Written by Bella | February 12th, 2015

Pelakon Hairi Safwan yang lahir daripada program realiti Anak Wayang  sudah merasa tidak sabar untuk bergelar bapa dan menyambut kelahiran anak pertama beliau bersama isteri Fara Afiza.

Hairi sering mendapatkan nasihat serta tunjuk ajar daripada keluarga beliau bagi memastikan kandungan isterinya yang sudah memasuki enam bulan berada dalam keadaan baik.

Saya tak tahu sifat ibu mengandung macam mana, jadi saya lebih suka merujuk pada keluarga. Biasanya, saya akan layankan apa saja kehendak isteri terutamanya jika ia membabitkan makanan.

Pasangan tersebut masih belum mengetahui jantina anak mereka, Hairi sebenarnya mengidamkan untuk menimang cahaya mata kembar tetapi tidak kisah jika bukan rezeki mereka dan berharap kelahiran bayi tersebut dalam mengukir senyuman buat keluarga mereka serta dilimpahi dengan kebahagiaan.

Ketika melakukan imbasan hari itu, kami masih tidak nampak jantinanya. Kalau ikutkan saya, saya mahukan sepasang anak kembar.Tapi, tak kisahlah, asalkan bayi ini nanti dapat menggembirakan kami dan kedua-dua belah keluarga kami.

Pasangan Hairi Safwan dan Fara Afiza telah bernikah pada Mac 2014 bertempat di Pulau Pinang.

Kami pasti sesiapa pun teruja untuk bergelar bapa buat pertama kali. Apa yang penting keadaan ibu dan kandungan harus sentiasa sihat. Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama nanti mampu mengeratkan lagi kasih sayang Hairi dan isteri. Amin

Sumber Berita: Sinar Harian

7 responses to Hairi Anak Wayang Tidak Sabar Bergelar Bapa

  1. HAMBA ALLAH says:

    ALHAMDULLILAH.. MAKIN BERTAMBAH UMAT NABI MUHAMMAD.. SEMOGA ISTERI DAN KANDUNGAN SELAMAT. AAMIIN YA ROBB..

    0

    0
  2. kelas mengaji says:

    hairi ni tggl kt area umah i je..wife die cikgu kt smk s***** b******

    very nice kaple..yg penting oghang kampung ceq…kedah forever

    0

    0
  3. NKD88 says:

    hairi ni blakon jd jahat mjd betolllllllllllllllllllllllll. :)

    0

    0