Written by AbangNara | March 2nd, 2015

Antara ayat-ayat yang sering dikeluarkan apabila seorang selebriti wanita yang akan berkahwin mengambil keputusan untuk bertudung ialah ‘dah nak kahwin baru nak tudung, takut suami tanggung dosa. Habis yang selama ini si ayah tanggung dosa taknak fikir pulak?‘. Memang kejam dan kasar ayat tersebut. Mungkin tanggapan itu bermain di fikiran para peminat apabila Hanis Zalikha mengumumkan yang dirinya kini bertudung sepenuhnya. Namun ternyata niat utama pelakon dan blogger popular ini menutup aurat ialah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya, bukannya demi Hairul Azreen semata-mata.

hanis zalikha bertudung Ibu dan ayah mana yang tidak mahu melihat anak dara mereka mengikut tuntutan agama, lebih-lebih lagi sebelum si anak bergelar isteri orang. Pastinya orang yang paling gembira dengan tindakan Hanis Zalikha ini adalah ibu bapanya. Untuk makluman, Hanis telah pun menimbang hasrat untuk menutup aurat ini beberapa bulan sebelum ini. Terharu Abang Nara membaca kata-kata Hanis. Katanya:-

Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak=banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya.

Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru.

Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit.

hanis zalikha bertudung

Luahan hati yang sama turut dimuatnaik oleh Hanis menerusi akaun Instagramnya.
hanis zalikha bertudung Tahniah diucapkan kepada Hanis Zalikha atas perubahan ini. Semoga semakin murah rezeki hendaknya. Tahniah juga kerana berjaya menggembirakan hati kedua ibu bapa anda. Secara jujur, Hanis memang tampak lebih menawan bertudung. Semoga terus istiqamah. Amin. Sumber Harian Metro.

P.S: Kerjasama dengan 60,000 ekor lebah yang menakjubkan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Hanis Zalikha Bertudung Untuk Gembirakan Ibu Bapa

  1. Nana says:

    menggembirakan allah lagi elok…kan?

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalau dpt gembira kan ibu bapa, dpt juga gembira kan Allah

      0

      0
      • Olga says:

        aku pakai coli hitam utk menggembirakan pakwe…
        ko hado???

        0

        0
        • Anonymous says:

          Best nya coli hitam!!!
          Mesti tunang stim

          0

          0
        • Amy Singapore Girl says:

          hey Olga, kalau you nak puaskan hati pakwe you.. Amy sarankan you nude aja terus. Pakwe you pun mesti happy.
          Amy kalau kat rumah memalam mesti buka baju sebab panas. Maklum lah Amy tinggal sorang aja…sesiapa yang nak teman Amy malam ni datang lah rumah Amy.

          0

          0
    • BANYAK SONGEH LA NANA says:

      So typical, semua nak tunjuk bagus..
      Biarlah pun dia nak gembirakan siapa pun, yang penting dah tutup pun aurat.. tak payah la nak persoalkan.. Allah turunkan hidayah dalam pelbagai bentuk.. doakan je supaya dia istiqamah..

      0

      0
    • saya says:

      Sah baca tajuk je ni.. tak baca sampai habis.

      0

      0
    • emy says:

      alahai nana..redha Allah kan terletak pada redha ibu bapa…kengkadang kesian tengok orang macam ko..orang tu da bagi statement cukup baik pun,ada je ko nak cantas…

      0

      0
    • macam2 says:

      jangan lupa buang karat di rambut baru sah solat

      0

      0
  2. Alhamdulillah…

    0

    0
  3. orked ungu says:

    bertudung.. tomel keknis… tp ea la.. adek bongsu da lama bertutup litup.. harusla makpak berharap gak anak2 yg len pon bertutup..
    doa makpak la yang akan membawa kita ke syurga..

    0

    0
  4. Mak Jemah says:

    jgn pakai tudung mcm dato vida qu putih dah ler…serabut mata mak.

    0

    0
  5. didi says:

    dosa boleh tanggung2..boleh transfer2 ke org sana org sini..tnfer dosa pakai internet juga ke kikiki..

    0

    0
    • Isabella chow kit says:

      Apa yg ko merepek ni nyah..
      Typo ko teruk sangat la , nampak sah kuat gengamm ..
      Kah kah kah

      0

      0
  6. minah jambu sayang nenek says:

    huh ! Alasan yg paling klakar di alam dunia yg fana ni huh mengarot !

    0

    0
    • APE DAA says:

      orang diam kau bodoh2kan,orang bagi kenyataan kau kate bagi alasan…hooii la minah jambu…hanis zalikha ni da berhijrah,kesilapan dye dulu tak bertudung,n dye pilih untuk berhijrah menutup aurat….kau tu bila lagi nak berhijrah,nak tutup mulut tu?

      0

      0
  7. hijab hanis zalikha di pasaran says:

    erm dh bertudung ni harusla end up setiap caption dgn bahasa arab sket

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Emmm dah dah LA comment pasal tudung Janis zalika oi… Tutup mulut je.. Nnt lg org menyampah nk defensive Sgt baqhang

    0

    0
  9. Anonymous says:

    tahniah!! pasni mesti kuarkan jenama HZ hijab utk tudung.. strategi artis2 skarang..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    I like the part “jadilah anak yang baik sebelum jadi isteri yg baik” sayang gak dia kat mommy and daddy dia…
    Yg lain cam nurul, ning, hanez suraya , nabila huda camner ek????

    0

    0
  11. i am me says:

    rambut dia agk2 msh karat x???

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Belajar bertudung??? Dari kecil dilahirkan sebagai seorang muslim..

    0

    0
  13. anon says:

    ATTENTION SEEKERRRRR

    0

    0