Tiga tahun menjalinkan hubungan cinta bersama pemuzik Genervie Kam, Hazama akui perasaan beliau untuk berkahwin semakin membuak-buak apatah lagi selepas rakannya Akim Ahmad baru-baru ini sudah mendirikan rumah tangga bersama Stacy.
Kalau ikut keinginan dan kemampuan, memang saya mahu berkahwin. Lagi pun, kawan-kawan yang rapat dengan saya termasuk Akim Ahmad juga sudah berkahwin jadi tentulah hasrat itu makin membuak-buak.
Malah, saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta petunjuk adakah Genervie orang yang tepat sebagai calon isteri dan jawapannya memang dia.
Walaubagaimanapun, Hazama sedar ia bukan satu perkara yang mudah kerana perbezaan agama mereka berdua. Hazama juga tidak mahu mendesak Genervie berkaitan soal agama.
Seperti yang semua sedia maklum kekasih saya bukan beragama Islam jadi kalau hendak berkahwin bukan boleh tangkap muat dan buat keputusan macam itu saja.
Perkahwinan bukan benda main-main. Walaupun kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua belah keluarga juga memberi restu tapi banyak perkara yang perlu saya dan dia persiapkan sebelum berkahwin.
Saya juga tidak mahu mendesak atau memberikan tekanan kepadanya dalam soal agama jadi biarlah ia berjalan secara berperingkat.
Bak kata Hazama tidak perlu mendesak dan biarlah Genervie bersedia seratus peratus sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Pelbagai aspek yang perlu diambil kira bila buat keputusan untuk berkahwin.