Written by AbangNara | June 23rd, 2013

Yeah ~~ Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana yang sudah jatuh cinta dengan Hanez Suraya. Tuan punya badan menerusi BiPop hari ini telah mengesahkan yang percintaannya dengan Awi Rafael sudah pun berkubur. Inilah masa untuk anda masuk line!!!
hanez surayaMenurut Hanez, hubungan mereka sudah lama bermasalah. Namun Hanez enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengecewakan peminat yang menaruh harapan tinggi terhadap hubungan mereka. Kata Hanez:-

Sudah lama hubungan kami bermasalah tetapi saya dan Awi cuba sembunyikan dan berusaha menyelamatkannya. Namun lama kelamaan, saya bertanya kepada diri, sampai bila harus berpura-pura sedangkan antara kami semakin hari semakin jauh.

Mereka yang dekat juga menyedari perkara ini, malah cuba bertanya kesahihan hubungan kami. Cuma saya memilih untuk berterus terang kerana tidak mahu memburukkan sesiapa.

Tetapi apabila Awi terus berdiam diri, ia tidak adil buat saya yang cuba mencari jawapan dan kepastian dalam hubungan kami. Di situ saya sedar, percintaan kami sedang mendekati noktah.

hanez suraya

Apa yang membuatkan Abang Nara menghormati Hanez Suraya ialah sikapnya yang tidak akan memusuhi Awi Rafael walaupun hubungan mereka sudah berkubur. Itu satu langkah yang bijak. Mana tahu hari ini putus cinta, minggu depan tup-tup bertaut kembali. Kata Hanez lagi:-

Dia pernah hadir dalam hidup saya, malah sempat setahun bertakhta sebagai insan paling bermakna di sudut hati jadi saya hanya mengingati yang manis antara kami. Saya faham dia sedang mencari kepuasan dalam kerjaya. Cita-citanya terlalu tinggi dan barangkali berat untuk dicapai jika saya ada bersaa.

Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalam menarik diri daripada terus menjadi beban dalam hidup Awi. Saya tidak akan memusuhinya, malah sentiasa mendoakan kejayaannya. Andai nanti apa yang diimpikannya berhasil, saya akan menjadi orang yang paling gembira.

awi rafael

Abang Nara pasti ramai lelaki yang sanggup menerima Hanez Suraya sebagai beban di dalam hidup mereka. Jangan lupa ambil nombor giliran untuk mengorat Hanez. Nombor boleh didapati dengan menghantar email kepada Abang Nara. Hehehe. Kepada Hanez dan Awi, semoga kehidupan “single” akan membantu anda berdua lebih berjaya di dalam kerjaya.

P.S:Gambar jerebu di Johor

17 responses to Hanez Suraya & Awi Rafael Sudah Putus Cinta

  1. wawa says:

    kalau aku kaya!!!!!!!

    0

    0
    • ayam jepun says:

      Aku dah agak la , mereka nie tak kan kekal punya !!!!

      0

      0
      • kak leha says:

        kak leha kembali lagi… lama rasanya kak leha ni tak mengomen kat bn ni… mmm, kalo macam tu meh awi kat kak leha, kak leha ni janda dan single… still hot, umur baru nak masuk 50 tahun but still bergetah ok… meh awi, kalau u bersama kak leha, i boleh sponsor apa saja u nak… :)

        0

        0
  2. SH says:

    Ya hidup ‘single’ lebih berjaya. Tengok Aznil Nawawi, Chef Wan, Nabila Huda dll semua cemerlang setelah kembali solo. Berpasangan membebankan kerjaya apatah lagi yg tidak dapat memahami cita-cita pasangannya.

    0

    0
  3. ena says:

    Alah fokus lah dulu dalam kerjaya , asyik bercinta je .
    Nama belum popular meletop lagi .
    Lepas dah betul2 berjaya , nak kahwin ke hape . Boleh sangat .
    Lagi pun couple itu haram :)

    0

    0
  4. mieowww says:

    bagus hanez..ni la sttment paling cerdik ada artis yg putus cinta kuarkan..gudddd

    0

    0
  5. Anonymous says:

    awi asik pakai long sleeve je. hanez bosan

    0

    0
    • Anonymous says:

      Mmg lah bosan satu pakai long sleeve tutup aurat satu pakai
      Satu pakai short sleeve bukak aurat hahaha a mana nye tk bosan…hahaha tak kena kan..hahaha

      0

      0
  6. Meowwww :* says:

    Ok ah tu break up. Tak sesuai langsung. Awi ada tatu , tak layak dijadikan suami ~

    0

    0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      awi tu dah insaf..dia ckp hari tu nak try buang tatu tu

      0

      0
      • minah jambu tukar kaler merah bitu says:

        kau ingat nk buang tatoo….Asit aje yg leh buang tu semua.. biar semua sekali ilang hati pn senang tk stress tol tk hehe bwekkkk !!

        0

        0
  7. BUNKFACE NO.1 says:

    ada aku kisah hanez tu dh single…aku tak minat langsung dekat perempuan mcm tu,
    baik aku stay single hati pun senang daripada duit abis kena kikis dgn artis kayu

    0

    0
  8. TENGAH TEPI says:

    dah xde jodoh nak wat cam mane..ala haniz hot apew,,pasni ade ramai age yg tunggu berderet jer..

    0

    0
  9. Kekunci says:

    Tak apa lah hanez kalau awi tak nak layan you , i boleh jadi pengganti awi..

    0

    0
  10. Terbaik !! says:

    Hanez memang terbaik !! suka cara hanez..tak apa lah lepas ni tak usah nak tunggu-tunggu dah berjaya dapat lelaki sesuai kahwin je..

    0

    0
  11. su_su says:

    saya pasti awi masih sayangkan hanez..cuma sekarang ni dia nak tumpukan kepada perkara yang lebih penting…lepas kerjayanya dah stabil nanti, baru lah dia akan fikir tentang kehidupan berkeluarga…

    0

    0