Written by Bella | October 2nd, 2015

Sekitar bulan Ogos lepas, penyanyi Hazami telah dikejarkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana Damansara setelah mengalami sakit perut secara tiba-tiba sebelum disahkan menghidapi penyakit Diverticular Disease dimana ia berlakunya pendarahan di usus.

Berita tersebut nyata mengejutkan ramai dan ada pihak yang mendakwa beliau sebenarnya menghidap kanser. Walaubagaimanapun, Hazami menerusi portal Berita Harian tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar dimana beliau bebas kanser selepas menjalani ujian biopsi.

Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan ketika itu kerana saya tidak pernah jatuh sakit sebelum ini. Saya menghidap diverticulum atau kantung darah pada usus yang kemudiannya pecah menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi bukan kanser.

Hazami kini sudah beransur pulih dan berat badannya juga sudah naik sebanyak 6 kilogram. Buat masa ini, beliau sedang cuba mengamalkan diet yang seimbang tanpa  memerlukan sebarang ubat daripada doktor.

Saya berhasrat untuk menambah berat badan sehingga 60 kg dan kini, saya juga gigih bersenam di gimnasium. Doktor yang merawat saya juga tidak membekalkan sebarang ubat-ubatan, cuma saya dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang serta banyak makan buah-buahan.

Alhamdullilah, ini berita yang cukup menggembirakan. Harapnya selepas ini keadan Hazami akan lebih membaik dan sihat selalu.

Sumber Berita: Berita Harian

9 responses to Hazami Nafi Hidap Kanser Usus

  1. pening says:

    lebih membaik???fail..haha

    0

    0
  2. Pandan gula merah says:

    Dah sembuh kan..n statement dia pn sama. knpe issue ni timbul balik?

    0

    0
  3. anon says:

    hazami perlu transparent tentang apa yang dia makan. kalau merujuk kepada artikel sebelum ini, dia cuma makan sekali sehari dan kerap minum kopi pahit pekat. tujuan cuma satu : nak turunkan berat badan iaitu get thin. dalam keadaan ini, sesiapa pun yang obses untuk kurus, kemungkinan bergantung kepada jenis-jenis drug tertentu adalah sangat besar dan tidak mustahil.

    0

    0
  4. zabedah zabit says:

    semoga cpt sembuh

    0

    0
  5. senget sangat kannnn says:

    obses nk kurus pastu bergaya ala2 hypster la tu..
    aiyoo..kurus pn x hensem2 gak…

    0

    0
  6. zaza says:

    diet yg hazami amalkan mmg bahaya..

    0

    0
  7. doctor minah jambu says:

    alaaa makan aje lah ape nk makan tapi agak2 aje …tk payah nk kontrol2 makan sangat untok tujuan nk kurus buang masa aje ..yg bagos Nye makan sayur2n n buah2an n air puteh minum lebih jangan minum air yg manis2 jangan terlalu selalu makan daging lembu or kambing makan ikan lagi bagos…kalau boleh ikan tu di kukus..itu aje ye terima khaseh thank u..

    0

    0
  8. minah jambu says:

    minah jambu tengok pengadil berpehak kt pasukan Kedah..pat pasukan Kedah langgar pasukan lion pengadil tk kasi kad kuning pon ngan pasukan Kedah tapi pat pasukan lion tersiku sikit kt pasukan Kedah terus cepat2 pengadil keluarkn kad kuning pada pasukan lion..ini bermakna pengadil tidak adil !

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Ayat yg sesuai adalah:
    “Hazami tidak menghidapi kanser usus”
    Wartawan suka guna ayat ‘nafi’
    Nafi ni kalau difahamkan ad betulnya benda tu terjadi tetapi org berkenaan menafikan krn xmahu mengaku.
    Ak percaya kat ko hazami..klu kanser usus da xmungkin ko boleh bounce back balik dr sakit. Jaga makan dan jaga diri baik2..kesihatan ni lebih penting dr harta segala dunia.

    0

    0