Written by Bella | March 25th, 2015

Pada hari Sabtu lepas, Hanis Zalikha telah bergelar tunang kepada Hairul Azreen dalam satu majlis yang telah diadakan di kediaman pihak perempuan.

Hanis yang cukup cantik mengenakan busana merah jambu merasa syukur kerana semua rancangan berjalan dengan lancar termasuklah perbincangan dalam mengadakan majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada 5 Jun depan. Buat masa ini, hanya lokasi majlis akad nikah sahaja yang belum diputuskan.

Alhamdulillah lewat petang semalam saya selamat bertunang dengan Hairul dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga di kediaman ibu bapa di Bukit Jelutong (Shah Alam).

Hairul menghantar rombongan untuk mewakilkannya. Kami tetapkan 5 Jun depan untuk nikah tapi lokasi tak pasti lagi sama ada di masjid atau rumah ibu bapa di sini.

Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang.

Majlis resepi pasangan ini pula akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun 2015.

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah berkenalan sejak tahun 2004 tetapi mula rapat setahun yang lalu. Hairul sebelum ini telah melamar kekasihnya itu dengan cara yang cukup mengejutkan secara langsung di pentas akhir konsert Gegar Vaganza.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, walaupun pada mulanya ramai yang mengkritik tindakan Hairul yang secara mengejut melamar Hanis dan tidak menunjukkan budaya Timur, tetapi kini mereka bakal bersatu juga dan mengikat hubungan tersebut mengikut adat. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita: Harian Metro

 

10 responses to Hairul Azreen & Hanis Zalikha Nikah 5 Jun

  1. ann says:

    adakah dia akan terus berlakon lepas kawen??? atau kembali menjadi blogger?

    0

    0
  2. Anis says:

    Ye betul. Hanis tak boleh berlakon dan byk lagi pelakon2 baru skrg yg masih kayu. Baik la bagi peluang pada yg betul2 boleh berlakon cth nya Ramona Zamzam. Baru pegi tgk preview filem Jengka tadi mmg ternyata dia ada bakat!
    Hanis lepas kawin jadi blogger je la balik apa2 pun tahniah krna bakal berumah tgga!

    0

    0
  3. bb says:

    “majlis Resepi” ? Tak de proofreading dulu ke sebelum post?

    0

    0
  4. Nora Majidin says:

    Tahniah kek nis! Semoga kalian bahagia till Jannah.. Bgs tak ikat tunang lama2..

    0

    0
  5. hati suci says:

    tahniah hanis & hairul….semoga menjalani kehidupan berumahtangga dgn sebaik mungkin..semoga kekal hingga ke jannah….marilah kita bersama2 mendoakan mereka…kita yg mendoakan pun dapat pahala juga…. biarlah mereka menentukan arah tuju mereka sendiri…

    0

    0
  6. nita says:

    to anis i minat kat you tapi mamat tu poyo lah ngampah cam nak tompang glomor kak nis jer.. tak sesuai

    0

    0
  7. abg john juara gombak says:

    Eloklah kawen cpt2.pastu duk umah masak2.pahtu update blog nko jer.toksah lebih2.sbb nko xde bakat lakonan semulajadi.dari kacamata seorg lelaki spt aku..si hanis zalika ni ‘biasa2’ jer .hik2!lawa lagi anak dara kampung.tgk dia dlm tv cite mad market,serius brlagak cam baguss.pigidah hidung kemek!babai

    0

    0