bolehlah beli untuk buat baju kerja sempena tahun 2013 yang akan menjelma beberapa hari sahaja lagi.

hod

Selain rekaan daripada House of Doll, ada banyak lagi dress, aksesori, cluth dan kaftan rekaan pereka fesyen yang lain di FashionValet. Boleh kelabu mata dibuatnya. Kalau anda gemarkan bershopping secara online, bolehlah lawati www.fashionvalet.com untuk membuat pilihan anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...