Produk dan duta sememangnya saling bergantungan. Kadangkala sesuatu jenama boleh mendapat kesan apabila duta produknya terpalit kontroversi. Mungkin itu yang boleh dikatakan sedang terjadi kepada produk kecantikan AuraWhite dan dutanya, Hanez Suraya. Melalui pemerhatian Abang Nara di laman sosial, banyak pihak mengajak agar memboikot Aura White kerana kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya.
Hanez Suraya ternyata kesal dengan hasutan boikot yang sedang berleluasa di laman sosial ini. Berkata kepada Sinar Harian, Hanez memohon agar tidak dicampurkan hal peribadi dan kariernya. Kata Hanez:-
Dalam kemelut yang berlaku ini saya minta semua pihak tidak mengait dan melibatkan AuraWhite dengan hal peribadi saya kerana saya hanya duta produk tersebut. Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut
Apa yang menariknya walaupun sedang dilanda kontroversi, masih banyak tawaran kerja yang diterima oleh Hanez Suraya. Malah Hanez juga memaklumkan yang keluarga dan mereka yang rapat dengannya memahami segala apa yang sedang terjadi kepadanya. Kata Hanez lagi:-
Alhamdulillah setakat ini saya rasa karier saya tidak terjejas. Masih ada beberapa tawaran yang datang tapi kerana masalah ini saya terpaksa tolak. Saya tidak mahu bekerja dalam keadaan tertekan, biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum kembali bekerja.
Keluarga saya tidak ada apa-apa masalah. Bukanlah nak kata mereka menyokong apa yang terjadi, tapi mereka mengetahui dan sudah diberitahu mengenai kedudukan sebenar. Malah, orang yang rapat dengan saya juga memahami segala yang berlaku dan mereka memberi sokongan kepada saya untuk menghadapi situasi yang berat ini.
Di kala dihujani dengan tohmahan, hinaan dan cacian daripada orang ramai, sekurang-kurangnya keluarga dan rakan rapat Hanez masih lagi memberikan kata-kata semangat kepada pelakon ini. Tak adalah tertekan 100%. Kalau Abang Nara dilanda kontroversi macam ini, mahu tertekan gila-gila dibuatnya. Apa pun, sama-samalah kita nantikan sidang media daripada Hanez Suraya kelak. Khabarnya Mr. R juga akan tampil untuk membuat penjelasan.
UPDATE: Buat mereka yang telah, sedang atau mahu menggunakan AuraWhite, produk ini masih lagi dijual dan berkesan seperti yang telah diwar-warkan oleh ribuan penggunanya. Tidak perlu ada kesangsian mengenai kehebatannya. Dikhabarkan dalam waktu terdekat ini juga pihak AuraWhite akan mengadakan satu kejutan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk awesome ini, anda boleh layari www.aurawhite2u.com