Written by Bella | July 13th, 2017

Baru-baru ini, isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa menerima kritikan yang agak teruk daripada netizen gara-gara memuat naik foto promosi produk yang dianggap seksi di akaun Instagram miliknya.

Jelas Hafiz, sebagai seorang suami beliau telah beberapa kali telah menasihati isterinya daripada segi penampilan diri dan turut meminta agar Joy menerima teguran netizen sekiranya beliau masih melakukan kesilapan.

Netizen tidak tahu perkara sebenar dan seperti biasa mereka pantas membuat hukuman dan kesimpulan sendiri. Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya dalam beberapa perkara termasuk bab penampilan. Kalau masih membuat khilaf sama, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka.

Perkara baik yang dimuat naik (ke laman sosial), pasti akan disukai. Kalau sebaliknya, pasti ia akan mengundang pelbagai kritikan.  Apabila perkara sebegini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu saya kerana ada banyak perkara lain yang turut memerlukan perhatian. Saya sebenarnya malas nak melayan hal sedemikian. Selepas ini, dia kena berhati-hati dalam hal sebegini.

Hafiz juga turut memberitahu rumah tangga mereka masih lagi bahagia dan tiada apa-apa yang berlaku meskipun berdepan dengan kontroversi foto iklan seksi yang menjadi perhatian ramai.

Tentulah sebagai seorang suami, Hafiz pasti akan cuba membimbing isterinya ke arah yang lebih baik. Setiap perubahan juga tidak boleh dilakukan secara drastik dan pastinya Joy juga sudah mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku.

Sumber Berita : BH ONLINE

39 responses to Hafiz Hamidun Nasihat Isteri Untuk Terima Teguran Netizen Secara Terbuka

  1. Jemah says:

    Dugaan kau lah. Sebelum kawin kau poyo sibuk memotivasikan orang. Skrg, ko nasihat dan bimbing lah bini kau tu wei. Berubah ke nanti?

    27

    1
    • Kamariah says:

      agree, pandai sangat beri ceramah nasihat kan orng, bini sendiri…ke laut!

      9

      2
      • Anonymous says:

        Khilaf mende. Dah terang2 Islam melarang ….seksi. Budak2 PMR pun tau hukum syarak. Kalau minah freehair laen la. Ni wanita berhijab.
        Sudah lah….stop giving lame excuses and saving her arse. She should have known better. She is just another hijabster :(

        15

        1
        • Anonymous says:

          Neelopak juga kekdahnya. Tudung je mengerbang, tapi gedik selfie kalah minah xbertudung. Baik tukar pakai maxi atau skirt je bini ko bang. Takla dilabel sbg… penghijab yg songsang!!

          5

          1
      • Anonymous says:

        Jadi Zain la kau. Bini species kepala batu @ Queen Control. Nasihat pun x guna sebab bini loaded drp kau. Money talks!

        12

        2
    • mmuah haha says:

      padan muka. baru tau tinggi rendah nya langit. jantan mana taknak bini cantik n sexy. pakai kopiah berdahi hitam cuma nak berpura2 sahaja,.

      9

      0
      • Podahhhh says:

        Entah.. Pak Aji n Lebai sekarang tengok papantanda Shell pun boleh ghairah ..terbit mazi. Lepas tu suruh buang dlm tong sampah. Buat malu Islam jer.

        7

        2
    • Anonymous says:

      Cara korang kutuk si Joy & Hafiz macam dah confirm sangat korang masuk Jannah. Baguslah kalau korang jenis tutup aurat sempurna & tak timbulkan nafsu lelaki yg melihat tapi kalau asyik nampak salah orang je, tu tanda hati hitam. hati hitam ni bukti amalan korang pun x sempurna. Dari menyibuk buat checklist salah si Hafiz & si Joy ni, baik korang buat checklist kat diri sendiri. Entah2 kat rumah laki tengok pun tak lalu. Yg laki tu entah2 beras pun bini belikan. Tu yg berbulu je tengok laki kaya dpt pmpn lawa yg lagi kaya.

      1

      0
      • damia says:

        Well said. Setuju sngt2. Duk sebok cari kesalahan org lbh baik buat bende yg berfaedah. HH jadi sasaran sb ramai perempaun minat dia tapi dpt isteri cantek, tu yg ramai jeles tu & mulalah nak cari kesalahan mereka laki bini.. Manusia akhir zaman ni mmg kuat dengki.,memalukan je. Nama je islam tapi hati kotor

        0

        0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      degil betol bini u ni midun ..minah jambu dh cakap peduli ape orang cakap n jangan herankn orang nak cakap ape..jaga anak jaga laki n jaga rumah tanga masak makan pakaian untok anak laki lagi afdal dari dengar cakap orang ..hepi live sudaaaaa…!

      0

      0
  2. Kak Nam says:

    Pompuan b tudung skrg letih woi, byk yg x betul pon. Semua nk masuk syurga express tapi bab berselfie ..berduck face make up 3 inchi boleh d ktakn hari2 dlm instagram n fesbuk show off tanpa segan silu. Dakwah songsang sgt. Hipokrit sgt. Mmg aku takkn like atau favourite la media sosial jenis pompuan2 mcm ni. Podah!!!

    1

    2
  3. Cili says:

    nampaknya zikir2 ko yg bersepah dlm youtube tu x menjadi.

    next?

    2

    2
  4. Anonymous says:

    relaks la, kak mah hari2 kena kutuk dan perli…. ok aje dia. yg bini ko? dah la gambar insta x sama dgn luaran. luaran bini ko x lah gebu mcm dlm insta. pelesu sangat.

    9

    1
  5. Mat Sahdo says:

    semuanya hipokrit. pung pang pung pang, bini sekor tak terbela..hahaha

    4

    0
  6. Timah says:

    Hembuskan lah zikir2 yg kau CD kan tu ke telinga bini kau. Manalah tahu kut2 jin afrit lari dri body bini kau bila dengar vokal kau yg merdu tu bang oiii.

    7

    0
  7. melati says:

    Adui…..Cimpazi ni.!! Muka dh seakan2 Manusia pandai plak Nasihat is3……untung lah Joy Reyza bela Cimpazi yg boleh berkata2….kikiki

    0

    11
  8. Anonymous says:

    Sebelum nasihatkan orang perbetul bini sendiri dulu wahai Apit Hamidon. Jgn jadi tong kosong laaa.

    3

    0
  9. Anonymous says:

    Nabi suruh pukul isteri kalu degil. Sila pukul dia dgn penyapu lidi. Degil benor bini ko kannnn??? Hihihiks

    3

    1
    • Anonymous says:

      Bini degil hentak dgn blender atau microwave. Mintak balik wang hantaran. Memasak mengemas dah la malas, asyik main phone je. Bini zaman moden.

      2

      1
  10. Anonymous says:

    Ustaz jadian oh ustaz jadian, yg ko pilih fashion victim sape suruh? Mcm Lopak gak ni. Pengkuda agama Lol

    5

    0
  11. Anonymous says:

    Kata terror sangat. Cepat…keluarkan lah buku selfie motivasi suruh bini ko baca. Tak gitu???

    6

    0
  12. Anonymous says:

    apis ni mmg poyo dr zmn unic lg….aku mmg x ske dgn dia ni sme laa dgn kwn dia y putih2 tu sape ntah nma…dgr dh bercerai dah mamat tu dgn bini singapore die tuh…org masuk kolej bljr y si apis dgn mamat putih tu menggatal…yolaa..time tu kann unic pemes…last2 2 ekor kne buang dr kolej sbb slalu x dtg kelas…y ok dan menjadi bazli sorg jee….

    4

    1
  13. mok cute says:

    cam takut je ngan bini…klo btol ko ustaz kena la tegur & berkeras…ke bab mkn hasil bini…kang x psl2 mkn megi…

    2

    0
  14. haihhh says:

    fakhrul unic pn bagus apa..

    2

    0
  15. Anonymous says:

    Laki bini gigih berselfie…sesuai la berjodoh.

    3

    0
  16. aku says:

    dlu aku suka dgn HH ni…tp sejak kahwin dgn kinderjoy ni aku jd nyampah plak

    4

    0
  17. Marion says:

    Nasihat orang kemain…diri sendiri tak perfect. Kesiannya pendakwah moden cm ko!

    1

    0
  18. Md Rosman bin Tahir says:

    Jangan la memalukan bini depan awam macam ni. Kot ye pun dah banyak kali nasihat, tak perlu nyatakan pada awam. Seolah2 bini awak tu degil sangat. Awak tau x bila awak bagi kenyataan mcm ni seperti awak akui awak gagal sebagai suami. Bimbing la isteri tu. Bukan aib kan dia.

    15

    0
    • minion says:

      dia ni mmg poyo. bini dia patut cari matsaleh dari mexico buat laki. ntah mcm mana boleh terpikat ngan muka kampung mcm ni.

      0

      1
  19. Mat Cangkul says:

    Takutnya baca komen2 kt cni.. Jgnla kita memperkotak katikkn usaha org,, dia buat zikir bkn utk bini dia sorang, utk smua kot,, kesan dia ada pd org ramai,, nk buat baik, xyh tgu kt jd baik… Sekurang2ny dia dah tegur isteri dia, kita org luar jgn menilai sesuka hati n jgn mnghukum sesuka hati,, berdosa.. Komenlah yg baik2 aje..

    9

    0
    • serena says:

      Sebenarnya mat cangkul, komen2 negatif berunsur dengki ni datangnya drp perempuan2 tak comel yg terang2an jeles dgn kecomelan isteri hafiz ni. Tulah sebabnya dia org duk cari kesalahan isteri HH ni. Sb dengki…

      0

      0
  20. Kejadah korang says:

    Tu la padahnya kawen tangkap muat je. Patutnya sebelom kawen usul periksa dulu bakal bini kite tu. Ni asal ade rupe ade biznes skit teros jalan. Sebelom depa kawen pin aku dah boleh agak perangai bini dia mcm mana. Gaya mekap pakaian suma melambangkan kegedikkan dan kedesperadoan. Sekian

    2

    1
  21. haha says:

    tak apa la HH, itu dugaan anda sebagai seorang suami. Lagipun isteri anda baru jugala berhijrah, jadi itu sebabnya Allah jadikan HH sebagai suami dia untuk membimbing dia ke arah yang lebih baik. Nasihat HH kepada isteri dia aku rasa agak bagus sebab jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak. Jadi, bersedialah untuk dikecam jikalau tidak kena di mata netizen agar membuat perubahan yang lebih baik di masa akan datang. Apa-apa pon, HH dapat wife yang lawa, dan besar pahalanya kalau dapat bawak isterinya ke arah yang lebih baik. Jangan patah semangat, ini semua dugaan aje.

    1

    0
  22. Anonymous says:

    couple kaki selfie

    1

    0
  23. anon says:

    Sepatutnya ko nasihat isteri ko supaya jgn dengar kecaman netizen sb mereka2 semua jeles kat dia sb dia cantek…… melayu kan busuk hati.

    1

    0
  24. Anonymous says:

    ermmm… hal rumahtangga pon nak bercerita kat public…seeloknya tak payah la nak share bagai bab tegur-menegur pasangan hidup ni…jaga rahsia peribadi hal rumahtangga lebih elok.

    0

    0

Leave a Reply to Yaya - Cancel

Optional