Written by Bella | April 17th, 2015

Hafreez Adam yang baru sahaja dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengakui bukan senang untuk beliau mengecapi populariti seperti sekarang. Hafreez sering di cemuh kerana mempunyai wajah dipenuhi jerawat batu yang teruk sehingga beliau tiada keyakinan diri untuk keluar daripada rumah.

Ketika berumur 18 tahun muka saya sangat teruk kerana mempunyai banyak jerawat  menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan berasa malu. Saya juga jarang keluar bersama rakan-rakan.

Sewaktu beliau mendapatkan rawatan bagi masalahnya itu, doktor telah memberitahu salah satu faktor wajah beliau ditumbui jerawat dengan banyak adalah kerana memakan makanan laut. Tidak mahu perkara tersebut melarat, Hafreez telah tekad untuk tidak lagi menikmati makan laut selama lima tahun sehingga mendapatkan wajah licin tanpa cela seperti sekarang.

Sejak menerima nasihat yang diberikan oleh doktor saya tidak lagi memakan makanan laut selama lima tahun dan semenjak itu, jerawat di muka saya semakin berkurangan walaupun tidak hilang seratus peratus.

Tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu, usaha dan sokongan keluarga itu penting untuk terus memberikan semangat dalam setiap peringkat perubahan.

Semua perubahan ini berlaku secara berperingkat dan ia mengambil masa yang lama untuk saya mengurangkan jerawat pada muka dengan mencuba pelbagai produk yang terdapat di pasaran.

Keluarga juga banyak membantu serta mengubah imej saya dari segi pakaian, penjagaan muka serta potongan rambut yang sesuai untuk meningkatkan semula keyakinan diri saya berhadapan orang ramai.

Bukan menagih perhatian daripada siapa-siapa, tujuan sebenar Hafreez meluahkan perasaan beliau adalah untuk memberi motivasi dan keyakinan diri kepada orang ramai agar senantiasa yakin pada diri sendiri dan selalu berfikiran positif.

Orang boleh menghina kita tetapi mereka tidak tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita tidak dapat elak daripada sesetengah individu yang akan mencari kesalah atau keburukan kita setiap masa. Yakin pada diri anda, hanya anda yang mampu mengubah persepsi mereka.

Sumber Berita: mStar Online

31 responses to Hafreez Adam Dedah Makanan Laut Punca Mukanya Berjerawat Teruk

  1. Anonymous says:

    Alergik makanan laut la tu

    0

    0
  2. miss pinky says:

    kalau ada jerawat kau jgn usik…nanti dlm masa beberapa hari jerawat tu akan hilang sendiri. tu based on pengalaman aku lah.

    0

    0
    • macam2 says:

      tu engkau…yg ni memang alergik seafood. aku pun alergik seafood. Tapi tak kena kat muka, kat badan terutamanya kaki je buat hal. Tapi aku makan je seafood, berkeyakinan je keluar rumah. The most important thing is you. Beauty will last, but attitude.

      0

      0
  3. bob says:

    aku pn mcm dh ase sumtin wrong dgn cara penulisan bella ni….kurng menarik….

    0

    0
    • anonymous says:

      pada aku takdepun yang salah cara penulisan dia ni…ini penulisan biasa kat paper dan tersusun tu jer..lain blogger lain kot cara tulisan die..korang yg tak bese dgn format cenggini

      0

      0
      • Tudung Biru says:

        Pada aku pulak; “cuba kau baca artikel dia yang lama-lama dan kira berapa banyak kesalahan grammar dia”

        0

        0
        • anonymous says:

          siapa yang kesah pasal grammar? nama pun blog hiburan tak yah seyes sgt kowt….kalau nk grammar elok pi baca surat khabar jer…aku tak back up tp rilex sudah..jgn cari slh org sgt slh sendiri tak sedor..

          0

          0
      • Tudung Biru says:

        Wowww garang la abang anon ni. Takut I tawwww

        0

        0
  4. Tudung Biru says:

    Kau siapa Hafreez Adam?

    0

    0
  5. sarahbj24@yahoo.com says:

    Sebab tu jgn pandang rendah kat org yang berjerawat ni. One day kalau muka dia dh licin sure cantik/handsome jgk. Maybe lagi cantik dari org yang mmg sedia licin muka nya

    0

    0
  6. Anonymous says:

    gayyyy

    0

    0
  7. ok lah says:

    org klau dah handsome, muka ada jerawat pun still nmpk handsome. yg nih….muka dah clear pun x berapa handsome.

    0

    0
  8. nasi ayam says:

    berlakon kaku, muka pun kurang.
    apa lah nak jadi dengan pelakon kat malaysia ni.

    0

    0
  9. cik mek molek says:

    alahhh dia ceritaaaaa psal jerawat dan kurg kayakinan diri .Korg yg muka BERSIHHHH tu yakin diri sgt lahhhh eh.

    Ambik cerita dia ni sbg iktibar,usaha tu kne ade nak bg muka cntik.

    jgn dah tau alergik mknan tp kau mkn jugak lpastu meroyan kat fb kata muka buruk .ada faham?

    0

    0
  10. kakak cantik rupanya maknyah says:

    Aznil nawawi mlihat gmbr ni smbl tgn memegang batang seniri..

    0

    0
  11. anon says:

    Samalah mcm aku allergik kat seafood and ayam. Kalau makan bende2 ni sure naik jerawat….

    0

    0
    • Tudung Biru says:

      Ayam pun tak boleh? Aiyooo……sakitlah itu macam. Pening kepala bf/gf nak bawa kau pergi makan

      0

      0
  12. Mak Jemah says:

    Haha si annoy ni ntah2 bella ke asyik backing diri sndri je :P,
    Bellaaaa bosan lah cara kau tulis :(, belajar dr abg nara kau please ?

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Who the fuck is this bella???!!! Get the fuck out of here!!!!!!! Please!!!! Entry ko semua loser and very lame!! Tolong blah!!

    0

    0
    • choi says:

      Xpyh nk fuck2 kan org boleh x? kau tu dah bagus sgt ke? Rasa x best x pyh la bace. Xphm aku yg duk condemn si bella ni. Bace je la, korg pegi sini pun just nk tau perkembangan artis je pun. Memasing x pyh nk jadi cikgu bahasa, mcmlah hebat sgt memasing. Kalau hebat xde mase la duk ngadap blog ni. Aku bkn bella n aku x kesah sesape pun yg post kt blog ni. Kau try la buat 1 post aku nk bace kehebatan kau smpai boleh fuck2 kan org. Mulut mcm puaka.

      0

      0
    • zaza says:

      bg aq ok je bella tulis. aq lg xsuka cara abg nara tulis. artis tu dh terang2 org menympah pon masih dijilatnya habis2 san.
      *jilat = mengampu

      0

      0
  14. Nek Bunga says:

    Mai nek bagi petua org-org tua kita dulu utk. jerawat – campuq tepung beras, kunyit & asam limau; buat mcm. masker; sapu kat leher dan muka masa tidoq (juga boleh utk. seluruh badan)! Kunyit tu “disinfectant” semulajadi! Keesokan harinya bilas dgn. sabun muka dan sapu dgn. kapas campur mana-mana pencuci/scrub muka HALAL utk. hilangkan kuning kunyit!

    0

    0
  15. Nek Bunga says:

    Maksud Nek, kalau utk. seluruh badan, pakai “masker/scrub” kunyit ni masa mandi . dan gunakan “Loofah” atau tuala utk. “scrub” badan – habis keluaq daki-daki dan badan jadi bersih serta “disinfect” seluruh badan kita; luaq dan dalam! Sekali sebulan/dua bulan pun dah cukup! (lepas ui cuci bilik mandi dgn. jif utk. hilangkan kuning kunyit!)

    0

    0
  16. wan maimunah says:

    sape bella? haku ketinggalan ke?

    0

    0