Hudud adalah isu yang amat sensitif untuk dibicarakan di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Ada yang bersetuju, ada yang membantah dan ada yang berada di atas pagar mengenai perlaksaanaan hukum Islam ini. Tak kurang ada yang cuba bergurau dan membuat lawak mengenai hudud. Harith Iskandar baru-baru ini menerusi akaun Twitternya telah menulis status yang mengundang kontroversi mengenai hudud.
Ternyata status Harith Iskandar ini mendapat reaksi yang negatif daripada para pengikutnya. Banyak yang menempelak dan mengkritik gurauan yang tidak kena tempat ini. Namun berkata kepada Mstar Online, Harith Iskandar menerangkan yang dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak. Kata Harith:-
Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak. Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan. Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu
Dalam kes-kes sensitif sebegini, lebih baik kita mendiamkan diri daripada cuba membuat lawak, gurauan dan sindiran yang tidak kena tempat. Rakyat Malaysia tidaklah “open minded” untuk menerima lawak-lawak sebegini. Â Semua benda pun hendak dikontroversikan. Mungkin satu hari nanti akan tiba jua masanya untuk kita lebih bersikap terbuka. Semoga selepas ini Harith lebih berhati-hati.
P.S: Jom periksa kesihatan rambut. PERCUMA tu…Untuk yang mempunyai masalah rambut, inilah masanya untuk bertindak. Selesaikan segera masalah rambut gugur, kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Dapatkan penyelesaian segera di laman web ini.