Written by Bella | September 15th, 2016

Tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna buat penyanyi Hafiz Hamidun kerana buat pertama kalinya beliau dapat mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Ia merupakan pengalaman yang cukup indah buat Hafiz apabila dapat menyambut Aidiladha di tanah suci. Malah, beliau juga bakal meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 32 pada 21 September ini juga di Mekah.

Sudah memasuki usia 30 an, Hafiz juga tidak melepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah SWT agar cepat mendapat jodoh.

Masa menyambut hari lahir nanti, kalau mengikut jadual saya sudah berada di Madinah. Setakat ini, tiada rancangan pun mahu mengadakan majlis, cukup dengan makan-makan.  Paling penting ibadat Haji saya berjalan lancar. Saya tidak lupa titipkan dan kirimkan doa untuk diri sendiri, keluarga, syarikat serta tidak ketinggalan soal jodoh

Pada masa yang  sama, Hafiz berkongsi beliau melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses untuk menyempurnakan ibadah haji. Namun, Hafiz yakin setiap apa yang berlaku kepada dirinya pasti ada rahmatNya tersendiri.

Semua itu ujian. Sakit atau susah… itu semua rahmat-Nya. Insya-Allah secara automatik, kita akan jadi tenang serta yakin diri. Tenaga pun kena ada kerana banyak berjalan. Walaupun sebelum pergi saya tidak sempat bersenam, syukur dipermudahkan.

Kalau ikutkan saya berjalan agak jauh juga tetapi masih bertenaga dan langsung tidak terasa lelah. Semuanya macam magis. Itu yang dapat saya katakan.

InshaAllah doa Hafiz Hamidun itu akan dimakbulkan, tetapi sebagai manusia juga beliau harus usaha untuk mendapat jodoh yang baik. Kata orang, kadang-kadang sesuatu yang sesuai dan terbaik buat kita itu datang lambat.

Sumber Berita : BH ONLINE

32 responses to Hafiz Hamidun Doa Cepat Dapat Jodoh Di Mekah

  1. kak long petir says:

    amin semoga bertemu jodoh lah yek !

    tapi satu je aku kadang-kadang tak paham beautifulnara ni?

    cerita macam ni pun kau nak up?

    0

    0
  2. Anonymous says:

    kahwin jer laa dengan neelofa dua dua desprate sanagat nak kahwin , i think dia lah jodoh neelofa dan neelofa lah jodoh dia (Y)

    0

    0
  3. HAMBA says:

    Kahwin jer lah dengan neelofa dua dua desperate sangat nak kahwin kan..
    i think dia lah jodoh neelofa dan neelofa jodoh dia ok (Y)

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Bujang tak laku. Memanjang je jaja diri cari isteri. Ciri ciri lelaki yg akan poyo bila dah kawin kelak. Lelaki yg baik tak akan sepanjang masa jaja diri sendiri. Diam diam dia akan usaha sendiri cari jodohnya & tawakal sahaja dgn jodoh dia lambat atau cepat.

    0

    0
  5. melati says:

    Ingat Neelofa jew mampu pakej haji RM200K…..!!! Hafiz Hamidun pun mampu tau…….wakakakaakakakakakaaaaa

    0

    0
  6. Anonymous says:

    perlu ke nak bagitau doa apa kat sana? biar Allah jer tau sudah..hmmm..

    0

    0
  7. Amiin…mudah-mudahan

    0

    0
  8. Anonymous says:

    mamat baget alim penonggeng agama!

    0

    0
  9. lopa says:

    ak doakn apis bjodoh dgn lopa..lopa pon tgh tggu jodoh tu..ape kate apis lamar lopa kt sne..kt tnh suci msti lopa xberani nk reject ko ….cer try…ak doakn apis bjaya!!xsabr nk tgk ank apis sm lopa nti..msti sume renek cumil2

    0

    0
  10. loyalmalaysian says:

    jodoh, ajal, maut semua ketentuan Allah…dah tertulis kat Luh Mahfiz utk semua org…ape nak kecoh2 sgt….klu x kawin bole mati ke? ingat kawin senang ke? kawin bising x kawin bising….x bersyukur langsung…

    0

    0
  11. power rangers66 says:

    tak timbul riak ke share gmbr dkt sana, kita dahla tak maksum

    0

    0
  12. hcubeshop says:

    Amin..Semoga dipermudahkan segalanya^_^

    0

    0
  13. Anonymous says:

    xsuke mamat ne poyo.. kat restorn haslm nmpk die.. bcite cm nk bg smue owg dgrr… buweekkk…

    0

    0
  14. bedah jongang says:

    eee…sampah la tgk mamat selfie ni. sibuk nak popular..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    wannabe …..

    0

    0
  16. hurm says:

    pergi haji ke holiday ni ?

    0

    0
  17. samad says:

    aku pelik la..yg banyak follower kau perempuan…yg banyak share ape kau post pun perempuan..yg banyak puja kau pun perempuan..yg beli buku kau pun perempuan..tapi takkan sorang perempuan pun kau tak bleh tawan buat jadi bini?..dah banyak pilihan tu

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Semoga bertemumjidihndgn nilupak ya bro….

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Semoga bertemu jodoh dgn nilupak ya bro

    0

    0
  20. JAH HARON says:

    Tu Rita Rudaini abailable, g la try application.
    Dok selfie depan mecca.
    Apa la MOTIFnya..

    0

    0
  21. Beautiful Norra says:

    biase laki2 gini jenis ‘songsang’ je…opsss tettt…ngee~

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Heliza tu kan ada ???
    Apa lagik tunggu ?
    Nk step macho pun ko tu pendek hafiz oi

    0

    0
  23. anon says:

    Tujuan pergi haji tu nak doakan dpt jodoh je ke? Sama mcm minah gedik lopa tu. Asek2 cakap jodoh…Hmm….korang berdua dijodohkan bersama oklah, sama2 gedik, sama2 gatal nak kawen…

    0

    0