Written by Bella | April 21st, 2016

Semalam, Redza menerusi akaun Twitternya telah menyindir bahawa buku yang penuh dengan aksi selfie dan kapsyen ringkas begitu mudah dijadikan sebuah buku. 

Ramai yang mempercayai status beliau itu ditujukan buat Hafiz Hamidun kerana beliau baru-baru ini ada melancarkan buku bertajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun yang menunjukkan aksi beliau berselfie didalam buku berkenaan.

Meskipun sudah menjadi perkara yang viral, Hafiz bagaimanapun memberitahu beliau tidak terasa hati dengan sindiran berkenaan dan menerima ia sebagai maklum balas biasa daripada orang awam.

Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti.

Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu.

Hafiz juga berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi kerana beliau dan Redza sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah.

Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskah.

Pendapat kami, Hafiz seorang yang tidak mudah melatah dengan kritikan dan apa yang penting setiap perkara yang beliau lakukan mendapat sambutan agak baik. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri akan isu ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

31 responses to Hafiz Hamidun Tidak Kisah Buku Beliau Dikritik

  1. Corse 848 says:

    Kalau hati bersih..kita takkan terusik dgn apa yg org lakukan..semua perkara kita ambik positif..bila hati gelap itu yg keluar hinaan..cacian..hasad..rasa menyampah..padahal org yg kita menyampah tu x de kaitan pun dgn kita..pada redza dan yg lain2 ambil positif apa si Hafiz midon ni buat..untuk Hafiz Midon..klu ramai yg x suka apa yg dibuat..kurangkan..mata kanan tengok kebaikan org..mata kiri tengok keburukan diri sendiri….

    0

    0
  2. Jah says:

    oh no i geli…zikir zikir dah ok sekali video clip …turn off ku tak mampu melihatnya lagi

    0

    0
  3. hishhhh says:

    nk bselfie tu ok kot cuma kurangkn sikit dongak muka tutiap kali selfie..x yah angkat tinggi2 naaa..bkn apa, kang benda pertama org tengok serombong kapal lubang idung mu..ok baiiii

    0

    0
  4. iks says:

    erm..dari dulu lagi mmg ko cmni.x kenl maka x cinta

    0

    0
  5. kiah tak gemor says:

    mmg tak gemor dgn lelaki yg suka sgt selfie. lps ni kurang2kan la yer selfie!

    0

    0
    • senah says:

      samalah kita kiah oii…. aku ni yg pmp pon kurang bebeno selfie, byk koje lain nk dbuat.

      0

      0
  6. mia says:

    nak awek cun2 je die ni

    0

    0
  7. natalie says:

    actually btl jgak… buku tu byk gmbr dari perkataan. kan bagus kalau dia buat majalah je lepastu lei ltak gmbr dia byk2. kata kata nasihat yg dipaparkan dalam buku tu sikit sgt dan tak melambangkan apa apa. imagine baca buku tu, muka dia je yang kita nampak. lainlah kalau gmbr yang dikeluarkan ada kaitan dengan nasihat atau kata kata yang ditulis sekali.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nk jual wajah ke kata nasihat ni..

      0

      0
    • Anonymous says:

      betul…kan lgi bgus letak kate2 nasihat berlatar belakangkan pemandangan ker… bru sesuai. tenang jer tgk. nie x..setiap lai muka dia. x kuasa aku nk tatap.

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Memang ler tidak kisah, dapat publisiti percuma jer

    0

    0
  9. wanie says:

    kalau x sebab issue ni, sy pon xtau wujudnya buku HAFIZ hamidun nih… makan ni salah 1 promosi secara x langsung.. hahahaa.. Kipidap Hafiz Hamidun… Minat since UNIC lg..

    0

    0
  10. anonymous says:

    Sy xtau apa tujuan dia mnerbitkn buku ‘koleksi selfi’ dia ni dgn mutiara kata dia yg seciput itu…hmmmm….ada2 je artis Malaysia ni nk cari publisiti…

    0

    0
  11. Kupu kupu Emas says:

    Aku serabut tgk buku gambar lelaki selfie ni.. Skit2 dahla, ni byk sgt…Klo org pompuan selfie pn org dah ckp ngada2, ni kan plak org laki… Ya, aku tau buku tu ada byk ayat2 pujangga…Byk lg gambar lain boleh letak..Anyway, tahniah buku byk terjual…

    0

    0
  12. Hafizah says:

    Sapa Hafiz ni…??? Nk kata ustaz…tah dari mana2…setakat lagu2 nasyid & kata2 motivasi yang…
    Emmm…

    0

    0
  13. Orang tengah says:

    Saya bkn di antara 10 ribu pembeli itu

    0

    0
  14. Kotaketir says:

    Heee buleh dak klu xyah dh kecoh pasal si midun ni. dia ni sapa? stakat men cption ja pon laku ka?? hello gais, la ni 2016 la wey. kemon! suke sangat tayang idung si midun ni. wek!

    0

    0
  15. Puteri Jelita Rupawan says:

    dia ni bajet bagus je…tgk hasilnye, dpt perempuan cun buat binik. patutla putus dgn bekas tunang dulu…high taste mamat ni…

    0

    0
  16. hipokrit says:

    hahaha…pondan surau ni sentap lettuw..
    ..dia ni bukan high taste pun, tapi dia kakak coverina, in the closet gitu… adik-adik hijabista BBNU je yang bergetar hapam tgok dia ni…tak tahu dia punya kekwat, tamak duit event, kuat smoking & ber-nok-nok kalau berborak tu…haha!
    Sudahlah Pis Midon…takyah nak feel good-good…org backstage semua dah kenal sangat kot dgn ko ni…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    perfect sgt ke mamat ni

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Xsgka..ad jgk org nk beli buku tu..haha. pelik2 org malaysia ni.

    0

    0
  19. Anonymous says:

    aku paling geli lelaki mcm ni..dari dulu lagi x minat mamat ni..tp roomate aku dulu suka sgt like post kata2 sentimental dia tuh pastu setiap masa pasang lagu mamat nih..pastu cakap mamat nih romantik bagai laa, bakal suami soleh laa..roomate aku dulu jenis bajet2 alim, mcm sweet2 jer tp jenis gatai nk berlaki..perghhh berbulu aku dgn mamat ni..bukan x suka cuma berbulu dgn kata2 and suara bulu2 dia tuh..muntah ijoooo..tp pmpuan paling sesuai dgn dia yg aku nmpak heliza helmi lah..heliza kan bajet2 alim bajet2 cute jgk..sesuai la dgn mamat nih.

    0

    0
    • Teapot says:

      Hahaha…samalah kita…kwn2 aku kat u pun camtu gak…alim but kalo bab org lelaki..mak aiii over gler…pastu sorg ni suke gler dgn bf org laen then die ade ckp kat aku die still suke kat laku tu wlpon laki tu curang kat gf die dan gf die tau die curang…adoiii yg plg menyakitkan ati tu…kwn aku sll nak mintak pdpt aku,aku ckplah carilah lain still xdgr jgk…ko dah kenapa gila mcm xda org laki lain…

      0

      0
  20. Maaf says:

    Nk jual wajah ke nasiht ni…

    0

    0
  21. Anonymous says:

    10,000 naskah dah terjual??? sape la gerangan 10 ribu org yg membeli tuh….seronok kot tgk muka silpie selpot sihapis nie…

    0

    0
  22. teman lerrr says:

    bior la die..ade la gak buat buku…ade la gak keje berpekdah die buat..daripada engkome yang asik nk ngutuk owg je keje nye..langsong takdek pekdahnye der…kome pon suke gak selpi dalam pesbok…mcm la teman tak tau..bek kome ngaku cepat..jangan nak bedooh je keje kome…

    0

    0