Sejak kebelakangan ini penyanyi Hattan tidak lekang dengan kontroversi. Baru-baru ini dia telah bercerai selepas dua bulan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Farah Asyikin Othman, dan yang terbaru, dia didakwa memperdayakan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30 Â hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang RM 1 juta.
Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-
Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.
Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:
Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.
Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.
Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:
Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.
Untuk makluman anda sepasang suami isteri tersebut beberapa hari lepas mendakwa mereka menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis akibat diperdaya Hattan disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.
Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat.
Tambah beliau, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.
Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.