Hati Saya Tertutup Rapat Untuk Lelaki, Tengok Mereka Pun Tak Lalu – Rita Rudaini

Hiburan

Hati Saya Tertutup Rapat Untuk Lelaki, Tengok Mereka Pun Tak Lalu – Rita Rudaini

Dua kali gagal dalam perkahwinan serta melalui keperitan untuk memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita serta hak anak-anaknya membuatkan aktres Rita Rudaini menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki.

Advertisement

Sudah penat dengan segala perkara yang berlaku didalam perkahwinan membuatkan Rita tidak mahu berkahwin lagi. Buat masa ini, beliau hanya ingin fokus  dalam membesarkan anak-anak.

Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana kalau saya kahwin pun memang tidak akan ada lelaki yang boleh sayang anak saya seperti anak mereka sendiri.

Mengakui tidak mempunyai sebarang perasaan apabila melihat seseorang lelaki, Rita bagaimanapun tidak mahu melawan ketentuan takdir jika satu hari jodoh beliau tiba ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga.

Terus-terang hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tak ada hati langsung, hinggakan nak tengok lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti,berserah sajalah.

Tambah Rita, ada juga lelaki yang cuba untuk rapat dengan dirinya tetapi beliau menolak secara baik dan berharap tiada lagi mana-mana lelaki yang berdegil untuk memikat hatinya selepas ini.

Tipulah kalau tak ada lelaki yang cuba nak dekat tapi saya akan tolak sahaja dengan baik dan saya harap selepas ini tak perlulah mana-mana lelaki lain hendak mencuba nasib lagi. Paling menyakitkan hati masih ada lagi lelaki yang berdegil hendak memujuk dan menuduh saya serik. Saya tak serik atau frust pun cuma saya tak nak sebab dah penat.

Yelah, bukan mudah untuk Rita Rudaini menang dalam kes tuntutan mutaah beliau terhadap Aidil Zafuan serta setiap masalah yang dihadapi mereka sejak mendirikan rumah tangga. Lebih baik hidup bersama anak-anak daripada terluka kerana cinta.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...