Ya inilah penerangan daripada Chef Wan tentang gurauannya mengenai serpihan MH370. Agak panjang lebar penjelasan yang diberikan. Tidak tahu sama ada kita selaku rakyat Malaysia boleh menerima alasan ini. Secara kesimpulannya, Chef Wan mahu melihat reaksi rakyat Malaysia dan beliau sudah pun bersedia untuk menerima kesan daripada gurauannya itu.
Terang Chef Wan di akaun Instagramnya:-
Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth.
Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger!
My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”.
Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction!Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes.
Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful.
Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula…Let us see their true colors…Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”
Membaca komen di akaun Instagram Chef Wan, ternyata ramai yang tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh beliau. Pada pendapat mereka, perkara sebegini tidak boleh dijadikan gurauan kerana ia adalah isu yang sangat sensitif. Hmmm… Ada benarnya juga komen-komen itu. Apa pula pendapat anda?