Written by Bella | October 28th, 2016

Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen menerima teguran dan kritikan daripada netizen gara-gara beliau memuat naik foto ketika beliau melambung anaknya Yusuf Iskandar yang baru sahaja berusia empat bulan.

Mereka memberitahu tidak baik untuk melambung bayi kerana ia akan menyebabkan kecederaan serius jika terjatuh dan boleh terkena sawan.

Walaubagaimanapun, Hairul sedikit pun tidak terasa hati dengan komen-komen yang diberikan kerana ia membuktikan peminat mengambil berat dan menyayangi anaknya.

Saya tak marah pun dengan komen yang ditulis, malah berterima kasih dengan mereka kerana menegur dan mengingatkan saya.

Apa pun, ingin dijelaskan gambar itu diambil dari video yang saya rakam. Pada masa sama rakaman itu dibuat dari sudut bawah, jadi ia kelihatan Yusuf seperti dilambung tinggi. Saya memahami perasaan mereka yang bimbang melihat gambar itu.

Hairul menjelaskan beliau tidak pernah berniat untuk menyakiti Yusuf seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak.

Menurut Hairul, meskipun beliau baru sahaja bergelar bapa, beliau sebenarnya sebelum ini sudah mempunyai pengalaman menjaga 15 orang anak saudara.

Memang saya pertama kali mendapat anak, tetapi ini bukan pengalaman pertama menjaga anak. Kalau nak tahu saya pernah menjaga 15 anak saudara. Setiap daripada mereka saya pernah melakukan perkara sama seperti Yusuf.

Memang banyak yang menegur dengan memaklumkan ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak itu. Namun, disebabkan perasaan ingin tahu saya bertanya kenapa ia tak boleh dilakukan. Dari situ saya membuat kajian dan pembacaan sendiri.

Betul kata Hairul, selagi peminat tegur ia bermakna mereka masih ambil peduli dan sayangkan Yusuf Iskandar. Bukan semua komen itu bersifat negatif bukan? Biasalah tu, daripada kesilapan kita akan belajar sesuatu yang baharu dan kita akan tahu setiap alasan mengapa perkara itu tidak harus dilakukan.

Sumber Berita : Harian Metro

17 responses to Hairul Azreen Terima Teguran Netizen Dengan Hati Terbuka

  1. lava says:

    laki bini yang terlalu show off. sory guys but its true.

    32

    0
  2. izzy says:

    …yet nobody cares about the cat. huu…

    8

    2
  3. Eka says:

    Bagus k. Jangan jadi macam si Awal, si perfect parent

    5

    3
  4. nok gebuzzz says:

    x sangka pasangan ni boleh dapat anak secomel ni…putih gebu bulat pulak tu….geram tgk,pengelike kat ig pon dah setaraf laralana…jaga la anak ni elok2..jgn jadi makbapak yg giler glamour…..

    1

    2
  5. alia says:

    yusuf comelll……budak yg cerdik….i sentiasa tgk anis zalika kat insta….pandai jaga anak ….very carrying ….doakan semoga hanis & hairul bahagia hingga ke jannah…

    3

    1
  6. Zulaikha says:

    Harap2 bila ada produksi nk ambil yusof jdi “pelakon” .. Jgn trima yea.. Biarlh yusof mbesar dgn privasi. Jgn lalut mcm scha n awal. Mcm cik T pulak.. Retis barat mmg tk suka anak2 dorng d ganggu media, apath lg paparazi. Dorng tau camne hidup sbgi celebrity.

    4

    1
  7. Anonymous says:

    Alaaa…dia super impose jer tuuu…bkn betul2 laaa…same jugak dgn bujibul ttuu…x kan lah boleh lambung dua2 skali dlm satu masa…haishh

    0

    1
  8. kak bedah says:

    couple poyo abad ini termasuk maknya sekali si nani tu berlagak tak hengat dok show off interior rumah yg so so itewww!!

    17

    0
  9. kentang jenner says:

    bujibu chempel tu amboiiii nak pose ala2 kungfu ko ye…ko tu gemok k, sedar ckit k…eee geram akulah!!

    2

    2
  10. nuy says:

    dia show off anak dia ke…
    rasanya tak,kan..
    bukan mcm awal & scha dan che ta tu…sntiasa nk tnjuk anak mcm nk berlawan lak.

    0

    1