Written by Bella | February 14th, 2016

Selepas pasangan Akim dan Stacy melangkah ke alam perkahwinan baru-baru ini, rakan karib mereka Hafiz Suip juga bakal berkahwin bersama tunangnya Nureffy pada 14 Mei depan.

Tidak menginginkan majlis yang begitu besar, Hafiz menyatakan cukuplah jika mereka mendahulukan apa yang wajib sahaja. Buat Hafiz cukuplah majlis mereka mengikut kemampuan dan tidak terlalu gah.

Saya tidak pentingkan majlis yang ‘gah’, hanya inginkan kesederhanaan. Apa yang penting bagi kami ialah ijab dan kabul itu sendiri, selain bagaimana untuk meneruskan kehidupan kami selepas bergelar suami isteri.

Walaupun selebriti, tak perlu terlalu ikut trend, tak perlu hendak gah sangat, janji apa yang wajib kita sempurnakan. Insya-Allah.

Majlis akad nikah akan diadakan di tempat kelahiran mereka berdua di Sarawak. Kini Hafiz dan Nureffy sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis raja sehari mereka.

Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan harap rumah tangga Hafiz dan Nureffy kekal sehingga ke akhir hayat. Kata orang tua-tua sekarang ini tengah darah manis.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Hafiz Suip Nikah 14 Mei : Hanya Inginkan Majlis Sederhana

  1. ,, says:

    Pempuan tu Nampak masculine

    0

    0
  2. Anonymous says:

    xde sape kisah la.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Nape i nmpk muka nurreffy macam lelaki?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    xde sape kisah la

    0

    0
  5. Fazura says:

    sy doakan semoga berjalan dengan lancar dan hingga ke syurga firdaus.. amien.. doakan supaya yg terbaik buat sy juga yee.. sayangi dirimu.. hope dapat bimbing isteri u.. :-).

    0

    0
  6. lelangit ulser says:

    hahahah nak tgk sederhana mcmana tu! aritu bertunang dah macam majlis nikah…sederhana sangat….

    0

    0
  7. Karma says:

    hai bang..naper, takde org taja ehh.. Taknak buat gempak konon…alasan aje tu. Faham2 , show makin kurang, kan? kesian…
    Sorry eh, tunang tu kalau tak makeup lagi cantik kot… sebab bila makeup, dh macam pondan aje aku tengok.

    0

    0