Written by AbangNara | November 12th, 2012

Jadilah antara yang pertama dan terawal menonton rakaman siri jelajah konsert band popular Coldplay dalam bentuk filem di pawagam. Percaya atau tidak, anda seolah-olah akan berada di dalam arena yang sama bersama puluhan ribu peminat yang lain.

coldplay

Peluang ini hanya berlaku cuma satu hari iaitu pada esok hari, 13 November yang kebetulan jatuh pada hari perayaan Deepavali dan ia dilancarkan secara serentak di seluruh dunia. Menerusi 50 negara yang mengambil bahagian dalam menayangkan 96 minit himpunan lagu-lagu terbaik Coldplay, di Malaysia anda berpeluang menontonnya secara eksklusif dalam bentuk 2D.

coldplay

Tiga buah pawagam di ibu kota, GSC Midvalley, GSC Pavilion dan GSC One Utama bakal menayangkan filem dokumentasi daripada siri jelajah Mylo Xyloto yang berlangsung di seluruh dunia bermula daripada Jun 2011. Antara kandungan yang bakal anda saksikan adalah persembahan unik Coldplay di setiap lokasi yang dikunjungi mereka. Mencatatkan rekod seramai tiga juta penonton yang hadir, di dalam pawagam anda akan dihidangkan dengan aksi dan gimik terutamanya daripada Chris Martin selaku vokalis dan juga narrator bagi filem Coldplay Live 2012 ini.

coldplay

Siri jelajah Mylo Xyloto adalah yang terbaik sepanjang kami bergelar sebuah band. Bermula dengan begitu baik daripada persediaan awal konsert hinggalah LED wristband, lampu laser dan sebagainya begitu menakjubkan pada setiap lokasi. Sudah tentunya kehadiran dan sokongan peminat membuatkan kami terus bersemangat dan enjoy pada setiap persembahan. Mereka begitu hebat, bertenaga, teruja dan membuatkan lagu-lagu jadi lebih bagus dengan suara mereka menyanyikan ia bersama. Dan filem ini khas buat peminat kami,”ujarnya mengenai filem khas ini.

coldplay
Hanya cuma sehari, anda dan peminat Coldplay di seluruh dunia akan menyaksikan secara serentak filem konsert Coldplay Live 2012 dan rasakan sendiri pengalaman yang telah dilalui 3 juta peminat yang menghadiri siri jelajah Mylo Xyloto sepanjang ia berlangsung.

coldplay

Pada 20 November, anda boleh memiliki salinan filem ini dalam bentuk CD + DVD dan CD + BLU-RAY dan tidak terlupa single terbaru mereka ‘Hurts Like Heaven’ yang bakal dilancarkan pada 19 November. Dapatkan CD + DVD Coldplay Live 2012 dengan potongan harga istimewa pada 24 dan 25 November ini di kedai muzik terpilih berikut:-

  • Rock Corner ( All Outlets)
  • Victoria Music Centre (All Outlets)
  • Artist Gallery (All Outlets)
  • Speedy (Pavillion & Mid Valley
  • Movie Magic (One Utama)
  • Inverno Music Centre – Melaka

Layari www.gsc.com.my untuk mengetahui waktu tayangan Coldplay Live 2012 hanya pada 13 November 2012. Teks asal daripada portal Murai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Hanya Sehari Untuk Menonton Coldplay Live 2012 Di Pawagam

  1. princess tiara says:

    yuhuuu…tak ada org komen ker..???

    0

    0
  2. aih, abang nara pun dah pandai main kopipes teks orang skang ni. tau le tak berapa minat, tapi agok2 ler…

    0

    0
  3. dumdumcak says:

    tak minat coldplay…..kita org minat heliza, hafiz hamidun, rabbani, mahir zain etc……kehkehkehkeh….

    0

    0
  4. Cool says:

    Whooaaa coldplayyy! Nice. Untunglah org kl and melaka. Btw, tengok live lagi awesome!

    0

    0
  5. Raja minah jambu 24jam mengadap com says:

    Ni ape benda pulak ni ? Emmmmmm sori eh minah jambu tk minat semua2 ni terima khaseh aje thank u…

    0

    0
  6. Coldgate says:

    Serius ckp..mmg aku tk kenal siapa mereka ni..

    0

    0