Written by AbangNara | September 10th, 2014

Wow. Banyak sungguh barangan kecantikan yang ada dijual di Hermo.my ini. Kagum Abang Nara melihatnya. Memang rambang mata nak buat pilihan. Ada pencuci muka, shampu, topeng muka, sabun mandi dan macam-macam lagilah. Walaupun diimport dari Korea dan Taiwan, harga yang ditawarkan di Hermo.my adalah sangat berbaloi. Yang penting kesemua produk adalah original. Tak ada tiruan-tiruan nie.

hermo

Kalau Abang Nara cakap servis dan produk di Hermo.my ini memang super best mesti korang susah nak percaya kan? Almaklumlah Abang Nara nie lelaki. Namun jangan risau. Ribuan pembeli di Hermo.my telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima dan mengucapkan kata-kata terima kasih di BeautyWall Hermo. Ini kira macam testimonial para pembeli lah.

hermo

Ternyata semua berpuas hati dengan kualiti produk yang diterima, mutu perkhidmatan terutamanya bab penghantaran. Ramai yang gembira dengan cara pembungkusan daripada Hermo.my. Unik dan comel. Tambah menarik apabila penghantaran percuma akan diberikan sekiranya pembelian 2 barang dan ke atas dilakukan. Dahlah harga barang murah, produk bagus, dapat pulak ‘free delivery’. Tak ke terbaik tue?

hermo

Abang Nara paling suka kategori ‘Hot Deals Today‘ yang ada di Hermo.my. Memudahkan untuk Abang Nara tahu apa produk yang sedang hangat dan banyak orang beli. Makin mudahlah untuk Abang Nara buat pilihan. Kalau dah ratus-ratus orang beli, Insya Allah berkesan produk tersebut. Tak gitu? Banyak lagi kategori menarik seperti ‘Best Selling Items‘, ‘What Others Are Browsing‘ yang memudahkan para pembeli macam kita ini membuat pilihan. Kalau dah blur sangat boleh juga terus ke ‘All Brands‘ untuk tengok jenama produk yang kita mahukan.

hermo

Menariknya kalau lepas kita beli barang di Hermo.my dan jika ada sebarang kesulitan, boleh ‘refund’ dalam tempoh masa 14 hari. Jadi tak perlu risau sangat. Lagi best kalau kita adalah pembeli pertama, akan ada diskaun sebanyak RM15. Banyak tue. Ini semua khas untuk memberi keyakinan kepada para pembeli di Hermo.my. Power kan?

hermo

Dengan 4 langkah mudah di atas, kita dah boleh dapat produk kecantikan dengan harga yang berbaloi, perkhidmatan yang terbaik di www.hermo.my. Jangan lupa LIKE Facebook Hermo Malaysia dan follow Instagram Hermo untuk melihat lebih banyak promosi dan produk yang mereka tawarkan. Selamat membeli belah.

3 responses to Hermo.my – Syurga Membeli Belah Produk Kecantikan Anda

  1. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    eh tkde orang komen ke? kalau gini macm minah jambu pes lah ye ? terima khaseh aje lah ye…

    0

    0
  2. nurul says:

    yeay!! 2nd!! minah jambu menang..hadiahnya:percutian di rumah sendiri kikiki
    – bagus jygak abg nara keluarkn website ni senang sy nk beli aloe vera tu..murah n bagus..sblm ni beli kt kwn mahal skit laa..gituuu

    0

    0