Alhamdulillah. Abang Nara dah cakap dah. Kalau Hanez Suraya rileks, diamkan diri dan tak banyak beri kenyataan, pastinya orang ramai akan lupa dan memaafkan dirinya atas kontroversi yang telah berlaku. Nampak gayanya karier lakonan Hanez bolehlah dimulakan kembali seperti biasa selepas ini. Ini kerana sokongan padu telah diterima olehnya ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa hujung minggu lalu.
Berkata kepada Sinar Harian, Hanez Suraya melahirkan rasa terharunya dengan sokongan yang diterima daripada para peminat ketika menghadiri acara tersebut. Kata Hanez:-
Alhamdulillah saya memang tak menyangka orang masih lagi menghargai lakonan saya. Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai dan peminat yang masih lagi memberikan sokongan berterusan dan ramai yang datang pada saya minta saya bersabar dalam mengharungi cabaran menjadi anak seni.
Memang ramai yang kata saya dah tak ada job selepas kontroversi tu, tapi saya tak rasa ia memberikan kesan kepada saya kerana saya tolak beberapa job sebelum ini pun kerana saya terlalu tertekan. Jadi, selepas lihat ramai yang masih lagi setia menyokong karier saya, saya akan sentiasa memberikan yang lebih baik selepas ini.
Perkara yang lama usah dikenang. Tumpukan perhatian pada masa hadapan. Teruskan tunjuk komitmen dan bakat anda dalam bidang lakonan. Lama kelamaan pasti orang akan lupa akan kontroversi yang telah berlaku dan mengkagumi kehebatan lakonan anda. Good luck and all the best untuk anda.
P.S: Mazda lapor keuntungan tertinggi dalam masa 94 tahun