Written by AbangNara | February 4th, 2014

Salah satu nasihat yang sering Abang Nara terima ialah jangan sesekali tunjuk baik dan menjadi “penjamin” atau memberi nama kepada rakan-rakan. Tak kiralah sebaik mana pun hubungan anda dengan si rakan, kemungkinan untuk anda muflis atau bankrap amatlah tinggi apabila menjadi penjamin. Membaca kisah yang terjadi kepada Hana Elite di Metro Ahad lalu membuatkan Abang Nara mengeleng-gelengkan kepala.

hana elite muflis

8 tahun yang lalu, atas dasar simpati kepada rakan, Hana telah pun meminjamkan namanya untuk membolehkan Watie Elite membuat pinjaman membeli Toyota Wish. Ketika itu Watie mengalami masalah rumahtangga dan hidup dalam kesusahan. Namun pada April 2013, Hana Elite telah diisytihar muflis kerana Watie tidak membayar pinjaman tersebut. Kata Hana:-

Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta beserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya. Saya cuma pinjamkan nama dan bayarkan wang pendahuluan bagi membolehkan dia membeli kereta.

Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayaran tidak konsisten.

Selepas pulang dari Australia, Hana mendapati Watie telah pun berkahwin dan menggunakan kereta Toyota Harrier. Ketika itu Hana menganggap masalah mengenai pinjaman keretanya telah selesai. Sayangnya apabila mahu ke Singapura, namanya telah disenaraihitam. Keluarkan duit di bank pun tak boleh. Rupa-rupanya Hana telah diisytihar muflis dan dinasihat supaya berurusan dengan pihak Insolvensi. Tambah Hana lagi:-

Ketika mahu beli kereta itu, kami ada buat perjanjian bertulis depan jurujual tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti kerana tidak matikan setem.

Surat saman sudah pun dihantar kepadanya (Watie Elite). Kali ini saya tidak akan bertolak ansur lagi. Sudah lama saya bersabar dan biar perkara ini diselesaikan menggunakan saluran undang-undang.

Sejak diisytiharkan muflis, saya tertekan. Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu.

hana elite muflis

Sementara itu Watie memaklumkan yang dia tidak mengetahui Hana telah bankrap dan tidak pernah terlintas di hatinya untuk menyusahkan Hana. Diharap Hana dan Watie dapat menyelesaikan masalah ini. Kepada Watie, janganlah buat begini terhadap rakan anda. Masa susah dah ditolong, balaslah balik jasa baik rakan anda. Tak gitu?

P.S: Seni awesome di persisiran pantai

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to Hana Elite Bankrap Kerana Watie?

  1. linda says:

    artis Malaysia nih….duit takde tapi ada hati nak pakai keta besar pastu takleh bayar and menyusahkan orang lain plak. takde duit pakai je ler keta kancil, ni beli keta wish plak..

    0

    0
    • Mr Kangkung says:

      bab duit ni…jgn kata kwn xboleh dipercayai, dgn adik beradik pun susah untuk dipercayai…

      0

      0
      • K.A.A says:

        dah la kawen pon x jemput si hana ni.. serik la hana nak tolong si watie lepas ni..

        0

        0
      • Cikgu Matematik says:

        PUNCA-PUNCA KEBANKRAPAN DI MALAYSIA
        Ranking No. 1 – Kereta!! (i.e – hire purchase kereta). Kereta nak branded, make up nak rugged, tapi installment bulanan liat nak bayar.
        2. Pinjaman Peribadi. Pinjam berpuluh ribu tapi tak mampu bayar…
        3. Pinjaman Perniagaan. Kata nak berniaga itu ini, tapi last2 pinjaman Tekun, Mara dah jadi ke laut. Sebelum berniaga, timba ilmu dulu. Dah cukup ilmu baru mula berniaga.
        4. Pinjaman Perumahan. Tak tau nak cakap. Rumah memang makin lama makin mahal. Tapi tak kan nak duduk kat flat je.. ikut la kemampuan ye. Kalau aku, rumah teres jela kot…
        5. Kad Kredit. Berhematlah dalam berbelanja.
        Sumber : Akhbar Kosmo
        Sekian. Sekadar berkongsi

        0

        0
        • Maria Mersadis says:

          patut la pakaian mcm tk cukup kain , dah bankrupt rupanya !

          0

          0
        • ikan says:

          ingatkan kad kredit punca no 1

          0

          0
        • Linzy Longkang says:

          Buat komen Maria Mersadis says:
          February 4, 2014 at 8:15 pm…kesian kat mak ko dpt anak bodoh mcm Maria Mersadis nih org entry pasal bankrup dia ckp pasal baju tak ckp kain itukan dinner dress ko nak balut lilit2 mcm kelambu ko punya suka lah tapi kalo tak tau bab fashion seme jgn bagi komen bodoh tak cukup kain seme kat org, apa laa punya otak?

          0

          0
        • Maria Mersadis says:

          Who was she wearing on that night ? Seriously that kind of dress utk pergi dinner ? Sequin bagai dgn potongan mcm baju GRO Vietnam , dear dress tu utk pergi cucuk langit jer . Bkn utk pergi dinner . U yg buta fashion so please shut your longkang mouth !

          0

          0
      • Cikgu Matematik says:

        Bukan Kad Kredit punca utama cik Ikan. Tetapi Pinjaman Kenderaan menyumbang 25% kepada punca bankrap di Malaysia. Kad kredit hanya 5%. Tu berbalik kepada polisi kerajaan Malaysia yg stretch pinjaman sampai 9 tahun. Faedah kena bayar botingkek2.
        Alahai sape la yg dislike aku tu. Aku bagi pernyataan je. Heehuu.

        0

        0
    • miss m says:

      as a ex debt collector (car loan) ni mesti ada yang salah procedure dia ni.. either kereta wati ni hilang atau kena tarik atau accident and tak dapat nak selamatkan lagi dah. pastu tak settle ngan bank.. atau sengaja tak bayar sebab tade duit. kalau blacklist, boleh lah nak pinjam kat bank rakyat.. then settle kan hutang kereta, so tade la blacklist lagi..tapi kalau bankrupt.. pegi insolvency je lah.. tapi memang leceh lah.. atau pegi akpk..hana kena laa discus ngan watie, sebab watie pun bankrupt jugak tu

      0

      0
      • Mar says:

        Hana bukan penjamin, loan atas nama dia. So, dia sorang je bankrap. Watie tak… so watie bersenang hati je lah… tak patut…

        0

        0
        • xoxo says:

          @miss m: blacklist dan bankrap tu kan sama. Klu dh blacklist dpt lg ke pinjam d bank rakyat? Klu dah loan owner declared as bnkrap, penjamin pun bankrap klu saman tu tak dpt setel. I agree dgn u..kena ke insolvensi or akpk..utk yg bakal jd penjamin..kena la hati-hati. Wpun adik-beradik.

          0

          0
    • lily says:

      tak baik tau kata hana bodoh sebab bagi pinjam nama. Have you been in her shoes? orang nak memimjam ni cakap baik melutut tanam tebu di pinggir bibir pijak semut tak mati segala tau. instead of “bodoh”, saya suka kalau dilihat dari segi baik nya Hana sebab nak tolong kawan. of course she know all the consequences. bukan takat jadi guarantor, hana siap bagi nama. tapi si so called “kawan baik” ni “terlupa” pula nak bayar. tengok la, dah lama watie ni pinjam nama hana, hana takde pun kisah nak follow up. mungkin tak berkira. tapi bila sampai da blacklist nama sampai tak boleh keluar duit, sapa tak tertekan beb. seriously dont call her stupid. one day kalau korang nak kene buat pinjaman; kereta, rumah or loan untuk anak study dalam or luar negara, pastu ada orang yg sudi jadi guarantor korang, dalam hati korang cakap “bodoh jadi penjamin” ..

      0

      0
  2. Anun says:

    Dah berhutang tu bayar la…kesian kawan tu..niat da baik..amik kesempatan plak…
    ish2…tu la bila org gune peribahasa biar papa asal bergaya…klau x nyusahkan org xpe la…

    0

    0
  3. saya ok jer!! says:

    hmm. semoga cepat selesai..

    0

    0
  4. popo says:

    lama sungguh x tgk hana elite ni…

    0

    0
  5. gerenti says:

    pengajrannya..jgn jdi garento sapa2 walaupun kluarga sndri.. yg nmnya kluarga tu la yg mudah lps tgn nnti

    0

    0
  6. Biskut says:

    kalau tak mampu buat la cara tak mampu….jgn gaya je lebih tp poket kosong pas tu hutang keliling pinggang…puiiii

    0

    0
  7. artist kuat auta says:

    tu sebab rakyat Msia digalakkan untuk celik hak/undang2. saya mmg tak faham ada org nak pinjamkan namanya utk membantu org lain..apabila A tidak layak mendapat pinjaman di mana2 institusi perbankan, bermakna kewangan A dan jadual pembayaran A (sebelum2 ni kalau ada) tidak memuaskan. Sekiranya A tidak layak / tidak mampu, kenapa mesti A nak pakai kenderaan/sesuatu yg diluar kemampuannya? Tu sebab kita lihat ada org beli kereta kena letak penjamin (bermakna gajinya/kewangannya tidak mencukupi dan penjamin ini juga sama seperti peminjam, boleh diambil tindakan undang2 secara bersesama)..ada pulak org yg tak payah penjamin langsung (bermakna pendapatannya kukuh dan boleh bayar hutang & sekiranya berlaku sesuatu atau diambil tindakan undang2, tindakan hanya atas diri dia seorang)..Dalam keadaan ni, hana dan watie mmg kurang cerdik..sebab hana pinjamkan namanya..sebelum pinjamkan nama patutnya hana kena tahu apakah implikasi terhadap dirinya sekiranya watie tak membayar ansuran kereta tersebut. Loan dibuat atas nama Hana, geran kereta (sekiranya habis bayar kelak) sudah tentunya atas nama Hana..apakah watie (sekiranya membuat bayaran teratur sehingga habis) ingin geran kereta tersebut atas nama Hana? apakah implikasi dari sudut undang2? sekiranya berlaku kemalangan/kecurian/disaman trafik/dan sebagainya, nama Hana yang akan tersangkut, bukan watie. Jadi pada sapa2 yg berniat meminjamkan nama utnuk org lain ni, saya nasihatkan hentikan lah..hatta suami sendiri / keluarga sendiri..kerana saya sudah banyak kali melihat kes2 bergaduh / bertumbuk / lari / bankrap / etc akibat kebodohan2 semacam ini. Watie juga tidak sepatutnya guna alasan tidak tahu menahu..kerana watie secara logiknya akan sedar bahawa toyota wish tersebut tidak dibayar ansurannya dan loan adalah atas nama Hana..sudah semestinya akan ada demand letter dari bank atau peguamcara bank meminta bayaran dan/atau diambil tindakan saman. makanya hutang akan bertambah kerana diambil kira interest, bayaran bulanan yang tetap berjalan serta kos peguam lagi. bagi tunggakan yang melebihi RM30k (dulu) boleh diambil tindakan kebankrapan. kini RM50k dan ke atas. Toyota wish berharga sekitar RM110k.. so, watie dah pastinya tahu atau boleh mengagak akan ada tindakan undang2 ke atas hana jika dia culas membayar. tambahan pula kereta tersebut telah dijual (macam mana watie jual sedangkan kereta adalah milik hana?)..so, nampak sgt watie menipu disini..agak2 lah menipu org..kawan sendiri pulak tu..tak berkat hidup menipu org ni..

    0

    0
    • Glamer Gilerrr says:

      Panjang nyer karangan bahasa malaysia… 98% markah utk anda :-D

      0

      0
    • Biskut says:

      Aku cuma baca 2 ayat pertama n 2 ayat terakhir komen ko ni. tp aku stuju dgn ko la. zaman skrg tak boleh nk jd guarantor sapa2 biarpun org tu adik beradik sendiri. ini kan pulak ngn kwn…dh byk sgt jadi kes gini. akhirnya keluarga berantakan, putus kwn dan sbgnya. bak kata org puteh…money is the root of all evil….

      0

      0
  8. cik yat says:

    ikut kemampuan gaji aku pon x mmpu tp aku beli jugak keta sebab pikir senang nk balik kg.. tp dh dapat gaji 2 pndai2 la simpan duit tuk bayo keta dulu ~ yg selebihnya ko pndai2 la jimat x cukup makan ko posa kan senang… x jugak aku susahkan mak bapak aku tuk bayo keta aku… walaupon abh aku bagi pendahuluan n guarantor…

    0

    0
  9. chi chi says:

    Jgan biar papa asal bergaya..kita patut bbelanja bwah kemampuan..bkan ikut kemampuan.

    0

    0
  10. boooooo.... says:

    duit tarak tapi ada hari nak pakai toyota wish, lps tu susah kan kwn pulak, apa jenis manusia lah ni????

    0

    0
  11. lawyer says:

    kalau ikut undang2, memang susah hana nak sabitkan watie.. masalah cuma dpt diselesaikan atas budi bicara watie.. kalau dah buat perjanjian tu, kena mati setem. ingat tu! tak kesah perjanjian apa pun.

    0

    0
    • anon says:

      watie was and still a bankrupt when she used hana’s name for the hire purchase. hana was plain stupid (sorry am just telling thr truth) while watie was just taking advantage of hana’s stupidity..an artist, not a glamour artist, a bankrupt and toyota wish? hahaha..what a joke..if watie is a bizwoman and being bankrupt is a tool to hide her properties, then its understood..but watie? hahaha..even if there was a valid agreement, nothing much can be done, except watie’s debt account with the insolvency dept will be higher and it will be much harder for the insolvency staffs to reset the creditors..i bet watie never try to re-pay the debts..but one good thing here is that hana make this public and lets hear reply from watie..this will be a good evidence to drag watie in [be it action taken by the bank (to drag watie in as third party) or by hana herself against watie)..we hear a lot of funny things happen in the entertainment industry..most of msian artist (and all other artistes all around the globe) are school droppers, some were problematic person/students/child,etc while some are okay..only lately we have artist with educational background (no comment in terms of morality)..we can the diff when smart artist and the dumbass act..those who know the law and those who dont..in this case, both hana and watie were and are stupid, full stop!

      0

      0
  12. kak wok says:

    ni baru betul perjanjian syaiton…puiii watie!

    0

    0
  13. kaksemah says:

    tu namanya, biar papa..asal bergaya..retis ni x semua kaya mana pon….bergaya & berlagak jer lebih….

    yg betul2 kaya tu bleh kira dengan jari…retis sendu jer banyakkkk…. pfttttttttttt

    0

    0
  14. bintang says:

    kesian hana tu la ,kita nie walaupun kawan ke adik bradik pun jgn le bagi pinjam nama masa nak dapat nama kita memang baik ,lepas tu kita juga kg kena balik ,saya pun atas pengalaman sendiri …

    0

    0
  15. belinda says:

    aku tengok muka hana ni pun, air muka dia pun boleh nampak dia ni baik

    0

    0
  16. bebal bertingkek tingkek says:

    kesian c hana ni . wlopon x brp dikenali berbanding watie .. tp dy lebih masyukk . ko ni watie .. org da tolong boleh plak ko wat x reti . ni mmg bebal x sudah ni.

    0

    0
  17. hakak says:

    vangang jer jawapan si watie.. x terlintas nak susahkan hana konon.. emmm.. ikut logik la, kalo ko x byr utang tu, mmg sah sah le kawan ko tu susah..

    0

    0
  18. Nellysa says:

    I faham perasaan si Hana ni…kesian dia. Niat baik di balas tuba! to si Watie…hmmm…jangan lah lepas tangan ye! jangan khianati orang! peace!!!

    0

    0
  19. mami says:

    tuhan maha kaya..

    0

    0
  20. ssssss says:

    Ya Allah…Sabar je la…klu dah bankrup mmg susah…sume x leh….nape la watie buat camtu….alasan…”sy x de niat”.. klu dah jd mcm ni bukan x de niat lg ke… atau… “sy terlupe nak bayar” hmmm…. kdg2 hati org kite x th…kawan baik sekali pon klu dah ade sifat cemburu kesenangan org mcm2 boleh jd… mungkin dia igt hana akan tolong bayar lg kot bila dah sampai surat bank…byk cantik muka dia….

    0

    0
  21. abc says:

    utang tetap utang..konola bayar..
    tak kisah nak pakai keta apa..yg penting belanja bulanan tak sangkut…belanja melebihi pendapatan…pening jugak…pening sorang2 takpe..jgn susahkan org lain

    0

    0
  22. zaza says:

    yg peliknya dia siap buat bodoh lg ek, tgok2 je dh tukar kereta lain. toyota wish nth ke mana, dia jual balik kot. org mcm ni mmg tk pikir pnjg ek? xkn dia tk tau kalaw tk buat pembayaran nnti hana tu yg susah? pastu ckp “sya xda niat nk susahkan dia”
    ini lah namanya bodo tk boleh diajar.

    0

    0
  23. aa says:

    Biasanya org nk meminjam nama kita nie dia mmg manis mulut n pandai berkata2. Sampai kita pun cair dan mudah percaya. Almaklum sbg kawan kita xnak buruk sangka, kita tolong pun kerana Allah Taala. Tp manusia yg jenis x reti bersyukur akan mkn kawan sendiri. aku pun dah kena dan si peminjam sanggup nk guna2 kan aku kalu aku bertindak lebih tegas. manusia mcm nie pun ada..!!

    0

    0
  24. apik says:

    mminggu lepas baru nampak watie dan suami dia kat parking wangsa walk bawak keta toyota harrier……

    0

    0
  25. Kupu-kupu says:

    Bahaya….ayah saya hampir terkena…nasib tindakan drastik menyelamatkan keadaan walaupun kesudahan kami difitnah & di hina malah diputuskan hubungan keluarga…nasihat saya, seboleh-boleh nya elak utk terlibat sbg penjamin & peminjam nama…

    0

    0
  26. jinggo says:

    Nafsu besaw ngalah dinasour tpi duit ciput ciput. Gaya lebih tpi habuk pun tarak!! Apa keless!! Jadilah spt pengasas sendayu tinggi tu, aku terbaca dlm 1 artikel ttg hidup syukyr dan besederhana beliau. Katernyer, ketika duit sy dibank 8 juta, (8 juta wokeey ko ader?) sy masih selesa memandu myvi lama saya. Nilai diri saya ialah otak saya, bukannya apa yg sy pkai. Handbag sy rm200 bli di china. Itulah antara lain kternyer, berbeza dgn artis sorang nih, duit sehinggit dlm poket ader hati nk pkai wish. Klu x nyusah org blh tahan lagi nih ngan kwn2 pun ko heret dek perangai huduh gini. Saper2 pun berasap kena kencing dek non…

    0

    0
  27. anon says:

    Sebab tu lah kita jgn sekali2 jadi guarantor sape2 pun,kawan ke adek beradek ke…. kecuali anak kita je lah.. Ayah aku dulu pernah jadi guarantor pd anak kawan dia sb nak gih belajar. Pahtu pihak bank cari ayah aku. Tapi yg herannya tu kenapa bila org yg guna kita sebagai guarantor takleh bayar takpe. Tapi bank akan kejar guarantor abih2. Ni yg tak adilnya. Sepatutnya bank pegilah kejar org yg amik loan tu sb dia yg pakai duit tu. Kenapa kejar guarantor pulak pd hal guarantor tak dpt satu sen pun…..cuma pinjam nama je. Dah terbalek pulak. Yg pakai duit tu terlepas je bila dia takleh bayar tapi bila guarantor takleh bayar, kene saman pulak….

    0

    0
    • apple says:

      salah ni, tukang buat loan dengan guarantor sekali kena
      cuma guarantor tak akan di kenakan charge interest
      sepatutnya procedure nya mcm ni
      tapi orang yg tak byr hutang ni mmg kuang ajo
      hidup takkan selamat aniaya orang

      0

      0
      • 0000 says:

        kamu pun silap dik..akak ni lawyer dan panel pada beberapa bank..guarantor dan peminjam tak ada beza..diulang, TAK ADA BEZA..tindakan boleh diambil secara serentak ke atas peminjam & guarantor..lain kali sebelum jadi penjamin, sila2 la baca dan ketahui hak anda sebagai guarantor..**apapun, akak nasihatkan jgn sekali2 jadi guarantor..sbb akak dah lihat byk kes depan mata membaitkan adik beradik, suami isteri (kalau bercerai lagi payah), bapak & anak, dan mcm2 lagi..banyak masam dari manis..semua org nak lepas tgn, akhirnya guarantor yg merana..duit rabak, barang pun tak pernah merasa/pakai..si peminjam lesap dengan barang or just melesapkan diri..

        0

        0
        • zaza says:

          wow.. ada lawyer layan blog gosip laaa. hahahah

          0

          0
        • hana says:

          Nak buat mcm mn kak…x nk jd guarentor siap paksa2…siap mengungkit lg…nk tolong serba salah…xnk tolong pun serba salah…at last kete kene lelong…ngn guarentor skali blacklist…abang plak lepas tangan…xnk g bank langsung….

          0

          0
  28. diana lempir says:

    mana laki si watie elite yg pendek tu? dia tak nak tolong bayar hutang bini dia ke?

    0

    0
  29. melati says:

    Ni jenis Melayu, nak bergaya tapi hampeh, maaf yer bukan semua melayu tapi Watie adalah jenis Melayu yg perangai lagi terok dari Koling, tapi tak hitam jer. Watie ni jenis Melayu yg kasta rendah jer…nak gaya tapi susah kan org…

    0

    0
  30. fika says:

    janganlah kita nak bergaya sampai berhutang sane sini.dan .nyusahkan org lain.klu rase tak mampu jangan lah di mampukan .

    0

    0
  31. blahkan jer c mulut manis says:

    cian hana, sabar ek. Jgn la jadi mcm hana, memang niat baik nak tolong kawan, last2 kawan makan kawan… buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali… mase minta tolong, layan baik gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr, pas wat perangai layan cam t*ik (aku tak cakap r wati.. :P)

    0

    0
  32. abc says:

    dalam kesusahan pakai wish eh…besar ooo selera…ingatkn kancil 660 je…eheh

    0

    0
  33. kodok kesian says:

    macam mana watie nak bayar balik. sibuk make over muka dia aje. hidung dia, dagu ahli sihir dia. hidung dulu serombong kapal sekarang dah elok. dari muka tak manis langsung dah berubah jd cun. tu semua nya duit. insaf lah watie oi. berlagak aja.

    0

    0
  34. Mangsa Penipuan Azlan Kazaidin says:

    Assalamaualaikum,

    Ada yang menjadi bankrap kerana menipu orang awam didalam business. Contohnya ialah Azlan Kazaidin. Azlan membuka perniagaan vermikompos pada mula nya dengan syarikat Jari Hijau Enterprise, kemudian membuka syarikat Hartanah Provan S di TSB Sungai Buloh. Disini laah ‘luck’ Azlan mengena. Kerana ramai yang terpengaroh dengan pengiklanan yang di siarkan di laman sesawang dan di tambah lagi dengan brosur brosur menjanjikan pulangan 30% dan semua wang di kemlaikna dalam masa 6 bulan. Ada yang melabur lebih suku juta ringgit. Tak sampai 6 bulan Syarikat nya tutop dan pelabur kehilangan wang yang banyak.

    Azlan sekarang adalah seorang muflis. Dia telah jatuh bankrap pada 18/10/2013. Sehingga ke hari ini , dia masih gagal untok menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia. Dan baru baru ini seorang lagi pelabur yang kehilangan wang telah membankrapkan Azlan Kazaidin bagi kali kedua. Ertinya Azlan Kazaidin telah menipu wang orang awam beratus ratus ribu.

    Mungkin ini adalah strategi Azlan. Kutip wang dan bila dah banyak…rela di mufliskan. Kerana telah mendapat durian runtoh. Wang dan asset di pindah kan ke nama proxy dan hidup lavish dengan wang haram itu.

    Kehidupan orang yang bankrap tidak akan senang dunia dan akhirat kerana mereka sentiasa di laknat Allah dari do’a do’a orang orang yang telaah di iniaya.

    Jauhi kebankrapan.

    0

    0